Sunday, June 21, 2009

Sambutan hari bapa yang lain dari biasa

Papa, talking about him buatkan saya rasa excited –se excited membuat entry yang lepas tu- =) Dalam segi emosional saya rasa papa lebih memahami saya. Seorang lelaki dengan jiwanya yang lebih lembut mungkin senang didekati anak-anak untuk menceritakan masalah. Kalau saya termerajuk atau tersentap ke, -semua kena letak ter sbb kononnya tak sengaja- papa lebih mudah bertolak ansur dengan saya dan memujuk saya indirectly.

Malam tadi kami semua berkumpul, kecuali papa untuk bincangkan apa yang kami nak buat untuk celebrate father’s day kali ni. Selain dari bagi hadiah yang biasa diberikan spt tie, handphone, kamera, flight tiket, kami terfikir nak buat something yang lain sikit tahun ni. Something yang tak keluarkan duit banyak tapi yang mempunyai lebih makna. Makna yang mendalam begitu. Hah klas klas klas.

Saya pun rasa sambutan begini jadi lain dari yang lain, so we came up with these ideas

1. Bersama-sama bapa dalam masa sehari
Sebab selalunya kita busy dgn study, kerja, ataupun aktiviti sosial lain, remind lah diri kita sendiri utk habiskan masa yang berkualiti satu hari dengan bapa anda. Mendengar apa yang dia nak kata atau berkongsi pendapat adalah perkara senang yang kadangkala kita terlupa nak buat dengan bapa kita.

2. Sediakan makanan kegemaran bapa
Tak ada yg lebih berharga kalau dapat masakkan untuk bapa yang tersayang especially anak-anak perempuan tu, pada hari bapa. Masa ni jangan libatkan ibu kt dapur pula. Hanya anak2 yang masak. Biar ibu berehat dgn bapa dan menikmati makanan yg kita masak sahaja. tak kira lah masak apa even nasi goreng ke...hehe

3. Habiskan kerja bapa yang tertangguh
Tanya atau cari apa kerja2 bapa yang tertangguh yang dia tak dapat buat atau tak sempat buat seperti bayarkan bil, bawak kereta dia servis atau cuci, atau bawak dia pergi klinik untuk appointment dengan doctor yang mana2 dia terlupa tu macam appointment dgn doktor gigi ke…nampak simple saja tapi bermakna kalau dibuat dgn kasih sayang tauu

4. Buat family video
Ni paling best kot. Buat family video. Rakamkan each of family member punya ucapan untuk bapa. Kalau lebih klas lagi awal2 rakamkan ucapan dari sanak saudara atau pun kawan-kawan bapa. Dan tunjukkan kat bapa pada hari bapa dia mesti kagum dan terharu dgn effort kita.

5. Main sukan kegemaran bapa
Kalau bapa suka bersukan kita join la bapa pada hari istimewa itu man feveret sport dia. Macam tenis ke, badminton ke, golf ke. Atau panggil bapa punya play pal main sama. Make him feel relax sambil enjoy the game.

6. Berkumpul bersama-sama saudara mara
Kejutkan bapa dengan menjemput semua sanak saudara, uncle, aunty, sepupu sepapat. Arrange game dan acara makan-makan untuk memeriahkan lagi suasana.

7. Tulis surat untuk bapa
Kadangkala bagi kad itu adalah biasa. apa kata kali ni tulis surat utk bapa anda? Lebih personal dan sentimental. Terutama kalau yang tinggal jauh dari bapa. Ceriakan suasana dan bangkitkan kembali memori mengenangkan jasa2 bapa. Pasti dia akan rasa lebih dihargai


Kami actually dah prepare untuk buat family video..semoga papa akan rasa gembira tahun ni pada hari bapa ni.. nk tengok video tu? tengok lah kalau kami upload kat youtube nanti..;)

Happy faher's day Papa. Kami sayang papa
~ with love, Yanna, Adif, Iman, Noni

4 speak up:

0sh!Nz 0n da bL0ck said...

kalo video tu ade semua family members kamu, takdela gambar yg di'blur'kan ye.. hahaha..

syafawani said...

hehe..nnt kasik link youtube tu ae:)

bvlgarigirl @ Arianna said...

0sh!Nz 0n da bL0ck **
tk ada blur2 kot. mgkn blur kt otak saja la sbb kena fikir jalan cerita dalam video tu hihi


syafawani **
wani, i think it is already on the youtube. mama dah upload. tapi link kena carik sendri hua hua hua

Lifesaver said...

wah!!byknya programme

Related Posts with Thumbnails