Saturday, May 30, 2009

Makan luar

Petang tadi Pak Long call dan ajak keluar dinner ramai-ramai tadi. Pak Long nak belanja. Rasa penat dan malas sebenarnya. Saya tengok mama, mama tengok saya. Kami sama-sama tahu betapa penatnya badan. Tapi nak buat macamana, takkan nk menolak. Kesian pak long beria2 sebab sejak saya balik dia tak jumpa saya lagi. Dia baru balik dari Amsterdam pun.

Lepas maghrib bertolak ke KL. With papa dan adik semua. Adif tak berapa sihat. Batuk-batuk dan selsema tapi kena ikut jugak sbb dia tak nak dok rumah dengan Kak Hera. Kesian dia. Semua pun muka macam tak boleh bla aje. Papa pun nampak penat.

Paklong datang dengan maklong dan Fahmy. Ijoy tk ada kata nya ke Penang. He is so busy lately dengan business dia. He runs interior design company. We had dinner at Maytower Hotel. Walaupun begitu saya masih semangat nk order makanan. so i ordered steak. Orang lain saya tak tahu mereka order apa. sebab tak semangat nk menyibuk cam biasa...o'ooo

It was as delicous as it's appearance.

Fahmy pulak tak penat2 ajak saya tolong dia kerja, but my mum cepat2 cakap saya dah kena booked jad PA dia 3 bulan ni. Ho ho ho. Hope i'll get a good pay. =)

Nottin much to write. Pen off now. Oh tomorrow i'm going somewhere. Tak sabar nak jumpa dia and spend time together ;)

Happy weekend all !

post signature

Friday, May 29, 2009

How to join twitter

Applause to Dyan coz sebab dia tanya, saya akan tunjuk how to join twitter okey

First of all, twitter is a free service that lets you keep in touch with people through the exchange of quick, frequent answers to one another. You can update from time to time of what you do. Basically you can make your update from the twitter page itself, from tweet deck or sms from your mobile phone (by phone saya belum register lagi. To do it soon). And you can reply to other's update too..i like this one.

Nampak menarik kan? Well, there’s thousands of twitter users in Malaysia already. So wanna be one of them?

Okey, you go to this page

http://twitter.com/

Then click Get started- join!

Then register. Itu punya proses u all mesti expert punya.

Lepas tu update la anything from time to time. At the same time you can follow your friend's twitter to see their updates. Nak tahu apa dia buat, mana dia pergi and everything lah.

Okey, sambil bercerita ni saya dah nampak Dyan pun dah sign in twitter. Haha. Welcome!

So, lets twitter !

Oh I’m back from Lumut already. Mama kejut awal2 pagi pukul 6 lagi dia nak bertolak awal tak sabar nak balik. Kejam Mama. So, mama drive la sambil saya tidur all the way here =D

post signature

Bicara sepi dari Lumut

Sepi. Sesepi air laut di tepian. sehinggakan dapat mendengar kunyahan sotong kering bergula sekarang ini. Bila dicium sedap bau dia.... macam bau stokin lepas pakai seminggu.

Letih drive. Penat ikut mama ke sana-sini jumpa klien, appointment dgn orang itu dan orang ini dari mula-mula sampai dalam pukul 2 lebih tu lepas check in hotel sampai la pukul 10 malam tadi.

Walaupun penat puas hati juga sebab dapat tolong mama. kalau saya tak ada maknanya mama akan buat semua ni sorang2 lah. kesian dia. Lepas mama call papa and the kids at home, mama pun tidur terus. Lena betul dia. Kesian adik-adik kat rumah, tp takpe papa kan ada.

Saya masih merayap-rayap, menari-nari jari jemari di keyboard. sebab si teruna perlukan saya untuk bercerita skrg. Cerita dia hari ini. Hari pertama bekerja membantu uncle nya. Dia juga nak cerita yang dia rindu dan sayang. Dia kata kalau sebulan lagi tak jumpa saya dia akan jadi kurus kering sebab tk selera nak makan. Saya tahu dia tipu sebab saya tengok gambar terbaru dia semakin besar badannya. Dia memang kuat makan.

