Tkde la. jgn over excited.....[-_-"]..berangan je tu nak jerit nama kevin sambil berlari2 mendapatkan dia. oh oh
Mana ada kevin. Kakak dia je la datang. Padahal sendiri mengharap bahawa bukan hanya stella yang datang tapi harap yang dia pun ada sekali. Sengal. Dah la pagi tadi sebelum keluar ke Prince Hotel tu dah call kevin confirmkan yang dia ada kat sandakan dan bukan kat KL. Semata2 tak nak terkejut beruang kalau tiba2 tengok dia ada jugak. Dia siap beberapa kali bersumpah yang dia ada kt sandakan. Punyala over excited pompuan ni. sampai berdebar2. sepak diri sendiri. hehe
Stella sampai airport pukul 8 pagi tadi dan ambil teksi ke prince hotel. Sepatutnya saya nk pergi jemput dia kt airport tp dia tak nak terlalu menyusahkan saya so mereka naik teksi saja. Sesampainya saya kat hotel tu dalam pukul 10 lebih stella dah tunggu kt lobi dgn 2 anak dia. Husband dia dah pergi meeting. So, saya take over menjaga bakal kakak ipar (oh perasannyeee tak malu) kt KL ni. Bawak mereka pergi pavillion yang mana paling dekat utk breakfast. Actually lunch la kot sbb dah masuk ke tghari dah. Pergi ke food court tu senang tapi stella nak makan laksa, so kami ke laksa shack dan pegi tapau donuttss.
Lepas makan jalan2 kat pavillion dan temankan stella shopping. Jugak menjadi baby sitter utk anak2 dia. Kesian, kasi la can kat mama dia nak menjamu mata dan spending kt sini so tk kisahla tolong jaga budak2 tu small matter. Mereka pun bukannya lasak sangat. Baik aje. Dalam pukul 2 hantar stella balik hotel sbb budak2 tu dah penat nak tidur.
Saya bgitau mama yang kawan saya dari sabah datang sini 2,3 hari dan kena temankan dia. So mama tkde la pulak banyak bertanya kira okey lah. Stella akan dok kl sampai jumaat. Kalau ada masa lagi saya mgkn nak bawak mereka ke mana-mana la. pening jgk fikir mana tmpt best. Ke genting ke, sunway ke, melaka ke…tengok lah nanti. Ye la tk best kalau tk temankan stella coz she has been so nice to me bila saya kat kk.
Wpun tak ada kevin tp ada something yang kevin kirimkan utk saya. Hehe =) senyum sikit. so happy sbb dia ada ingat kt saya juga. Nanti saya show off sini sbb skrg nak ke dapur dulu.
Mama dgn maktok tgh masak ketupat nasi malam ni nak makan2 sate. Sate order yang mentah saja dan nak bakar sendiri nanti. tp ketupat nasi maktok nak buat sendiri. Family maklong pun nak datang. Kalau ada kevin sekali kan besttt…
Aiii mimpi sebelum tidur ke Arianna oiii..

13 speak up:
ala, kev takde ke??
punah harapan..
eaaauuuuwwwwwwww..
laksa di laksa shack adalah tak sedap!
laksa made in home 100x sedap dari situ.
eh, tetibe plak i nih!
ala kevin xde kew ekekee
Helo arianna! just passing by...i luv this song!hehe...The climb...Hannah Montanna the movie rite? take care babe...=p
Alaaa Kevin takde dtg sekali ke?? Aiseyyy.. hehhehe saje nyakat yana lagi lerr
aiyak..punah harapan...takpe..tak lame lagi jumpe lah:)
tingat wat sate sendiri..hehe..opss my mom la yg wat kn..i wat bg gemok badan je..makann..hehe
im just tryin....
Hope u kekal lame ngan kevin...tanpa gangguan la..hehe
alamak.. tak dapat la tengok arianna tekejut bila nmpak kevin dgn stella.. haha..
tak menjadi harapan kami nampaknya..hihi.
hmm tu doa2 lagi tu..
kalau betul kevin datang rumah tolong bakar satay skali mcmana?
hihi...
a month to go.. dadadididudu.. =)
nape dia x ikut?
kevin x ikut?y?
Post a Comment