Monday, May 25, 2009

I'm super pissed off today

Tadi keluar rumah dalam pukul 11 lebih Jumpa Hazel, lama dah tak jumpa dia. Kawan dah jadi stewardess kan of coz tak de masa nak jumpa kita. Asyik fly saja. so, bila ada masa sikit dia terus call ajak jumpa. Dia baru balik jakarta. Lepas fly dia ada 2 days off. Then terus la merancang nak buat apa 2 hari ni. Nasib baik jugak dia rajin nak melayan saya sbb dah bgtahu dia saya tak ada apa nak buat.

Tapi tadi jumpa pun kejap je. Sebab dia ada hal lagi lepas tu. Jumpa kat bangsar je. Teman dia cari baju kat Blook. Saya sempat gak beli blouse satu. cantik weh tak tahan laa.. then kami makan kat Dome. I had Cajun Chicken Salad. Sumpah rindu dengan salad ni. Always kalau kat dome nak makan benda lain tapi at last yang ini jugak I order. EH apahal tiba-tiba jadik ‘I’ pulak ni. Always ‘saya’, ‘saya’ je kan. Tetiba lepas makan salad dah jadi ‘I’ pulak. =D

Tomorrow dah ada date dengan Hazel dan boyfriend dia Black. Called him Black sebab dia mmg black dan dia pun suka orang panggil dia Black. Tak sangka dapat jumpa Black juga sebab Black ni study kat Jepun. Balik cuti jugak. They all had been together since we all kt sekolah menengah lagi. Happy and sweet couple. Tapi kalau bergaduh boleh tahan jugak. pernah la handphone melayang kat atas jalan raya bila diaorang gaduh. Padahal masa tu nak dapat satu handphone punyalah jerih. bukan macam sekarang, adik2 pun dah pakai handphone. Hah kelakar kalau ingat time tu.

Okey, next story. What made me pissed off sampai super duper power pulak ialah dgn cikgu my brother, Iman. Masa saya sampai sekolah Iman tadi, Adif je yg keluar. Adif bgtahu cikgu tahan Iman lepas kelas supaya Iman boleh tolong dia kemas bilik guru. I know tak salah kalau nak mintak tolong anak2 murid kemas-kemas apa-apa ke, tolong bawak buku ke (selalu kena ni dulu), tolong sapu kelas ke, tapi janganlah tahan dia lepas kelas. Kan dah sah-sah dia nak balik. Dah sah-sah dia tahu ada orang tunggu. Even Iman dah tunjuk saya menunggu tepi pagar dia masih lagi buat tak tahu. Tension saya. Dahlah lepas tu kena ambil Noni lagi kat sekolah dia. Adif dah ½ jam masuk kereta pun dah tension tunggu. Saya lagi risaukan Noni, Terus call Mama bgtahu dia take over ambil Noni coz saya tersangkut melayan perangai cikgu tu. Nak je saya pergi sendiri bagitahu dia tapi sempat lagi Iman angkat tangan tahan saya supaya sabar jee..nasib baik.

Cikgu Saiful Bahri, saya kakak Iman, Arianna nak bgtahu rasa tak puas hati saya sebab kena menunggu adik saya selama 1 ½ jam lepas kelas dia kerana cikgu suruh dia tolong cikgu. Dia bukan kena denda kan? Dan menyebabkan adik perempuan yang seorang lagi di sekolah lain menangis menunggu (saya tahu dia mmg manja). Saya harap cikgu baca blog saya ni dan mempertimbangkan supaya di masa depan cikgu sedikit care dengan seorang gadis yang berambut panjang dan agak manis berbaju hijau hari ni berdiri di tepi pagar dengan peluh menitik-nitik dan mencairkan make up dia. Tapi cikgu buat tak tahu saja....adakah patut?