Maaf kalau saya invisible di YM kepada anda semua tetapi bersama dia seorang sahaja kerana dia lebih perlukan saya di saat ini.

Waaahhhh...kelasss ayatku itu.

Esok pagi balik KL. Yea yea!

Gile, kejap suka ke Lumut kejap suka balik KL. Ntah apa2 la dia ni.

post signature

Thursday, May 28, 2009

Oppssss!!!

Okey, cukup-cukuplah tu yee..

Nasib la sapa yang dpt baca entry sebelum ni. Aiyaaa ter emo lak. Coz entry pukul 3 pagi kan mestilah kepala tgh ting tong. Ha ha.

Bye-bye…nak bertolak ke Lumut dah.

post signature

Wednesday, May 27, 2009

Cerita orang malas tapi terbuat puding

Hari ni since mama free sikit dan masih nak tolong hantar adik2 gi sekolah dulu lepas tu baru dia pergi jumpa kawan dia. so saya dapat la bangun lambat. Semakin menjadi-jadi la pemalas saya ni. Pukul 10 masih menutup muka dengan selimut. Rumah sunyi je so best la kan. Lepas tu perlahan-lahan merangkak ambil lappy on tengok konsert miley jap. Lepas tu blog walking. Walking aje tk ade drop komen sebab jari masih malas nak bergerak utk menaip masa tu…sejam kemudian masuk toilet tiba2 rajin nak scrub badan lak. Lepas tu syampu rambut dan mask muka. Perasan cam tuan puteri kejap memanjakan diri. Pangg!!!

Lepas tu turun dapur, nak breakfast konon. Tengok2 jam dah pukul 1. Hah? Buat-buat terkejut sambil urut2 dada cam Mr Bean. Makan tghari pun dah siap. Nak buat ikan masam manis konon. Makan je la tomyam yang ada tu. Ajak madam maid makan sama tapi dia mmg jarang nak makan sama-sama. Dia lebih suka makan sorang kott..ntah la.

lepas tu pergi bagi makan Daisy dan ikan. Duduk2 kejap depan rumah tk tahu nak buat apa. Mulut rasa nak makan benda manis lak. So masuk balik dapur dan tengok2 ada roti, susu cair pun ada, kismis ada then terfikir nk buat puding. Saya tahu buat bread pudding je, lain2 tak tahu. Haha. Pung pang pung pang...ting ting...dah siapppp..sedap pulak tu. wakaka...



Tak tahu mende nak tulih laa. Nak buat tag pun malas. Malas lagik haha. Taip2 sikit lepas tu save je. Nanti la ceera yek.

Tapi nasib baik tadi mama bgtahu esok dia kena pergi Lumut. Dia ajak saya teman dia. Mungkin overnight jugak semalam. Ohhh bestnya, at least tk de la saya memerap macam ni lagi.
Lama-lama boleh jadik pekasam kalau asyik memerap gini. Hikss..!

post signature

Tengok keta sapa tuu...?

hari ni saya tak berapa sihat. =(

pagi-pagi lagi dah kena PP. sebulan sekali la kena PP. so, mama kena delay appointment dia pagi tadi dan hantar adik2 ke sekolah. saya telan 2 biji panadol terus tidur sampai pukul 11 lebih baru boleh bangun. rasa lega sikit tapi masih rasa macam nak muntah. macam loya la. then carik yogurt drink kt fridge nasib baik ada lagi sebotol terus minum.

lepas tu call hazel sbb terpaksa cancel our date today. sib baik dia tk marah sangat. dia tu kdg2 angin jgk. but she knows that i am sick kann..madam maid masak kari terung. which is saya rasa tak boleh makan sebab takut makan lemak2 dan pedas nanti sakit lagi perut. ada ayam goreng tapi saya tk selera sangat. so saya tak makan tghari. mama take over ambil adik2 lagi. kesian mama hari ni.


petang sikit dalam pukul 5 baru saya rasa ok sikit.then Ijoy call ajak keluar malam ni. nak ajak saya tengok lampu katanya. macam saya ni budak2. rasa bersalah lah tu sbb dah seminggu saya kt rumah baru ada masa nak ajak keluar. ceh! demanding lak.

