Tuesday, March 31, 2009

Nuffnang i love you

Kena lah sekali sekala buat entry pasal nuffnang juga kan...jasamu ku kenang.
wpun tujuan blogging bukan untuk nuffnang tapi kalau blh jadi sbg pendapatan sampingan, syukur juga. dah rezekikan... amin amin

sepanjang 3 bulan blogging..saya dah pun claim sekali duit nuffnang nih..berjumlah sekian sekian yg paid/pending tu.



dan nanti nk claim lagi soon yg available tu...tunggu le dulu biar dia naikk lagi.

emmm sila la lagi klik2 saya punye iklan lagi ye. jangan malas ye u all.
=)


dan nk cite pasal keywords2 yg dipakai untuk men search blog saya atau mungkin juga ter search blog saya sebab u all masukkan keywords2 tu.

klik gambar utk penjelasan yang lebih besar
ada yg search bvlgarigirl blogspot --okey
ada yg search bvalgarigirl blogspot -- salah ejaan bvlgari itu ye, sila cuba lagi
ada yg search arianna dan kevin -- tetiba lak rasa cam romeo dan juliet =D
ada yg search nombor phone dafi -- saya tak ada nombor phone dafi lor, kalau ada mesti saya dah call dia 18 kali sehari
ada yg search yaya, kevin -- kalau lah yaya tahu, mesti dia rasa glamer satu badan LOL


Itu je la.. nuffnang staff kalau terbaca entry ni, saya lap u all.
Gimme more profit. Yeah !

post signature

Kena K dulu baru fresh

Since semalam saya mood dan tenaga tak baik sbb tak tido kan.
Hari ni saya gi kuliah, tutorial lepas tu balik tidur. Tk buka blog pun sbb kalau buka saya akan update benda-benda yang tak masuk akal.
supaya saya fresh sikit saya pergi cari K dulu.


K ?

Takkan la Arianna ambik K?

Betulll... dia ambil K.


.

.

.

.

.

.

.


Kickapoo la... =D LOL





Kombinasi yg kena ada untuk saya freshkan diri saya = K + twisties cheese
psst...malam ni cikgu gitar saya bermurah masa nak datang ajar saya main gitarrrr

post signature

I can't sleep tonight


It's 3.56am ...

Obviously i can't sleep tonight

Something is wondering in my mind...

guess everyone is sleeping safely now =)

post signature

Monday, March 30, 2009

Bicara Cinta Arianna

Poll sudah ditutup semalam cuma saya tk sempat nak entrykan keputusannya. Thanks to all pengundi-pengundi berhemah. Nampaknya tiada rusuhan berlaku sewaktu pengundian ye.

Pilihan ramai yang memilih Bicara Cinta Arianna sebagai tajuk kepada lagu itu... 44% of 71 voters

kenapa pilih yg tu? saya pun tak tahu. agaknya mgkn sbb lirik saya tulis tu berkaitan dgn diri saya. atau u all nk ambil hati saya saja kotttt =D

Congrats to llalisll yg memberikan cadangan...hihi tenkiu. tenkiu saja sebab saya dan wanpok belum bekerja untuk membelikan awak hadiah ..LOL

so, wanpok tajuk lagu awak ni terpaksa la awak pakai yang ini yekk...=)

kepada yang nak dengar lagi sekali atau beratus2 kali boleh la ke link ini.

http://bvlgarigirl.blogspot.com/2009/03/prime-time-debut-2.html

Check it out.

Dan to wanpok, kalau ada awak ada record again this song yang latest punya jgn lupa buzz saya ok.

Okey, hope you all enjoy it.

post signature

Kenapa saya perlu kuatkan semangat

Semalam punya jalan2 bukan sesaja jalan2. Selain drp kevin nk cuba redakan perasaan saya yg masih lg ada marah sikit2, saya juga nk redakan rasa marah kevin. So seri 1-1 la sbb sama2 marah dan tk puas hati. Apa-apa kena bincangkan juga.

1st case

K : I’m sorry I naik angin the other day. My mistake of trusting people who I shouldn’t trust at all.

A : What did B said exactly about me. Tell me.

K : Tak apalah dah lepas tu lepas lah ye syg. There will be no 2nd time of trusting her.

A : Fine. I thought kalau u nak percayakan dia u percayakan dia teruslah.

K : Tak. U forgive me kan?

A : I forgive u.

Case closed.


2nd case

A : I pula nk minta maaf ye kalau I salah sebab jumpa sidd

K : Tak salah dear. I tak kisah dia kan kawan u. tp kadang2 rasa jealous tu ada la sikit2 mana tahu dia sukakan u

A : U mengaku jealous

K : Ye I mengaku sbb benda tu nyata. Mana2 lelaki pun boleh jealous kalau orang yg dia sayang rapat dgn orang lain

A : Okey I swear sidd is just my best friend. Not more than that. Kalau u nak kenal dia, kita jumpa sama-sama dengan dia nanti. Nak?

K : Tak payah la…I tak nak kenal dia semata2 sebab u ingat I jealous.

A : I tak faham. Kenapa tak nak pula.

K : Tak apalah. Susah nk explain. I tak kisah u kawan dgn dia sbb u dgn dia dah lama kenal. Teruskan berkawan ok. Don’t worry about me.

A : Fine. Just tell me if you want to meet him ok.

