Pagi tadi tersedar dalam pukul 4.30am. Tersedar sebab ribut dan hujan lebat pagi tadi. Bila rasa sejuk sangat bangun cari remote. Lepas tu dah tk boleh tidur. Masa tu tiba-tiba teringat macam dah lama tak baca quran. Tersedar tiba-tiba atas kealpaan diri. Terus amik wudhuk dan baca quran sambil tunggu masuk subuh. Masa kat kampus slalu la jugak baca quran sebab pegi surau, lepas tu ada usrah, kadang2 kat hostel pun ada buat baca yasin semua kan. Kt rumah ada ustazah datang ajar adik2 tapi tk pernah nk join. Sekarang solat jemaah dengan papa pun kadang2 saja sebab dia selalu balik kerja lambat. Begitu jugak mama slalu busy.
Life is not easy. Kena slalu berlumba2 mengejar duniawi sebab itu kadang kala terleka dengan amal ibadat dan akhirat.
Kenapa saya ni mcm bagi ceramah pula kali ni. Sekadar mengingati diri sendiri…
Lepas subuh saya rasa rindu pulak dengan kevin. Wpun selalu sms or YM tp tetap juga nak mendengar suara. Especially pagi2 begitu. Kalau dapat dengar suara dia rasa lengkaplah hari saya. Sebab pagi2 kevin ni biasanya ceria saja. so saya call dia dalam pukul 6.30am berborak2 sampai la dekat pukul 8am. Suka sebab hr ni mama yang hantar adik2 gi sekolah sebab lepas tu mama ada nak jumpa client.
Saya cerita pasal life saya kt sini dan kevin pasal kerja dia kt sana. Katanya dia banyak belajar dengan uncle dia pasal kerja tu. Saya cakap kt dia baguslah dia belajar banyak2 sebab lepas habis study nanti boleh terus kerja dengan uncle dia saja kt sandakan tu. Haha. Keras sikit kot saya cakap begitu sampai kevin pun terdiam. Biar lah dia fikir sendiri. Saya tak nak jadi sebab kenapa dia nk drop semua benda yang sudah tertulis dalam hidup dia. Kekasih boleh cari kt mana-mana, family hanya ada satu sahaja. Tul tak?
Saya pun dah bgtahu dia pasal kereta tu. Saya memang tak mahu ambil. Biar dia pakai saja. saya dan papa akan usahakan sesuatu untuk kemudahan saya ke kolej di sana. Thanked him atas niat baik dia. Saya appreciate tanda ingatan dia pada saya. Tapi kalau terus terusan termakan budi susah juga. Kata orang selagi tiada ikatan, jangan terlalu terhutang budi, takut kalau jadi apa-apa ada yang tak puas hati. Kena beringat la. saya pun bukan kenal 100% hati budi kevin. Kami kawan pun tak sampai setahun pun lagi. saja la letak dalam ingatan juga yang kami ni lain dari lain. Hubungan kami tak sama dengan orang lain. Kami ni terlalu banyak perkara yang menghalang. Just go with the flow la. tp kena fikir juga. Inikan masa depan. Nak tunggu sampai bila baru nak fikir. Saya bukan belasan tahun lagi. Semakin hari semakin sayang. Karang ada yang patahhh la hatiiii…. Menangis air mata darah tak guna dah masa tu. Wah emo lebih.
Cuma sekarang ni kan yang betul-betul tahu pasal saya dengan kevin hanyalah Yaya saja. itupun dia bukan 100% bagi kelulusan. Ops terlupa, there are you guys yang tahu juga pasal saya dan kevin, so please keep within you only okey. Diam-diam ye….=)
Saya rasa saya perlukan seorang ahli keluarga yang saya nk bagitahu dan minta pendapat dia tentang kami. At least saya akan rasa strong sikit. macam kevin, dia ada stella yang sokong dia. Saya tak ada siapa2.
OKEY..fikir-fikir lagi.

11 speak up:
banyakkan berdoa..bagus!
wah .. kevin pasti kan terharu bila tengok entri ini .. haha !!
kalau difikir2 rumit, difikir lagi tambah rumit..mcm adik arianna dan kevin ni lah..akak minat nak tau perkembangan adik pastu berfikir masalah2 adik dan kevin..memang rumit..huhu..difikir2 lagi dan lagi, cuma family kevin kena terima dan gitu juga dengan family adik arianna...fikir2 lagi...haih..akak pula yg terlebih EMO !! :D ..
erm..kesian yanna, akak sokong yana nga kevin tau... ingat jodoh di tangan tuhan, tapi as long kit ausaha ke arah itu...pasti itulah ketentuan untuk kita ok darling...:)
i thinkur mom will be the person that should know about him.. nak crite kat adik2 punadik2 comel2 lg kan? takut pening lak nak wat mereka paham. takpun ur cousin yg tunang aritu? korang kan rapat.. semoga jodoh korang berpanjangan sehingga akhir hayat ye.. amin!
Hmm. You got life.
And pasal cinta tu, kau jangan fikir kan sangat. Semakin kau fikir, semakin jauh kau dengan dia.
And kenapa dengan kereta?
yup..jgn terlalu terhutang budi k yana:)pesanan kepada wani sdiri jugak..bukan apa..skang suma ok suma xkisah..nnt2?suma nk ungkit..mtak2 tu xde la kn..hehe..just beringat jep:)em ur mom kot u bley share..or else ur kazens..tp kna tgu masa yg tepattt ye:)hope diaorg paham kn..
Yana, I rasa u mesti berkongsi cerita with someone. So kiranya I sokong you jika U pikir nak cakapkan dengan on eof your family or relative yg close dgn u. Alah kita kan akan ada salah seorang kaum family yg close dgn kita. So cerita ler semua-semua dgn dia. At least ade jugak yg tahu pasal Yana & Kev nih. All the best yea!
halo aryanna..
hye..ari2 baca ur entry but too bz to drop a comment..sorry..
ok..this is just my opinion k..??for me, lau nak share pape dlm family, i'll choose my mom..bukan ape yanna..walau macamana marahpun ibu atas keputusan kita, dia akan sokong kita in the end..
ingat my fren yg kawen ngan non-muslim kadazan guy tu..??mula2 dia mcm u, takut..but one day dia share ngan her mom..at 1st, mmg her mom marah..but in the end, her mom yg standing out for her and that guy..
i dont know..its up to you..lau rasa tak berani jugak..kami semua still ada..u boleh contact i jugak..dont worry..hubby i xmarah lau pompuan..lau guys dia akan bertukar menjadi super saiya..hahahah~
take care yanna..kem slm kev
huhuhuhu...
terasa sedih plak tatkala membaca entry nih...
betul..betul...betulll...time kaple ni mmg tak digalakan terhutang budi..tapi...errrr..kalo yg dh terlebeh hutang budi tanpa diminta mcm mn ek...
chilll ari...x usah kita sedih2..tawakal pada ALLAH dan ingat apayang ari laku kan pun sebahagian dr jihad jugak.kevin pun dh mula tunjuk minat kat Islam kan..doakan agar hati dia terbuka dan menerima cahaya hidayah.pray for me also ya(^_^)
dalam dunia ni..saya rasa kan sekurang2nya dan paling ramai seorang saja yang tahu pasal kita..xda rahsia...indah begitu kan...xrasa kita seorangan...
Post a Comment