Masa ijoy datang ambil saya tu saya dah macam nak tercabut mata tengok. konon nak surprise saya. berlagak weh dia ni tension saya. kami pergi NZ. makan dan ada 2 kawan mereka join sama. tak kisahlah sbb mereka ni pun kaki sembang jugak. asyik sembang dan gelakk aje tak habis2. but then saya tak habis2 sakittt je hati tengok keta baru ijoy tu. Saya siap tendang tayar dia lagi sbb tak puas hati. haha...

meleleh air mata ku.... huwaaa...sexy...my dream car

Dalam pukul 11 lebih dah ajak dia balik dah. coz mula dah rasa sakit balik. u girls know how it feels kan? guys excuse us.

so i better go to bed now... nyte ! ;)

post signature

Monday, May 25, 2009

I'm super pissed off today

Tadi keluar rumah dalam pukul 11 lebih Jumpa Hazel, lama dah tak jumpa dia. Kawan dah jadi stewardess kan of coz tak de masa nak jumpa kita. Asyik fly saja. so, bila ada masa sikit dia terus call ajak jumpa. Dia baru balik jakarta. Lepas fly dia ada 2 days off. Then terus la merancang nak buat apa 2 hari ni. Nasib baik jugak dia rajin nak melayan saya sbb dah bgtahu dia saya tak ada apa nak buat.

Tapi tadi jumpa pun kejap je. Sebab dia ada hal lagi lepas tu. Jumpa kat bangsar je. Teman dia cari baju kat Blook. Saya sempat gak beli blouse satu. cantik weh tak tahan laa.. then kami makan kat Dome. I had Cajun Chicken Salad. Sumpah rindu dengan salad ni. Always kalau kat dome nak makan benda lain tapi at last yang ini jugak I order. EH apahal tiba-tiba jadik ‘I’ pulak ni. Always ‘saya’, ‘saya’ je kan. Tetiba lepas makan salad dah jadi ‘I’ pulak. =D

Tomorrow dah ada date dengan Hazel dan boyfriend dia Black. Called him Black sebab dia mmg black dan dia pun suka orang panggil dia Black. Tak sangka dapat jumpa Black juga sebab Black ni study kat Jepun. Balik cuti jugak. They all had been together since we all kt sekolah menengah lagi. Happy and sweet couple. Tapi kalau bergaduh boleh tahan jugak. pernah la handphone melayang kat atas jalan raya bila diaorang gaduh. Padahal masa tu nak dapat satu handphone punyalah jerih. bukan macam sekarang, adik2 pun dah pakai handphone. Hah kelakar kalau ingat time tu.

Okey, next story. What made me pissed off sampai super duper power pulak ialah dgn cikgu my brother, Iman. Masa saya sampai sekolah Iman tadi, Adif je yg keluar. Adif bgtahu cikgu tahan Iman lepas kelas supaya Iman boleh tolong dia kemas bilik guru. I know tak salah kalau nak mintak tolong anak2 murid kemas-kemas apa-apa ke, tolong bawak buku ke (selalu kena ni dulu), tolong sapu kelas ke, tapi janganlah tahan dia lepas kelas. Kan dah sah-sah dia nak balik. Dah sah-sah dia tahu ada orang tunggu. Even Iman dah tunjuk saya menunggu tepi pagar dia masih lagi buat tak tahu. Tension saya. Dahlah lepas tu kena ambil Noni lagi kat sekolah dia. Adif dah ½ jam masuk kereta pun dah tension tunggu. Saya lagi risaukan Noni, Terus call Mama bgtahu dia take over ambil Noni coz saya tersangkut melayan perangai cikgu tu. Nak je saya pergi sendiri bagitahu dia tapi sempat lagi Iman angkat tangan tahan saya supaya sabar jee..nasib baik.