Case pending.



3rd case

K : I ada something nak bgtahu

A : Apa dia?

K : Last week my uncle call. Dia kata lepas habis study je terus kerja dgn dia.

A : Kt mana?

K : Sandakan. Its family business and he needs someone to help him. walaupun i cakap ada lagi 1 tahun study dia nak i tahu awal2.

A : Oooo…okey la tu tk payah u susah2 cari kerja kan? Tak kena menganggur lama-lama.

K : That’s not what im thinking now

A : Kev, don’t think about it now if its hurting. Lets time pass by then takdir tentukan apa yg akan berlaku.

K : But I love you so much

A : I akan sayang u walau pun kita tidak dapat bersama2.

K : Jangan sesekali cakap macam tu. I’ll fight for you.

A : It’s a fact. Family comes first kev. I don’t want you to leave your family just because of me.

K : You tak sayang I ke? Don’t you want to be with me?

A : Lets dont think about it now. But trust me, I love you more than you love me kev.

This case depending on fate.

post signature

Sunday, March 29, 2009

Episod Pulau Tiga

Hyeee...i'm back. baru bangun tidur...sempat da tidur lepas balik tadi. penat bah..

had a wonderful day today =)

Yeah..for real...Pula Tiga tu ialah Survivor Island..ingat tak siri Survivor yang famous satu ketika dulu tu..? Dia punye 1st episod buat kat Pulau Tiga la. Vangga kan malaysia.
Suka sbb dapat peluang pergi sana..ada org sudi bawakkan ..hehe

Pukul 6pagi tadi kevin dah bagi wake up call...sbb kena bertolak awal. dah la malam tadi tidur lambat sbb melayan movie dgn yaya sampai pukul 2 pagi. Tak tengok AF =(.

mengantuk tapi kena lah bangun sbb tengok kevin bersemangat je kan so saya kena la tunjuk2 bersemangat ..haha

We started our journey pukul 7.30pagi. Ke kuala Penyu. kami berhenti bfast kat Putatan sbb kevin da lapar. Lepas tu continue journey sampai kat Kuala Penyu dalam pukul 9.30pagi. Then ke Pulau Tiga by boat. Perjalanan dgn bot ambil masa dalam 30 minit kot.. cuaca sangat baik... a bit cloudy, a bit hot and not rainy.... syukur

when we arrive there, tada !!!



sangat terpegun..it is so beautiful




Dari jauh kelihatan sangat cantik. tak sabar nye dalam hati tapi tk mo over excited kan.

Airnya sangat jernih....pasirnya sangat putih...


kat tepi pantai tu ada meja dan bbq area utk pelawat. ada kemudahan asas spt tandas dll






ape-ape tengok map dulu ...=)


Then kami pun duduk rehat kt tepi laut lah. mmg tak ada plan nak mandi manda atau mandi lumpur. sbb rasa macam malas sblm bertolak tu nk bwk pakaian semua so saya dah bgtau kevin kami pegi jalan2 saja. kalau best, next time baru pegi mandi manda.
dia tak kisah..

Lepas tu kevin ajak saya ke volcano's mud area tu. lebih kurang 1 km dari picnic area. so, we have to walk about 20 min ke sana. orang kata mandi lumpur tu bagus utk mencantikkan kulit..


best juga. bila sampai sana dah ramai orang berkubang dalam lumpur tu...so kami pun tengok2 saja mereka-mereka berkubang tu. look like they were floating in the mud. next time boleh la cuba kot...nampak mcm seronok je. bau mcm lumpur. ye lah, dah lumpur katanya kan. apa daaaa...



uwwhhh somethin is coming outt !!! gile.

tak snap gambar orang dalam lumpur. kelakar nampak cam cacat je badan penuh lumpur..haha

we saw monkeys, ular pun ada nampak. terperanjat.

We then walked to the place where we had our lunch. here @ the survivor bar


the food is superb

Lepas lunch lepak-lepak lagi dan main2 air kt tepi pantai saja... cerita2 sembang2...ambil2 gambar... tengok orang mandi..hehe...

Ada la perkara2 penting yg dibincangkan.. i'll put it here later. have to coz itu antara bukti semua yg kami ceritakan. semua mesti ada dlm blog ni supaya suatu hari nanti if anythin happen saya boleh bagi kevin baca sendiri ..=)

Then dalam pukul 4 lebih tu dah bertolak balik daa..jauh lagi perjalanan nk balik kampus tu yg kena balik awal dowh


kevin : hey sayang tengok kamera.
Me : Tak nak!


bye bye Pulau Tiga
saya pasti akan kembali =)

Recommended for a romantic getaways ;)

post signature

Sticky Mode : Please vote

This voting will be here until Sunday, 29 Mar @ 8pm






.

Please vote the title for this song ...


video

Ciptaan : Wanpok @ Cats Do Cry band

Lirik : Arianna

Saturday, March 28, 2009

Jangan lupa tau ...!!!



Malam ni !

Kita berjumpa dalam kegelapan =)



I love my earth,

post signature

Owhh AF di mana la malam ni tak tahu ke mana nak tuju lagi nih...kasiannnn

Usrah malam tadi

Malam tadi saya pergi usrah di masjid.

