Thursday, July 09, 2009

Jangan disangka benda murah tidak berkesan!

Nak share tips kecantikan. Esehh macam cantik sangat. [@-@]”
Tapi tak kira la nak share jugak sebab saya confident dengan produk ni. Thumbs up!

Slalunya bab2 pencuci muka ke, pelembab (lembab ke lembap?) ke, toner ke, krim ke semua mama yang pilih dan belikan, saya pakai sahaja. Memang macam tu, kalau mama beli apa-apa brand pun saya main pakai je, Mama pulak jenis yang suka bertukar brand. Nasib baik kulit dia tak sensitif. Tapi saya ada la keluar jerawat sesekali tu, maklumlah remaja, tk perfect jadi remaja tanpa jerawat.. orang kata jerawat pemanis mukaa..=X
bila ada jerawat je mama yang panic pergi belikan saya krim tu krim ni. Saya rileks je. Sapu oxy je pun bolehh.

Tapi bila ke kampus dan berkawan dengan ramai orang saya mula berjinak (mcm liar je sebelum tu) untuk memilih produk sendiri. Student kan mana ada duit nak beli branded punya produk. So murah-murah je pegi beli. Kalau yang rm100+ satu set tu tak dapat la menampung pakai PTPL ke MARA ke.. Tapi kebanyakannya tahu yang produk ni wpun murah tk sampai RM20 tapi berkesan.


Ni la dia. Safi krim kecantikan. We all pakai yang tutup hijau ni je. Yg lain2 tutup biru la, safi rania la tu semua tak tahu lak. So, tak jamin keberkesanannya.

Mana-mana yang ada jerawat, jeragat, muka kusam, parut-parut lama, semuanya licin. Muka yang gelap akan jadi cerah berseri. Bila dah tengok kesannya mula la semua orang pun nak bertanya, “Eh kau pakai ape yek muka kau lain macam berseri?”, “Eh eh kau tak de jerawat lagi la noks. Muka kau bersih je. Kau pakai Felisa ke ?” or “Kau ada pakai ayat penyeri muka ke? Mintakkkk…” Parah.

There’s a friend of mine ni muka dia mmg byk jerawat tapi lepas pakai krim ni muka dia dari jauh nampak cerah dan licin…dari dekat lak Masyaallah bukan je licin malah bergebu-gebu. Rasa nak gigit2 je. Cam baby. Mucuk mucuk mucuk…hehe


Tapi krim ni berminyak sikit so tkleh pakai banyak. Nanti nampak cam tepung gomak. Tambahan bila disinar mentari..fuyooo minyakk! Nanti kena ejek dengan budak lelaki. So, saya suka pakai waktu malam je…kalau nak pakai siang jugak, kena pakai nipis2 je macam pakai make up base or moisturizer dan lepas tu sapu compact powder. Lihatlah kesannya dalam sebulan. Takes time juga ..takkan la 2,3 hari, seminggu boleh jadi putihh…tu bukan krim, itu pakai kikir…ahaksss

Dah dah…capek ni. Ibu sudah mampir ngajain guwe ke dapur..
[@-@]” Mentang2 la ada tetamu indon di rumah ni sekarang.

Nanti update lagi, bye!


post signature

17 speak up:

MadianiMamat said...

btol2...setuju la arianna..i lps pakai krim nih sume tegur muka mcm chubby2, gebu2...malu i..muahahahaha...tp btol.produk nih thumbs up!!!

JiEjAh_DeEn said...

betul la laling ,
akak pun pakai gakkk cream ni ..
so far so gud :D

~dARlee zURiS~ said...

hehee..zuris pun pakai safi
mmg berkesan
hasil yg ketara
puas hati
tak perlu belanja besar kan?
;)

tp..safi nie takde uv protection
sila pakai sun block ye

Youjie said...

hihhii..tekejut nampak pic ni, ingat ariana curi aku punya tadi...

Actly aku dah pakai sejak form 2 lagi..ni lah cream pertama dan akan kekal selamanya..kesan dia bagus...memang gebu..

Tak caya...pandanglah aku..wakakaka poyo nyerr...

Tapi pencucui die aku pakai garnier biru ...hihi extra info.

^_^

Diarihatiku1976 said...

yer ketak pernah gak.. boleh cuba ni.. nak cun gak....

Ceera said...

dulu aku pakai tu jugak.. dulu2 masa muda remaja.. tapi tak suka sebab berminyak2.

dan, ia tak berkesan kat muka i.. =P

Charymien said...

yeke berkesan? nanti trus i gi beli! :) nak try.. hehe

dyan . said...

yezzaa... dulu pun penah pakai..tapi tak berkesan jugak ke muka ku yg macam rupa apa ni..
sama la mcm ceera tu.. tak kena dengan kulit kot..

tapi sepupu saya pakai ni..
memang sesuai sangat dengan kulit dia..
sekarang ni muka dia dh tak ada jerawat, makin putih, makin gebu..
jeles pulak.. huhu...

bspotgurl said...

Ermmm, I rasa semuanya ikut kulit lah. Kalau kulit kita ON dengan sesuatu produk tu, kita pakai yg murah cemane pun okay tapi sebaliknya kalau kulit tak serasi, tul tak

0sh!Nz 0n da bL0ck said...

nape tak penah jumpe yg kaler ijo ni?
muke cam lekit2 je bile pakai krim safi ni..

neesa_jun said...

wah....ini promot baik punyaaaa....huhu...daku masih mencari produk yang sesuwey deh!

-ilyannur- said...

kazen sy penah pakai benda ni..
mula2 pakai mmg nampak beza, kulit jadi putih gebu, jerawat pun hilang.
tp last2 baru nampak effect -ve product ni, akan timbul bintik2 hitam di pipi. tp mungkin tgk kulit jugak la.. sy x berani nk pakai benda ni bila tgk muka kazen kuar bintik2 itam

SaYraH WonDerLanD said...

hmm awak just pakai cream ni ke the whole set of safi? ish2 sgt2 memerlukan cream right now

kechiq! said...

tak panas ke pakai krim safi?

Maicher said...

depends on orang kan. ramai my friend yang pakai jugak ada yang effective, ada yang tak.

hmm.

Cherrie.Mia said...

kalo gitu i pon nak try la...

oleen said...

yuppp ia mmg berkesan.. Juz perlukan kesabaran shj..jom bc review sy http://oleenluvstar.blogspot.com/2012/05/semua-hijau.html

Related Posts with Thumbnails