Monday, January 05, 2009

bengkak

kepenatan.
baru lepas mandi segar sikit badan. saya mandi lambat hari ni. sbb melayan perasaan dulu. ingat nak dum tidur terus tapi mesti nak cerita dulu apa yg berlaku pada saya hari ni.
supaya saya rasa lega dan tidak terbeban dalam hati saya lagi sesudah saya lepaskan di sini.

saya ada test tadi. tp soalan2 itu mcm saya tk pernah belajar ttgnya. kenapa jadi mcm tu? adakah saya ni dah kurang tumpuan dalam kuliah atau saya tk ulangkaji betul2. aih atau masalah saya ni lebih menguasai diri saya berbanding dgn semangat saya nk belajar.
saya kena fikir kenapa jadi mcm ni. saya rasa saya tk lulus test tadi. mcmana ni?

saya call mama hari ni. semua sihat dan dpt cakap dgn adik2 saya jadi happy sikit. saya rindu mereka semua. mama pesan jaga diri, jgn tinggal sembahyang dan mengaji selalu. mama tanya sama ada saya okey atau tidak. saya mesti kata okey. tak akan susahkan hati mak ayah saya. saya kan jauh.

ptg tadi saya habis test pukul 5 lebih. saya geram tk boleh jawab dan terus pegi ke library. saya nk cari buku rujukan pasal pengurusan sisa pepejal tu. saya nak tengok balik mcamana proses tu jadi begitu dan begini.

saya sampai kt library tengok kawan saya ada kerja kt kaunter. rozi panggil saya borak2 kt kaunter tapi saya tk masuk kerja sbb kalau masuk kerja minimum kena 2 jam. saya dah tak larat dah. dlm 10 minit tu saya nampak kevin masuk library. eh dah ok ke dia. tengok dari jauh cara jalan dia masih perlahan. rajin pulak berjalan org suruh dok diam2. saya buat biasa saja dan terus borak2. kevin kenyit mata kat saya masa dia lalu nak masuk dlm ofis library tu. rozi nampak dan teruk saya kena tanya dgn rozi. lepas tu saya dpt sms
#wait for me #

saya pun tunggu la dekat 1/2 jam jgk baru dia keluar dari ofis tu. dan dia ajak saya keluar jalan2 tp saya tk nak keluar. so dia ajak tengok org main bola kt padang. okey saja la. kaki dia masih sakit tp dah boleh berjalan. kami jalan slow2 saja sampai padang dalam 200m kot. saya mana tahu ukur jalan. LOL :-D

kami duduk kt tmpt duduk batu dan ada ramai jugak org tengah tengok bola. ada game ke saya tk tahu la sbb saya mana ada ikut perkembangan bola kt kolej ni. kevin pun main bola tp saya rasa dia suka2 saja.

"kenapa org suka tengok kita ?"saya ada tanya dia mcm tu. sebenarnya saya geram bila ada mata tengok mcm pelik sangat bila saya jalan dgn kevin. org lain jalan couple2 knp okey aje.
"dia org jeles"
"kenapa pulak?"
"sbb jejaka malaya dah ada buah hati" saya tengok je kat kevin dan rasa nk cubit dia. nanti mcm manja pulak so saya cubit diri saya sendiri. haha.

"my mum suruh balik weekend ni"
"ye ke ada hal ke?"
"dont know. she didnt mention. tp jarang dia suruh2 i balik mcm ni"
"okey. mgkn ada hal tu"
"nak ikut i balik kampung?"
"gila! tak nak lah"

gila. kenapa saya automatik ckp gila bila dia ajak pergi kampung dia. emm mgkn betul la keadaan skrg ni gila dan tk sepatutnya happen.

tengok bola sampai pukul 6.30pm. saya tengok saja bukannya faham pun bola tu. kevin byk cerita pasal family dia. nanti la saya cerita. sungguh complicated. saya minta diri tu pun dah agak gelap dah. saya singgah cafe tapau nasi ayam. saya lapar. kevin beli nasi campur.

esok dia dah boleh pegi kuliah la tu rasanya.
sblm berpisah dia bagi saya satu note kecik. sampai bilik baru saya baca

'Sayang. thanks for your care. No matter what happens. You should know in your heart, my love lasts and never leaves...

i love you, Kevin'

sob sob saya berderai masa tu jugak. nasib baik roomate saya tak ada. skrg mata saya bengkak. esok mesti lagi bengkak. tak suka!


^:^ bvlgarigirl

5 speak up:

orkedanza said...

u noe whut..dlu2 org pun ske pandang kat i ngan my-ex. i feel xselesa at that time. sometimes ble kitorg kuar saya jalan beberapa tapak jauh dr die. at one time tu time nak bke puasa, the whole org yg ada kat kfc to look at us. chinese yg lalu lalang pun pandang coz time tu we all ngah tunggu waktu maghrb masuk 4 the buka puasa..huhhh*sigh*

hey..im goin to KK on diz friday till monday. which part of sabah r u? KK ke?

MisZ PinKy said...

alalalala sweetnyeeeee!

tp x paham nape u msti nanges..

u shud b hepi rite..

bvlgarigirl said...

orkedanza **
aaa...saya tahu mcmana perasaannya skrg kalau berdepan dgn situasi begitu. kesian kt kita kan orked.

saya kt kk. u dtg sini ye? jalan2 ke?


MisZ PinKy **
saya ni kalau sedih pun nangis, happy pun nangis. itu yg tak tahu mcamana nk express tu. but it was sweet and touching at the same time.

orkedanza said...

yup2...rasa mcm nak drop by kat UMS nnt...bley jumpe u n kevin..hiksss..

baby boo said...

part org asyik tgk tue... i also feel dat experience. but dis for my first time with guy (he so handsome!i lack of confident) before meet with non muslim guy ( actually i couple with non muslim bcoz heart broken with first guy..huhu my mistake bcoz i'm not brave enough to couple with popular person n he leave me, sob sob) jahat kan? when i realise..is it wrong to play others heart..

Related Posts with Thumbnails