Nak menulis banyak-banyak tapi sibuk pula. Bila tak sibuk malas nak menulis banyak-banyak. Haihh…
Semalam banyak melayan family Aunty Sari. Saya ingat ke kena panggil mbak dan bapak sebagai panggilan tapi sekarang ni dah moden, aunty & uncle juga. =)
Mereka datang dengan 3 anak mereka. Saja jalan-jalan. Mama kenal Aunty Sari masa dia duk KL 10 tahun lepas. Lama dah tu. 1st night tidur di rumah dan malam tadi dah pergi tidur kt hotel Saujana. Adui pening melayan anak-anak kecil tu ribut bangat. Ya tuhan rasanya adik-adik saya nakal pun tak ada la sampai pecah kristal mama dalam almari tu. Berderau darah saya melihatnya tk berani nak pandang mama sbb itu barang kesayangan mama. Mama pandang saya dan saya bagi isyarat supaya mama sabar. Hehe. Then mama control senyum saja while Aunty Sari pulak yang menggelabah panik. Adeh la..kesian dia, budak-budak kalau ajar suruh behave pun masih jugak nakal. Uhhhh lepas lunch semalam bawak mereka keluar jalan-jalan di KL tapi hujan pula…stranded kat the gardens sampai pukul 8malam. Lepas tu baru pergi hantar mereka ke Saujana.
Masa temankan mereka check in kat hotel kan tiba-tiba teringat lak masa kerja part time kat hotel masa tunggu result SPM dulu. Saya ni suka keja part time jugak. When I fell bored to death at home saya akan mula merengek2 nak kerja. Especially bila ada kawan kerja tempat sama. Saja nk mencari pengalaman but my parents also encourage utk belajar mencari wang saku sendiri. Tak nak manja-manja sangat. That’s why saya kerja part time kt library kt kampus. Me very independent yeah!
Masa kerja Istana hotel tu kan saya kerja dengan Amy my friend yang paling kelakar. Dia ni memang kepala gile-gile la, kalau jumpa gerenti tak leh diam mulut dia nak bercakap. Kami kerja as receptionist kat counter. Bila kami kerja shift yang paling bodoh iaitu shift pagi, mula la nak buat perangai. Kami panggil shift bodoh sebab masuk kul 7. kalau pagi mcm tu tak de kerja nk buat, sebab guest tak ada check in or check out masa tu. Time tu mengantuk pun ada. bila nak hilangkan mengantuk mula la kami buat hal. menari britney spears la..opss I did it again..dengan tangan terkial..lepas tu mengadap ke cctv lak. Kadang-kadang nyanyi lagu nasyid sepohon kayu. Dengan tangan genggam dan beratur mengadap cctv tu, tak kira cina ke india ke ada kat kaunter masa tu kami ajak join. Lepas tu gelak2. Haa dan,dan tu la pak guard akan call counter dan tanya “eh korang buat apa aa?”
Agaknya dia pun gelak menengok cctv kat bilik video tu tengok malaun-malaun menari.
Ada sekali tu lak sorang guest jepun nak check in terkejut tengok kami nyanyi2 kat kaunter, dia gi pusing jauhhh lepas tu baru datang check in. takut agaknya tengok orang gila semua kt kaunter tu, haha. Then bila ada guest fussy sikit datang nak check in, kami layan baik je kat depan kaunter senyum meleret .. tapi pegi je belakang dinding kaunter tu terus tunjuk penumbuk la, finger la, tendang2 dinding la..geram sangat. Please la jangan fussy sangat kalau pegi dok hotel, nyampah tau tak..hehe. ai tau la ai keja hotel mmg banyak pengalaman wpun kerja dalam 2 bulan je tapi cukup la rasanya pengalaman2 yg tk berapa nak indah dengan guest tu.
Dah ah pasal pengalaman keja tu..saya skrg ni nak menghayati saat-saat terakhir bersama family di rumah…isk isk.
Nak gi kemas beg dah… tata

7 speak up:
KK yang rindu yanna ke..yanna yang rindu KK?? ke yanna terlebih rindu sbb ada kevin?? ahaks!!
nasib baik saya bukan seorang yang fussy, =D
aik, mana ABC nyer...
entry nape tak masuk ngan title ni?
ingatkan nak bagi resepi air batu campur td..
hehehehe...
oppppsss...
penah wat part time kat istana hotel ya...
hhmmmm...nape kita x penah jupe????
jaga counter...ooohhhh!!!! akak jarang lalu kat counter tu...tepi2 counter penahlah...
Bravo, what excellent answer.
At all I do not know, that here and to tell that it is possible
Post a Comment