Saya ingat ada beberapa org mintak resepi pizza. antaranya oshin dan dan ...sapa ye lupa. tp tkpe la saya letak gak sini. ini resepi mmg copy dari blog some one jugak. tp saya mtk maaf sbb lupa siapa dah. so tk dpt nk kreditkan. bab2 kredit ni sensitif saya tahu. kalau owner dia baca sila say hye saya akan kreditkan anda sbb resepi pizza anda sangat best =)
Tapi saya ada tukar juga here & there utk menyedapkan selera tekak saya. Haha.
PIZZA
Bahan-bahannya
250 gram tepung roti
250 gram tepung gandum
1 sudu makan yeast
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar minyak sayuran
320 ml susu segar
Cara-caranya
Bahan-bahan dicampur dan diuli sehingga licin dan lembut. Perap selama 30 minit, kemudian tumbuk dan uli lagi sedikit dan bahagikan kepada 3 bahagian (satu 300 gram). Canai bulat dan kemudian perap selama 30 minit supaya ia naik. Bakar dalam oven setengah masak selama 5-10 minit pada suhu 180 darjah C.
Bahan untuk Topping
bawang putih
bawang merah
daging cincang
bunga kobis
cendawan butang
baked beans
mozarella cheese, diparut
Kraft Cheese Strings
Sos - ikut citarasa (cili sos/ sweet sour sos/ bbq sos)
Cara-caranya
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan daging cincang, letak sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan sayur-sayuran, bunga kobis, cendawan butang dan tumis setengah masak. Topping telah sedia untuk digunakan.Untuk membuat pizza yang mempunyai cheese sides, lepas canai letakkan Kraft Cheese strings dan kemudian tutup dengan adunan tepung. Kemudian bakar setengah masak, kemudian sapukan dengan sos
Taburkan sedikit parutan mozarella cheese (supaya bila letak topping tak berterabur), letakkan topping sayur campuran, kemudian letak baked beans dan akhir sekali tabur parutan mozarella cheese.
Topping pizza boleh dipelbagaikan seperti menggunakan hotdog, nenas, daging ayam belanda (turkey), frankfurters dll. Creative sikit mencuba dan ia akan menghasilkan pizza ikut selera keluarga anda.
Okey, selamat membuat pizza

12 speak up:
ermm..puding hari tu?nk resepi yang tu pulak..hehe
thanks babe!!..
nanti kalau aku nak cuba, aku korek balik entry ko nie..
yela, rumah aku takde oven.. nangissssssss..
tp yunk..N wat pizza gne roti pita..x ya uli2..N sgtt pemalas ohh...
boleh la buka kedai pizza pas nih.ehehe~
halo aryanna..
ok jugak resipi nie..smalam buat lagi eskem goreng..malam nanti nak goreng..tak sabar nak balik bile teringat eskem goreng..heheheh
anyway..weekend lehla try yanna punye resepi pizza nie..nyum2x...
thanksss..nnt akan tryyy ;) hehe
nak test dlu bleh tak..?
br nak try buat :D
kalu my mom kn..just pegi beli ready made punya doh..den wat topping sendiri..hehe..neway thanks ae:)pasni bley terai yg buatan sendiri kot..haha
sedapnya!
copied! ;)
suka blog awk. i folo yer...
jemput datang blog saya
http://amerislovely.blogspot.com/
Post a Comment