Dalam perbincangan kumpulan tu ustazah bincangkan pasal isu membimbing orang bukan islam kepada islam. Saya tak tahu sama ada secara kebetulan isu tu dibincangkan atau ia benar ditujukan kepada saya. Tapi sepanjang perbincangan tu saya banyak ambil panduan yang diberikan.

Saya dengar betul-betul. Tapi tak boleh elak rasa tak selesa pun ada sebab rasa macam orang lain asyik tengok muka saya je mungkin nak tengok reaksi saya agaknye.

Dari apa yang saya faham semalam ialah

Dari segi hukum syarak sesiapa saja yang hendak masuk Islam hendaklah didahulukan pengislamannya.

Selepas itu boleh dirujuk pada pihak berkuasa untuk urusan pendaftaran, kad pengislaman dan pelbagai urusan lain.

Tidak menjadi masalah selepas memeluk agama Islam untuk tinggal bersama keluarga apalagi mereka tidak menghalang.

Apa yang penting selepas memeluk agama Islam ialah untuk memastikan tanggungjawab sebagai muslim dapat dilaksanakan dan tidak terhalang.

Jika ini dapat dilaksanakan teruskan berbuat baik dengan kedua orang tua tanpa perlu menyakiti mereka untuk berpindah.


Ustazah kata islam agama yang mudah. Sebab itu kita jangan fikir yang susah-susah. Teruskan membimbing mereka yang berminat ke jalan islam.

Insyaallah.


P/S Kevin, be strong sayang. I will always be by your side :'-(

post signature

Friday, March 27, 2009

20,000



Saya sebenarnya aim nak capture nombor 20,000 sbb saya nk bagi hadiah kepada diri sendiri kalau dapat nombor tu.

Tapi tadi kan terlepas 1 nombor jerk. urghhh tension gile. tk dapat hadiah dari saya.

so saya akan tunggu utk 30,000 pula. harap2 kali ni saya akan dapat hadiah tu. LOL.

Jangan maraa.... saya sorang je boleh main game ni.

post signature

Finally ....

2.15pm

K : Hello syg kat mana? (Oh God, how i miss the voice now i know)

A : Dalam tutorial, tp lect tak ada ni.

K : Boleh cakap sekejap?

A : Boleh…ada apa ni..

K : Masih marah lagi?

A : Ada la sikit2.

K : Dah sudi maafkan i?

A : Kev, I feel like our quarrel ni menjauhkan lagi hubungan kita la ... (isk mengada ni)

K : Not to me. Jgn ckp mcm tu. I’m sorry ok. So sorry.

A : Tengok la..

K : Tengok apa?

A : I nak maafkan atau tidak (mengada lagi sekali)

K : Okey, I cuba plan B pula. Sunday ni ada rancangan?

A : Tak ada.

K : Ikut I

A : Pergi mana?

K : Somewhere…

A : Tapi I kena tahu dulu nk kemana..

K : Pulau Tiga.

A : Pulau Tiga?

K : Lets go there and jalan-jalan. I want to spend a day with you and talk to you.

A : Okey.

K : I love you okey. These small matters won’t affect our relationship. Not even change a bit of my love to you.

A : I’m sorry too (tiba-tiba rasa touching). I overacted. I sayang you kev. Miss you so much.

K : Miss you so much now sayang

Yaya, kat sebelah

Yaya : Elehh..jiwang la ko ni
Saya : Diam la ko di situ !!

post signature

Jamiroquai ?

Papa call saya jam 11 malam tadi. baru balik ofis. lewat betul papa balik kerja. sibuk katanya.

Papa : Kakak, how r u?

Saya : Sihat pa...papa?

Papa : Sihat. Study mcmana?

Saya : Okey pa.. baguss. mama kata papa ada hal nak bgtau kakak.

Papa : Ialah ni ...temankan papa tengok Jamiroquai concert boleh?

Saya : Siapa? Jaromakuai ? tk pernah dengar pun

Papa : Jamiroquai...*papa ketawa*

Saya : Siapa tu. betul pa.. tk kenal siapa dia.

Papa : Penyanyi terhebat di dunia.

Saya : Terhebat ? Tapi knp kakak tk kenal? Konsert dia bila? Kt mana?

Papa : Lepas race F1 nanti kt sepang. Mama tak minat nk ikut so papa ingat kakak ada kt KL kan masa tu blh temankan papa ye? tk best la pergi sendirian.

Saya : Best ke? Kakak kena tengok dulu siapa dia baru blh tengok konsert dia. kalau boring nanti mcmana

Papa : Tak boring la kakak. He got his own class.

Saya : Let me see dulu ok. I'll let you know pa.

Papa : Ok dear

Emmm....

Untuk menjaga hati seorang ayah, ku gigih terus google untuk mengenal dia ni


Tapi.... errrr...kalau offer saya tengok Mariah Carey ke, Rihanna ke, Fergie ke, My Myraz ke baru kena..

apa kelebihan dia ni sampai jadi amazing singer... ?

Ada siapa-siapa yg akan pergi konsert tu nanti?

post signature

Thursday, March 26, 2009

Me & peanut butter



Saya suka ratah peanut butter when i am sad and in pressure.
Alone. Not with bread.

Yang paling best Skippy Super Chunk ni...my feveret.
Makan dengan sudu dan minum air sejuk ...uh best.



skrg saya nak buat ape ye...