Sekian surat untuk cikgu. Saya marah ni.

post signature

14 speak up:

-eLyNhere- said...

wahh.. agak2 cikgu saiful bace ke blog Yanna? harap die bace la kan.. hehe

psstt Yanna, cikgu tu cute x? or wangi ke? haha sempat lagi..

cikteddy said...

arianna..sila la suruh kevin dtg kl..bleh jumpa..kata rindu kan??!! hihihi.. (^_^)V

Bunga Binti Nordin said...

lama tk dgr citer
;)

syafawani said...

sabar dear:)amaw mrh2 ye..huu..em tah2 cekgu tu nerkenan kot..tu yg suh yana tgu lelama..dia nk nengok..hee..alasan lak suh adik wat keje kn..ehehe

dyan . said...

Sedap ke cajun chicken salad tu?
macam rasa nak try jer nanti..
hehe..
tapi alaa.. salad tak kenyang..
huhuhu..
patut la kuruih.. hihi

helena's said...

hehe.kelaka pulak rasanya surat tu,..bgtau ari marah..hehe
comel2..

Nora Maney said...

ish tak patut btl la cikgu tuh..patut die mesti tau da de orang tunggu..kalo u mum mesti die tak tahan kan..agknye die nak ngorat u kot..

ina @ nina @ infazety said...

klu akak yg menunggu tu mau nyer akak gi singsing lengan jupe cikgu saiful tu....1 1/2 jam tu yanna.. 1 1/2 jam tu mcm2 bole buat tau...klu g supping penuh dah tangan kiri kanan...hehehe...

alin said...

Kena jadi babysitter ye...

fanna said...

hahahah...part make up cair tu tak boleh blah laa ;p kalau betul cikgu tu bace surat tu bace surat ni mesti die gelak tak ingat punye hihi

Lifesaver said...

agak warna warni nama pnggilan kawan2 kamu..but suka nama hazel..mesti cantik mcm namanya..


psstt: cikgu ke tu? ntah2 guru besar.haha!

Ceera said...

hehehehe

tak agak2 cikgu nie.. dia sorang2 kemas tak boleh ke? pang kang..

kena sound kat qery nie.. dia kan cikgu, tetiba..

bvlgarigirl @ Arianna said...

-eLyNhere- **
saya harap dia tak baca blog saya..
ehh cikgu tu dah tua laa..tkde wangi2 nyee ..haha


cikteddy **
ye lor. ingat nak suruh tapi kesian dia nanti byk nak belanja datang siniii
isk..nak sponsor ka?..=D


Bunga Binti Nordin **
ye laa...ada sini. awak je tak datang ke garden kita wahai cik bunga


syafawani **
tkdenya ...dia dah tua laa..nape u all semua ingat dia muda ek? sbb nama dia ke, perwatakan dia ke..konfius nyeee...tulunggg


dyan . **
sedappp..sila terai ye dyan. saya tk kisah makan salad sebab lepas tu saya akan makan benda2 lain jgk bukan makan salad semata2 yerk..kahkah


helena's **
betul marah semalam. sbb panas sangat kannn..nasib baik hr ni hujan pulak...sejuk dahhh


Nora Maney **
ya tuhan. noraa...tidak lah dia nak mengorat sayaaa...sbb dia dah kawin kott..dah berumur da nampak..tk berkenan pulak. haha lari la dulu


ina @ nina @ infazety ** betul kakkk saya tk puas hati. tp kena hormat dia sebab baru je lepas Hari Guru kan. guru harapan bangsa. adeehhh



alin **
ye aaahhh...ada ke kerja lain utk saya buat selain dari kerja ni semuaaa...waaa


fanna **
ye saya harap dia akan gelak dulu sebelum mengejar saya dengan rotan..=D



Lifesaver **
ye..nama yg unik kan? saya always admire nama dia. secantik orgnya juga. kalau nama saya bukan arianna, mesti dah jadi nama HAZEL



Ceera **
ye, motif entry itu juga nak suruh qery take note. sila bgtahu dia yee ceera

cikteddy said...

nak suruh sponsor ke??alahai..sy ni pun tgh kumpul uit nak bejalan ke Sabah..tak penah smp lagi ni..hehehe

Related Posts with Thumbnails