Sunday, July 12, 2009

Malam ini sangat sunyi

Tak boleh tidur laaa....mungkin sebab tempat baru, bilik baru, katil baru, tilam baru, bukan baru beli, tapi baru nak menyesuaikan diri dalam bilik ini. mungkin juga sebab nak adjust cuaca dan perasaan sebab baru balik dari bercuti. seperti biasa saya perlukan at least seminggu to be back to normal tanpa merindui rumah.

Kak Min dah lama tidur. dia tak kerja hari ni dan ada di rumah masa saya sampai dalam pukul 7.30 ptg tadi.

ok saya telah selamat sampai di KK. kenapa cerita saya kali ini mengundur? ok, version flash back la kiranya kot.

Flight touched down pukul 5.30 ptg. Sudah lah saya ni berdebar keluar dari flight macam nak demam. seram sejuk sebab nak jumpa someone. macam la nak pergi blind date pulak. always like that. kalau tak jumpa untuk sekian masa saya mesti dapat penyakit nerves bila nak jumpa semula. psiko.

saya dah on handphone selepas sahaja isyarat pasang tali pinggang dimatikan. macam tak sabar. memang tak sabar pun. dan terus dapat call dari kevin masa saya langkah masuk bangunan airport tu. he was already there waiting. saya kena tunggu luggage keluar dulu dalam 20 minit menunggu maka semua luggage keluar. lepas beberapa pusingan baru nampak beg saya. terus tarik cepat-cepat dan tolak dengan troli ke luar.

i dont like the feeling masa keluar pintu arrival hall tu. macam malu sebab semua orang kat situ memandang. memanglah sebab semuanya menunggu orang keluar. ok. saya pulak dah tak nampak orang lain dah masa tu. mungkin kalau Awal Ashaari ada kat situ jugak pun saya dah tak perasan kot. yang saya perasan hanyalah ada seorang lelaki bertshirt putih berjeans yang tersenyum manis dan memandang saya seakan-akan dia akan berlari dan memeluk saya untuk melepaskan rindu. pang! khayal tak habis-habis.

kevin hanya menyambut saya dengan menghulurkan tangan dan saya menyambutnya seperti menyambut seorang anak kecil yang amat saya rindui.

[@-@] ......

kami pergi minum sebelum kevin hantar saya balik ke rumah sewa. dia suruh saya makan tapi saya tak mahu sebab dah kenyang. kenyang sebab dapat berjumpa dia. ye la masa tu rasa sangat kenyang ntah kenapa. hehe.

banyak betul nak bercerita even everyday pun ada call or sms mereportkan segala yang kami buat masa cuti. kevin looked so happy and im glad that he doesnt change. even a bit. masih sama macam dulu. saya bodoh sebab takut perpisahan sementara boleh merubah segalanya.

okey tomorrow my lovely dovie friend yaya akan sampai. happy sebab saya tk la rasa sunyi sangat. we will look forward to go to campus to register on Monday. pray for a better year this year.

and now saya lapar. saya akan menyelongkar beg makanan bekalan dari kl sekarang. Nyte...

post signature Mama, im missing home ~~~

7 speak up:

syafawani said...

beshnya dia kev jemput..hehe

izwan7 said...

biasela new environment for sure u need some times to coping with
btw slongkar makanan?aha buruk bunyi nye,mcm tikus ratatouille yg mengidam nk makan serunding..lol

naz said...

mama ur daughter miss kevin

[z@ck] said...

u r so lucky 2 hv him as ur boy..
=)

cik pida said...

btol ckp [z@ck]....

akak pon jeles...huahuhuhu..
u r so lucky ariana...
may God bless both of u

0sh!Nz 0n da bL0ck said...

aik.. baru smpai da homesick ke?
emm dah lame tak jumpe mesti rase kenyang bile dapat tatap muke kev kan?

Lifesaver said...

slmt belajar

Related Posts with Thumbnails