Call mama lah

Saya : Hello mama
Mama : Hello sayang. Apa khabar ?
Saya : Sihat ..mama buat apa?
Mama : Mama tgh tengok kedai
Saya : Tengok kedai? Kedai apa?
Mama : Kan mama cakap hari tu…spa. (Mama ada rancangan nak buka spa)
Saya : Owhh..jadi ke?
Mama : Jadi insyallah. Kakak doa-doakanlah ye
Saya : Okey. Good luck ma. Boleh kakak kerja dgn mama dan quit study?
Mama : Eh kenapa tiba-tiba cakap macam ni kakak?
Saya : Tak ada apa-apalah Ma. Saja je
Mama : Don’t give up ok. Kakak ada masalah ke?
Saya : Tak ada. im ok. Ma kakak dah tukar tiket. Balik sini selasa pagi ye.
Mama : Ye ? Baguslah lama sikit kt rumah. Papa ada hal katanya nak cakap dgn Kakak. Nanti dia call kakak..
Saya : Hal apa Ma?
Mama : Tak sure. Nanti papa call ye. Take care sayang. Mama rindu kakak.
Saya : Miss you too Maaa…

Sambung makan peanut butter.
Masalah belum settle. Tak apalah. Take my time. =)



post signature

Love is a riddle

Ok, Nak cerita ni. Nak release burden saya sikit.

Saya dah sms kevin sebelum saya keluar jumpa sidd semalam bgtahu dia saya nk jumpa sidd sekejap. Saya dah jujur di situ walaupun saya ada minta space saya sendiri sblm ini. kerana saya rasa saya perlu hormat kevin juga.

Dan last minit Yaya nak ikut juga so saya tak kisah dan ajak Yaya sama lah.
Me & Sidd mcm biasa cerita2 borak2. Sbb sebelum tu saya dah bgtau sidd tak nak cerita pasal insiden dinner hari tu lagi. Yaya kan ada, mestilah cerita2 yg boleh ajak yaya bersembang sekali. Jumpa pun kat café ramai orang.

Bila saya balik bilik semalam kevin call. Drp pertanyaan dia tu saya rasa ada macam sesuatu tak kena dan dia tension. Dia kata saya begitu mesra dgn sidd dan tanya saya suka sidd ke. Saya pun bengang la di situ sbb dia nk tanya mcm tu sdgkan saya dah cuba jaga hati dia. Lepas begitu begini saya macam dah give up tak nak panjangkan cerita lah. Tapi saya sempat tanya kenapa dia begitu marah. Dia tengok sendiri ke saya over mesra dgn sidd. Dia kata dia tak akan pergi intai saya tapi at last dia ada cakap ada orang sampaikan kat dia. Saya paksa dia cakap siapa orang tu sbb saya mmg sakit hati. Tak lain tak bukan. You know who yg paling tak suka dgn kami. B.

Saya mengamuk la kenapa kevin nak dengar ckp dia. Dah sah sah dia tu suka dgn kevin mestilah ttg saya yang buruk2 saja diberitahunya. Saya hilang sabar dan saya cakap ‘if you love me then trust me. Otherwise you can go to her. I’m fine with that’

Saya terus letak telefon. Then saya tak jawab call kevin lepas tu. Dia stop calling pukul 2 pagi. Lepas tu saya dah cool sikit baru saya rasa sedih dan kesian pula dengan kevin. Saya rasa nak minta maaf dgn dia kerana segalanya punca dari saya sendiri juga. Tapi saya belum lagi minta maaf sampai skrg. Sbb ada rasa sakit hati dgn B pula bila kevin senang2 percaya dia.

Me ada test pukul 2pm. Saya bangun awal2 utk study dan dah nk pegi skrg. Sbb my commitment dtg jauh2 sini sbb nk belajar. Well, wish myself luck today.

Sorry cerita di sini. Nak release sikit sebelum jawab soalan.

Love really a riddle. So complicated.

Wish im at home now and not involved in love. Really.

post signature

Pertengkaran pertama



Please forgive me, I can't stop loving you

post signature

Wednesday, March 25, 2009

Air asam


Gambar credit to google image. Saya tampal untuk menghilangkan keresahan saya saja =D


Saya : Aku rindu laaa…
Yaya : Rindu kevin ke?
Saya : Bukan kevin laa...Aku rindu maktok aku. faham tak?!!! ~
Yaya : Sakit la kau ni. Semalam kau rindu mama, pagi tadi rindu adik. Sekarang rindu nenek.
Saya : Aku tiba-tiba rindu dia sebab aku tengok air asam kat café tadi.
Yaya : Lagi la sakit kau ni. Asal tengok makanan je kau relate ingat kat org tu. Asal ko tengok orang tu je kau ingat makanan.
Saya : Kau gile eh yaya. Ayat kau berbelit macam din beramboi
Yaya : Sudah lah. Kata nak keluar jumpa sidd?
Saya : Kejap lagi. Jom la ikut aku nak? Kau kan tak ada boyfriend, boleh aku kenalkan kau kat sidd. (Tiba2 dtg idea keji)
Yaya : Tak nak lah. Aku bukan desperado.
Saya : Sudah lah kau (saya baling baju busuk kat Yaya sbb dia dah lari keluar dari bilik saya)

Mak tok. saya sangat rindu kan dia. Masa saya kecil, ketika keluarga kami susah dan mama tak ada tempat nak tinggalkan saya utk pergi bekerja, maktok yang jaga saya selama l/k 2 tahun. Sbb tu saya rapat juga dengan dia.

