Mama, seorang perempuan yang cukup tabah. walau berbagai rintangan mama hadapi bersama papa dan anak-anak.
Dalam keadaan susah dan senang mama sentiada di samping papa. papa selalu ceritakan itu pada saya. dia mahu saya yang dah mengerti ini selalu menghargai mama. adik-adik mungkin dah membesar dalam keadaaan yang senang sikit berbanding masa saya kecil dahulu. kesusahan hidup pernah membuatkan saya diambil oleh mak tok untuk dijaga sementara papa dan mama mencari arah hidup. sehingga mereka dah stabil saya kembali kepada mereka. wpun mama kata hancur hati dia kerana terpaksa berpisah dgn saya masa tu dia terpaksa demi masa depan kami.
Sekarang alhamdulillah..papa dapat rezeki untuk membuka perniagaan sendiri dan mama juga dah berhenti kerja jadi suri rumah sepenuh masa kerana nak tumpukan perhatian pada anak-anak. Bila cerita sedih, dan dengar lagu sedih, hati pun jadi sedih. isk isk...
Malam tadi kami semua wat sikit surprise utk mama. kami macam ajak mama makan kat luar saja tapi sebenarnya papa ada tempah meja kat Crowne Plaza. Siap ada kek untuk Mama. kek hari ibu. Mama ingat tahun ni tiada sambutan hari ibu untuk dia (kesian kannn..) sbb tu dia surprise lebih sikit. sampai nangess...masa tu saya tak balik KL lagi sbb tu papa tangguhkan dulu.
Untuk mama saya belikan dia gelang. itupun dapat derma dari papa 1/2. the rest duit saya. okey, bangga. adik2 bagi handbag. and dari papa special sikit la..they all akan pergi vacation. sungguh tak aci. so, kami kena tinggal. wehhh honeymoon pun boleh bawak anak2 apaaa...
Nasib saya cuti boleh la jaga adik2..bulan depan mereka akan pergi seminggu. jeles haku!
MAMA, WE LOVE YOU SO MUCH ! ~kakak dan adik2

3 speak up:
wahh..
suda bole bace ..
=)
Welcome Arianna..
apa agaknya berlaku jika mama kita pergi dulu b4 us?
gegege..apy mothers day tuk ur mom..sory i tak give komen ape2..arini baru i dapat bace blog u coz i cuti panjang..huhu..yanna u jgn private kan blog ok..tak sume orang sempurna..salah sikit2 tu bese la..ok..i luv u..hehehee..chewah2..
Post a Comment