Tuesday, May 19, 2009

XTVT masa cuti

1. Bangun seawal 6 pagi. Awal ke? boleh laa.. kejutkan adik2. Mama buat breakfast, bukan saya. tapi saya kena siap2 juga. kenapa? sebab kena jadi driver.

2. Breakfast Mama biasanya akan bertukar menu. dari nasi lemak ke nasi goreng (menu berat), mihun ke mee ke makaroni ( menu separa ringan), pie, roti canai (menu ringan), cereal, roti bakar (menu ringan). Teringat balik zaman sekolah dulu.

3. Lepas brekfast, menjerit2 kepada adik-adik kerana jam dah menunjukkan dekat pukul 7 pagi. woit, kakak korang ni bukan laju sgt drive. sila cepat-cepat sikit. dah lah 2 sekolah nak menghantarnya. fuhh..

4. Lepas hantar mereka, balik rumah semula. Dan ready untuk menghantar Mama pula ke pasar. Mama suka beli barang fresh. so kami ke pasar borong. Madam maid dok rumah kemas rumah.

5. Lepas balik pasar Mama dan Madam maid akan memulakan operasi memasak secara bergotong royong. saya kadang-kadang join, kadang-kadang tidak. kan dah ada 2 orang tu tkyah la lagi nak sebok karang sempit lak dapur tu nanti. Masa ni saya mula la membuat xtvt sendiri. spt meYM, mengEMAIL, meSMS, meCALL kawan-kawan, memain PS dan lain-lain. sangat sihat xtvt itu semua.

6. Pukul 1 lebih bersiap2 keluar rumah lagi, perlu ke 2 sekolah lagi untuk menjemput tuan dan puan balik sekolah. On the way balik ni lah adik-adik akan mengikis harta kakak dia yg mana ada lagi dgn menyinggah mana-mana 7-11 atau petrol pump utk masuk ke kedai serbaneka atau mesra.

7. Balik rumah, mama dah ready ajak makan. papa always tidak dapat makan tghari bersama-sama sbb dia tk sempat balik. i understand. mana ada orang KL ni balik makan tghari kt rumah masa kerja. sangkut jem pun dah 1/2 jam. mcamana nak makan dan solat semua dalam masa 1/2 jam. masa makan lah mendengar cerita sekolah adik2. nasib baik ada 3 orang. kalau 13 orang? harus tiap2 hari kena operate telinga..menanahhh...haha

8. Lepas makan adik-adik akan mandi dan berehat. ada yang tidur dan ada yang main PS dsb. aktiviti bebas la tu. kalau ada xtvt sekolah, mereka akan stayback dan balik petang. saya masa ni akan buat apa..buat apa ek? apa2 lahh...nk tunggu petang kan. Mama akan mula bz dgn kerja dia. mama planning nak buka spa. share partner dgn kawan dia. masih dalam proposal so agak bz. saya tidak menganggu mama masa ni.

9. Petang mama ada buat kek atau kuih utk minum petang. Makan lagi. Aduhh...tapi makan jugak. Kadang2 petang keluar gi mana2 shopping centre terdekat. ada yg dekat macam dalam 200 meter saja dari rumah.very the dekat. so mcm everyday everytime kt sana dan cashier tu pun dah kenal rapat. eh kenal rapat pulak. tak pun pergi padang mainan, atau melepak ke rumah maklong.

10. Lepas maghrib papa balik biasanya. makan malam sama-sama. i try to skip makan malam lah. sbb sepanjang hari asyik makannn aje. so ratah2 lauk dan makan buah2 gitu aje. papa pula melayan adik-adik bercerita. menanahhh telinga papa pula.

11. Lepas makan adik2 ada belajar mengaji kt rumah. ada ustazah dtg ajar. kakak dia melepak lagi sambil tengok MTV. sungguh tk sopan. bukan tengok kt situ la tengok la tempat lainn..then lepas tu adalah masa bergurau senda adik beradik...sampai tidurr..adik2 tidur awal, dalam pukul 10 lebih dah kena kejar masuk bilik masing2. papa dah ajar disiplin tidur awal sampai la awak umur 13 tahun baru boleh adjust time tidur sendiri. saya dah kena dulu. hihi.

OKey, itu aktiviti normal, sekiranya tak normal, maka adalah saya menyuruh mama mengambil adik2 sendiri sbb saya ada perjumpaan penting dgn kawan2 kat luar, atau bila petang saya akan call papa jumpa malam kat MidV utk makan malam kat luar.

post signature

1 speak up:

Lifesaver said...

ada 11 xtvt harian..pastikan buat!hehehe :)

Related Posts with Thumbnails