Dia paling suka makan binatang-binatang yang bakar seperti ikan, ayam, pari, sotong. Dan dia akan buat air asam yang the best in the world. Cukup masam, masin, manis, pedas, pekat. Fuhh…Sampai kalau makan tak boleh nak berhenti. Kalau dah habis lauk tu rasa nak ambil sudu dan hirup air asam saja.

balik nanti saya nk belajar mcamana nak buat air asam tu dengan maktok lah. Orang kata, hekelehhh… buat air asam pun nak resepi semua. Haii bukan semua orang pandai buat yg betul2 sedap tau.

Dah dah. Sidd dah on the way. Tutup lappy skrg dan pegi mandi.

post signature

Jawab TAG sepet

Weeyyy sepet. Tag aku ye. Tak per hari ni aku rajin sikit sebab test tadi keluar soalan spot so aku happy then jadi rajin.

Jawab sekarang ye

What time did you wake up today?*

4.30am. Kena bangun awal sbb nak study hr ni ada test. Last minit study. Jgn amalkan slalu


What are your plans for today?*

plan?...ada la plan tu. Mana leh bgtau. Tapi mesti terlepas cakap juga bila wat entry..huhhh

Who do you miss most?*

my siblings – Noni, Iman, Adif (guys kakak rindu u all so much much)


What matters most to you?*

Family


Who do you love?*

Allah SWT, my family, my man of my life dan kawan-kawan blog ;D


Name 1 person that is amazing?*

Mama – she is so strong. Hope to be like her

The name of the person that you're thinking right now?*

Not only now, always think of him - - - Mr. Cornelius

What is your favourite food?*

Nasi dagang (tapi semua makanan pun saya suka, tolak selipar jepun je..)


When did you last get drunk?*

I got drunk?...emmm saya pernah mabuk lepas makan gula-gula hacks (yg original kaler hitam tu) dan lepas tu makan buah manggis. Percaya tak, kombinasi ni boleh membuatkan saya mabuk. Doctor sendiri cakap begitu, mana saya tahu kenapa.


Do you want to have babies?*

Of course..i love babies… berapa orang? Eh soalan tambah sendiri. Saya nak seramai mgkn. 10 orang pun boleh. Sukaaa =D


What did you have for lunch today?*

Twisties cheese + kickapoo


Are you working now?*

Nop. Study lagi 2 tahun baru habis


When was the last time you felt really happy?*

on 14 Feb 2009


Who is one person that can really make your day?*

Yang membuatkan saya ketawa yg pertama pada hari tu. Anyone can be


And why is that so?*

sbb dia buat saya ketawalah…alamakkk…lagi tanya


Any last words?*

Bye la. Ada kuliah lagi jam 2.


TAG siapa?

Kawan-kawan YM

Neesa

Cik ian

Nadz

Teri

Adik Pieka

Sidd nak datang jumpa post signature petang ni. Pertama kali ni jumpa dia lepas insiden hari tu.

Mat drugs & i

' Langadon yoho dika Kev'


maksudnya 'I Miss You Kev'

=) ada org ajar saya

dan kevin jawab 'How do you know that?'

bukan dia jawab i miss you too ...hish

LOL at me



..............................................................................................................................

Ini cerita dgn mat drugs tu.

pandai-pandaikan saya nak judge dia ambil drugs. agak bersalah dan marah diri sendiri juga. saya tidak ada hak nak judge dia begitu. mungkin karakter dia atau emosi dia demikian berubah-ubah daripada pendiam kepada peramah sesuka hati dia. orang tengok syak bukan-bukan pula..huh

dan mungkin juga mata dia merah sebab menangis, sakit mata atau tak cukup tidur ?




Kami ke papar pergi ukur tanah. bukan, tengok tanah la. tanah berbukit. apa komposisi, apa kejadian menyebabkan tanah itu begitu. reputan fosil ke, gunung berapi ke, pergolakan tanah ke...bla bla bla. ringkaskan saja ayat boring ni.

ambil2 gambar klik2 dan jom balik ! masa tu dah pukul 6 lebih dah. nak masuk maghrib dah kat sini. so mat drugs ni..eh eh tak baik panggil dia begitu. nama dia Abas la.

so, Abas ajak saya singgah rumah dia di penampang dulu utk solat. Abas orang sabah. saya nk menolak tapi bila dia kata nak singgah solat saya ikut sajalah. rumah dia ada emak dengan kakak dia saja. yang lain-lain tak tahu ke mana pula. jadi lepas tumpang solat mereka ajak makan malam lagi. mamak dia dah masak. jadi saya makan lah dgn tak malunya sbb lapar kan. rezeki jgn ditolak, tak baik bah.

Masa di sana kevin dah call2 tanya khabar saya sama ada okey atau tidak sbb saya ada bgtahu saya nk keluar pegi papar dgn abas ni. harus ke dia risau pulak. mgkn sbb dah malam saya tak balik-balik lagi. saya bgtahu saya okey.

lepas makan abas hantarlah saya balik hostel. dalam pukul 9 lebih dah. sampai saja di depan hostel nampak kereta kevin. saya pergi dekat kereta dia sbb saya nampak dia dalam kereta

"kev, tunggu siapa?"
"Tunggu you la"
"Iye? ada apa2 ke?"
"Tak ada. just want to make sure you selamat balik saja"
"Oh thanks. im safe now"
"Okey. good night syg. bye...."

