Heyliuu…
Sungguh segar rasanya mata selepas tidur selama beberapa jam kan.
Macam penat betul rasa badan padahal bukan buat apa-apa benda pun semalam.
Cuma last night keluar dengan stella & family pergi dinner kt seri melayu, which is sangat dekat dengan hotel mereka. Kira senang saja. lepas dinner terus balik rumah aje. Hari ni stella keluar sendiri katanya nak ke genting dengan husband dia punya kawan. Then saya tk perlu temankan dia hari ni. Esok dia dah nak balik dah makanya esok aje la saya pegi jumpa dia dan mungkin hantar mereka ke airport.
Mama ada suruh saya jemput stella datang rumah tapi saya decide tak nak ajak sebab ..banyak sebab. Antaranya saya takut dalam perbualan dengan stella akan terkeluar perkara2 yang masih lagi menjadi rahsia antara saya dgn keluarga. Saya memang tak mahu perkara saya dengan kevin diketahui mama or papa dari mulut orang lain. Biarlah dari mulut sendiri so saya puas hati sekiranya diterima atau direject reject. Huh !
Bangun2 tadi mama suruh buat puding roti lagi sebab ada kawan mama nak datang rumah malam ni. Entah siapa saya tak kenal tapi tepaksa masakkan puding tu utk mereka. Wpun bukan susah sangat tp bila kemalasan dtg melanda mencarik-carikkan roti terasa seperti menarik tali dalam pertandingan tarik tali. Tiba2 teringat ada orang minta resepi puding tu sblm ni. Tapi lupa lagi siapa yg minta so saya tepekkan sini aje la. boleh la cuba2 sehingga berjaya ok. Jgn putus asa dalam apa pun yang dibuat. =)
PUDING ROTI
Bahan-Bahan:
10 keping roti
Mentega 300 ml
susu cair 300 ml
susu segar 1 ct
esen vanila
2 biji telur
150 g gula castor
mix fruit
Cara:
1. Sapukan mentega pada roti dan dipotong².
2. Lenserkan loyang dan letak roti dan gula castor. Pastikan top layer ada mix fruit dan gula.
3. Pukul telur bersama susu cair, susu segar dan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam roti dan rendamkan selama 1 jam.
5. Cubit 3 atau 4 ketul mentega dan letak berselerak di atas roti yg sudah terendam.
6. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama vanila (kalau suka)dan hiaskan dengan raisins

7 speak up:
dap mmmm..hehe..nk try la satu hari..nk ajak oshinz wat la..hahaha
uhuu..N pnh try wta..tp x jadik..sbb half way oven rosak..demit...
harus mencube ney.. nyum! thanx yanna! =)
oh! masih menunggu entry resepi rendang.. hehe.. eh, ke da ade? x perasan pulak.. =P
Gua nak jemput lu makan kenduri kat blog gua.
Ikut baca doa lagi bagus.
Kalo nak follow pun takpa.
Blog gua tu dh tak seimbang,ramai dah berat ke belah punk.
x makan puding roti
love puding roti,but never know how to make it. SAVED! ;)
Post a Comment