Emmm...kadang2 tak biasa pula saya diperlakukan sebegitu rupa. maksudnya ada orang care begitu sekali.

sebab sebelum ni saya amat berdikari

I'm a big big girl in a big big world...

post signature

Tuesday, March 24, 2009

The Show

~ Just enjoy the show while i'm typing my next entry on the mat drugs & me =)

post signature

Basarah saja

Hari ni banyak pula kuliah yg batal. Menyampah i. bila time bersemangat nak pegi kuliah ada pula yg dibatalkan. Bila kemalasan pegi kuliah, attendance kena catit pula. SO not fair.

Tadi dah terlewat ke café dgn yaya utk lunch. Boleh pulak lauk semua habis tinggal yang orang tak nak aje. Agaknya hari ni ialah hari kelaparan sedunia kot. Semua orang makan banyak. LOL.
So kami singgah beli roti je dan balik makan dengan serunding daging. Nasib baik stok lama ada lagi. Serunding daging boleh tahan lama. Aaa saya ada cara makan serunding dgn roti secara best. Nanti saya rajin saya akan snap pic dan tunjukkan ye.

Saya ni nak start belajar gitar bila ntah. Belajar dgn youtube ada juga la sikit2 tiap2 malam. Tapi cikgu gitar saya tu macam bz saja kevin kata. Emm takkan nak ambil kelas kat luar kot? Ntah. Tengok lah kalau dah tak tahan sangat saya nk survey kelas gitarrr…tp kena mintak kelulusan papa dulu utk support saya haha.

Emmm…dah undi tajuk lagu? Err…kenapa ramai pilih Bicara Cinta Arianna ye so far. Malu la nk kena letak nama sendiri pula sbg tajuk lagu. Dah bgtau wanpok tapi dia pun nk jgk letak nama saya kat tajuk tu. Tp saya bgtau dia nanti orang query siapa itu Arianna. Lawyer? Majistret? Arianna bukannya selebriti nak letak sbg nama lagu macam Siti Situ Sana Sini, Mila Bila Cinta atau Aku Stacy kee….huhu

Oh ye ! Petang ni saya keluar utk buat keja field dengan coursemate misteri yg saya cerita tempohari. (Is he on drugs tu ler…)
Dia kata biar dia drive bawak saya ke sana. Kami akan pergi Papar tengok bukit di sana. Utk subjek Geologi Sekitaran.
Doakan saya selamat. Amin.

Weyy hari ni nampak macam saya rajin sikit nak menaip kan? Bangga bangga…

post signature

Kevin jadi mangsa

Petang tadi bila jumpa kat library masa saya singgah sekejap pinjam buku utk assignment. Kevin ada tgh kerja kt dalam ofis. dia nampak saya dan panggil saya.

K : Arianna, nak makan malam sama2 tk malam ni?

A : Tak nak.

K : Kenapa? Tak lapar ke?

A : Tak nk la, nanti orang tengok apa pula orang cakap.

K : Biar sajalah. orang tak akan berhenti bercakap... Sabar ye.

A : Tak payah la kev. kita tak pyh jumpa lagi la ye

K : Aaa? Mana boleh macam tu..

A : Kenapa tak boleh kalau tak jumpa? Kita call dan sms saja la

K : Tak boleh..I kena tengok u juga ...

A : Nanti orang ingat kita buat apa pula kalau selalu jumpa

K : I tak ada niat tak baik dgn u. kalau orang nk kata apa i terima saja. kita tak boleh puaskan hati semua orang.

A : Tak nak la...

K : I datang hostel nanti jumpa u sekejap boleh?

A : Tak boleh...

K : Emm...i tengok dari jauh boleh?

A : Tak payah laa...

K : Jangan merajuk macam ni sayang.





Nak merajuk dengan siapa lagi kalau bukan dengan dia kan ...

padahal saja je tu wayang lebih. haha..kevin pula jadi mangsa



Then pandai pula dia nak ambil hati saya...budget boleh pujuk saya lah tu.

dia kirimkan kat kawan saya ni tadi. kwan saya jumpa dia kat cafe dan hantar kt bilik saya.

CD ni kev suruh saya dengar

Dan ada note kt dalam CD tu




Lepas tu saya sms dia ' Langadon yoho dika Kev'

post signature

Monday, March 23, 2009

Puas hati !

Tiada seorang pun yg suruh saya serang mereka yg mulut jahat tu.

semuanya suruh saya sabar dan sabar. jangan cari gaduh dan biarkan saja lama-lama mereka akan berhenti. Mulianya hati anda semua. saya terharu kawan-kawan saya semuanya baik hati dan... sayang saya?..

Baiklah saya akan ikut semua nasihat-nasihat itu.
saya akan sabar dan tengok sama ada mereka akan jeles lagi ke dengan aktiviti terbaru saya ni. saya baru gi beli ni. gile2 lepas kuliah paksa yaya temankan saya. melayan otak weng2 saya meredah centerpoint dan resultnya adalah INI !!!




saya akan pasang muzik kuat2 dan melompat lompat dalam bilik malam ni biar kali ini mereka akan kata

"Tengok lah tu dah sewel dah perempuan tu"

atau

"Nak kuruskan badan lagi lah tu nak goda kevin..."

atau

"Apa lah yang si kevin buat kat dia sampai begitu hyperactive jadinya?"

atau

"Apa program dia dengan kevin malam ni ye sampai bersungguh2 senaman nak stamina" (ayat paling keji sempat saya fikirkan)

Hah !
Puas hati ko???

Hati aku puas !



post signature

I hate you dork !!

It was 9pm... when i was sleeping in sobbing since 7pm.

Someone's kt luar tingkap calling for me. Who else yg begitu sabar mencari saya...

K : Arianna! Arianna!

Yes, nobody in my room yang nak kejutkan saya since Dira kt hospital. and of course saya tidur mati susah nak sedar. lagi hphone saya out of batt. Kevin kata dalam 10mins calling me then only saya sedar. Saya cepat2 cuci muka dan turun.

A : Hai kev. Baru balik ke?

K : Yes. You cry? (He looked at my eyes. always, bengkak kalau saya nangis even sikit pun)

A : No, i did not.

K : Tell me...

A : what ?..

K : Kenapa nangis sayang?

A : Tak ada apa-apa...

Kata tak ada apa-apa, tapi time tu jgk saya dah berair mata. saya ni tk blh kalau tgh sebak saya boleh nangis kalau ada orang mcm concern bertanya. manja lebih bluweek.. kevin nk tahu sangat so saya cerita lah

... saya dah byk kali dengar pasal mereka2 yg selalu mengumpat dan tuduh saya bukan2 dgn kevin. i was so sad and mad. yg paling tak boleh tahan mereka kata saya ni bergaul bebas dgn kevin macam orang bukan islam.

Heyyyy...kevin never done anything over the border okey. dah 1/2 tahun saya kawan dgn dia tk pernah dia nak ambil kesempatan even dia ada banyak kesempatan nk buat begitu. dia lagi baik dari lelaki melayu lain yg saya pernah kenal yg pantang kita baik dgn dia saja..(sorry to say, nk buat perbandingan dlm kes ini sj. my dad also melayu yeh)

tuduhan tu sangat menyakitkan hati. saya sedih sangat. kenapa nak tuduh saya begitu. saya tk pernah sentuh hal orang lain. come on...

K : Tell me siapa yg cakap mcam tu?

A : I will never tell. i tk nak jadi masalah kt sini.

K : But this is not right dear. let me settle with them.

A : Its ok kev. Ill take care of it myself.

Saya degil sebab saya tak nak kevin pun termasuk campur dalam hal ni. Nanti lagi panjang cerita. hati lelaki ni kadang-kadang bila tercabar tu tahu lah mcmana

Kevin bagi saya bekal nasi yg stella kirimkan utk saya. siap ada kek sekali. stella buat. mak ayah kevin dah balik sandakan semula dah. She is so thoughtful. I smsed stella to say thanks. Kevin temankan saya sejam bercerita dan dia banyak suruh saya bersabar. dia kata dia kesiankan saya sbb semua ni berlaku kerana dia. Saya pulak tak suka kalau kevin rasa macam tu. kesian kevin pula. *sigh

Sampai skrg saya fikir macamana saya nak settlekan hal ni....

post signature

Sunday, March 22, 2009

What's up dork ???!!!!




Its so sick when people keep talking about you like you are the centre of the earth.
Ini tak betul, itu tak kena. berdua salah, berseorangan salah. melayu salah, bukan melayu salah.
What's your problem ???? Maybe coz my boyfriend is better than yours ???

Let us handle our own life. Either we will be happily ever after or not its not your problem dork !!

Heard this so many times already and i can come to a stage where you won't believe your own eyes ! I wanted to show you that I didn't give a damn but you are now wayyy too much !

To the people who talk about us a lot, go get a life !

Owwh one more thing ! Jealousy is the best compliment !

Whatever !
post signature

AF @ rumah lecturer

Petang semalam saya gi survey dgn Yaya sekitar kolej mana-mana ada astro kt kedai2 makan kannn..hampes !

Kat sini mana ada kedai mamak yang ada screen besar dan pasang astro 24/7 mcm kat kl nun.
Haihhh.... ada lagi 2,3 org lagi yg gian betul nak tengok AF ni...so berkira2 la kami mana nak gi tengok ni..

Fikir punya fikir....

"Aku tahu!" tiba2 aida bersuara tahap seperti baru dpt jawapan kepada teka bunyi ERA yg hadiahnya dah mencapai 7ribu skrg. boleh call ERA esok pagi dan cuba okeh.

Dia call prof dia. I dont believe it!
Tapi pasrah.

"Ok jom!"

Yey! Tak malu punya kami. Naik keta zoommm kami 4 org bertolak ke rumah Prof K bukan Datuk K dalam pukul 8.30pm. Punya lah usaha.

Prof K tu sangat the sporting laa...dia pun layan juga AF. tak sangka haku. siap minat kat Hafiz lagi tu. Dan yang tak sanggup tu sampai wife dia siap masakkan mee kari lagi utk kitaorg. Segan pun ado. tapi dia kata tak kisah tengok ramai2 lagi best katanya. ops! next week geng?




Menuju puncak!
Katanya last week tkde tarian kan. tp bila tengok yg ini sgt lah best tarian kali ni. cun je. tak boring tengok.

Sambil2 makan mee kari, jangan terliur. pegi masak sendiri skrg.



Tapi kan saya suka si comel ni laa...
sore dia cam Acha kan...swit ajeee... skrg pun dok ulang dengar Aishah nyanyi lagi. tk kesah la sumbang sikit2 tu tapi dia sgt adorable.






Lepas AF kami singgah kt Likas jap lepak-lepak tepi laut tu sampai kul 1am. Sangat lewat dan hampir-hampir menjadi mangsa kumpulan gagak hitam. Ha-ha.

So, jgn cakap kami tak dapat tengok AF even dok kat hostel ye. Usaha tangga kejayaan.

Dah. Happy weekend.

post signature

Saturday, March 21, 2009

Tajuk-tajuk lagu cadangan

Mengikut turutan masa dicadangkan

1. Cinta (Ah Lian)

2. Bisikan Cinta Dua Dunia (Wan Pok sendiri)

3. Dunia Cinta Kita (Kin)

4. Harapan (Neesa)

5. Cerita Kita (NO_NAME)

6. Cinta Itu Buta (SyaQuost)

7. Tulus Cintaku (Nuurul)

8. Cinta Kita (Farah Syazana)

9. Bicara Cinta Arianna (IIalisII)

10. Beza Menyatu Kita (YouJie)

11. Takdir Kita (YouJie)

12. Kisahnya Cinta (ShweetByatch)

13. Terpahat Cinta (ShweetByatch)

14. Tulus Cinta Arianna (Radiusi Maya Algebra)

15. Kekal (c4rl~z@fr4I\I)

16. Tamu Di Hati (Mermed)

17. Cinta Di Hati (Mermed)

18. Kala Adrenalin Bertamu (Mermed)

19. Tiada Beza Dalam Cinta (Teri)

20. Dugaan Dalam Percintaan (Syafawani)

21. Maya Cintaku (Syafawani)

22. Kerna Senyummu (Bunga Binti Nordin)

Terima kasey banyak semua =). Appreciate it.

Dari sini saya & Wan Pok akan pilih 5 yg tersuka oleh kami dan saya akan buka poll di sebelah ---> okey.

Check out later !

post signature

Prime time debut 2

This is a sticky mode : New updates scroll bawah :)

~Lagu : Bicara Cinta Arianna~

video

Bermula dengan senyuman
Bicara mesra
Ku sangka kawan
Rupanya cinta

Ku sedar dunia
Kita berbeza
Tapi kau sedia
Terima segala

Kutulis namamu di langit tinggi
Awan berarak menyapu pergi
Kutulis namamu di pasir pantai
Laut menghempas membawa pergi
Lalu kutulis di dalam hati
Semoga ia kekal abadi

Tuhan tolonglah
Restui cinta
Untuk kami
Kekal bahagia

Ciptaan : Wanpok @ Cats Do Cry band

Lirik : Arianna

****************

Layan jee...... ok tak? Hope you like it.

This is the original song. Hakmilik persendirian. Lirik hasil lamunan Arianna, dan diindahkan dgn melodi oleh Wanpok. Haha. LOL

Tapi masih belum mempunyai tajuk lagi... no idea ...we can't think of one gooood tittle for this song.

Any idea anyone? We might use yours...haha

post signature

Diari hari ini

Owh hari ni terlajak bangun ye...kul 9 lebih. Punya la penat rasa badan ehh.

Terbangun pun sbb kevin dah call tanya dah siap ke nak pegi hospital hantar abang Dira. aduh malu betul dgn diri sendiri..haha

Kami pergi hantar abg Dira dekat2 pukul 10 pagi. bfast kat kantin hospital. Dira dah semakin okey. Mak dan abg dia dah decide la nk sewa hotel. sbb senang utk balik rehat dan bersalin pakaian (eh menyalin pakaian) semua selama menjaga Dira ni. Mgkn makan masa seminggu juga la tu. lgpun mereka kata tak nak menyusahkan kami lagi. OKey lah tk boleh paksa kan. But we are willing to asisst anytime.

Dok kat hospital dalam sejam lebih lepas tu kevin hantar saya balik hostel. hari ni mak ayah kevin ada turun KK ke rumah stella. so kevin kena pergi spend weekend di sana lah. Huhu...bye kevin. kevin ajak gi makan tghari kt rumah stella dgn mereka semua. Oh! Dengan your parents? No no. len kali je okey. Tapi..isk isk sedapnye kalau dpt makan kt rumah Stella pakar masakan itu.

Lepas balik tadi rehat jap lepas tu cuci baju yg dah byk dalam bakul. emmm hostel sunyi jee...kedengaran la bunyi berus baju sreet sreet selama sejam. Lepas tu menyidai ambil masa 20 minit. Nampak sangat banyak baju dah lama tk cuci kalau kira tempoh menyidai 30 saat/baju.

Takkan la saya sidai beginiiii. Sengal dowh!. LOL

MISI SKRG : Khatam blog pelajar AF. kata tak dapat tengok diari tiap2 hari tu kann

MISI MALAM INI : nak mencari mana2 da astro nk tengok konsert. Kesian kan.

You wont believe if i tell that i've tried the AF audition before. I was a crazy teenagers back. But not everyone needs AF rite? HA-HA

post signature

Related Posts with Thumbnails