Cikgu Saiful Bahri, saya kakak Iman, Arianna nak bgtahu rasa tak puas hati saya sebab kena menunggu adik saya selama 1 ½ jam lepas kelas dia kerana cikgu suruh dia tolong cikgu. Dia bukan kena denda kan? Dan menyebabkan adik perempuan yang seorang lagi di sekolah lain menangis menunggu (saya tahu dia mmg manja). Saya harap cikgu baca blog saya ni dan mempertimbangkan supaya di masa depan cikgu sedikit care dengan seorang gadis yang berambut panjang dan agak manis berbaju hijau hari ni berdiri di tepi pagar dengan peluh menitik-nitik dan mencairkan make up dia. Tapi cikgu buat tak tahu saja....adakah patut?

Sekian surat untuk cikgu. Saya marah ni.

post signature

Sunday, May 24, 2009

Obviously im a bvlgarian

Nak hilangkan rasa pedih merindu marilah kita bershopping menggunakan duit FAMA. father and mother, oh i cant help to explain it here.

Dengan berat hati dan lemah longlai kaki melangkah saya ikutkan juga ke Mid Valley dengan family pagi tadi. mama & papa perasan mood saya tak berapa baik. Papa asked me tanggalkan sunglasses sebab nak tengok mata saya dia suspect saya menangis. Haha funny u papa.
.
Mama ke Zara beli dress untuk dinner dia. Then we off to clarks sebab saya nak intai wedges kan. but saya tak boleh fokus dan tak tahu nak pilih mana satu. last-last ajak keluar dari situ je sebab saya menyusahkan salesgirl tu aje tolong saya cari saiz semua tapi saya tak ada hati nak beli. Mama pun pening tengok perangai saya.
.
After that we had lunch at Delicious. Makan pasta tapi saya makan 1/2 saja. then tolak to my brother.
.
But at it didnt last long after that bila i dispoilkan dengan pelawaan mama untuk memilih perfume since we passed the perfume level kat Jusco. Apa lagi? Tak payah tanya nak perfume apa. Laju je saya buat pilihan.
.


Hehe...mekasih mama. sayang mama. sudahla Arianna...

Bila beli perfume of coz saya suka menggedik minta extra gift dari salesman tu. nasib baik juga salesman yang rajin melayan saya. abang aw aw tu nampak cool aje bila saya minta itu dan ini. I know they have a lot of gifts and tester utk customer so why not me memanfaatkannya kan?
But when i kept asking for men's gift begitu juga tester2 semua...my mum curious la.
.


"Kenapa kakak mintak tester for men dan after shave semua ni nak bagi siapa?"
"Errr..kakak simpan je. Bau dia wangi, suka" sambil pandang ke tempat lain dan angkat kening. Fuhhh...

post signature

Rindu sampai pedih dalam hati

Kevin : Hello syg. Good morning. Dah sarapan?

Saya : Hye kev...dah sarapan. You? Baru bangun ke?

Kevin : Tak la. Baru balik church.

Saya : Oh forgot its sunday.

Kevin : Yes, I have to go. daddy ajak pergi.

Saya : It's ok u have to respect them anyway. So, hows daddy?

Kevin : Dah okey tu. dah boleh jalan-jalan. Kejap lagi nak turun KK tu pergi rumah stella.

Saya : Oh ye ke. Bagus lah dah sihat. so... lepas ni apa aktiviti you?

Kevin : I sangat boring la. lagi boring kat rumah lagi rindu you. so i ingat nk tolong uncle kerja.

Saya : Ok good. I pun rindu you juga. still sayang i?

Kevin : Bertambah sayang bila tak jumpa.

Saya : Betul ke?

Kevin : Betul bahh...rindu gile. Adik2 semua sihat? Ada jumpa kawan-kawan dah?

Saya : Adik sihat je semuanya. Kawan-kawan ada yg dah jumpa. ada yang belum dapat contact lagi.

Kevin : Kalau ada apa-apa bgtahu i ye.

Saya : You mean?

Kevin : Kalau jumpa kawan-kawan lama jangan pula ada yang tackle you balik kee...if ada bgtahu i.

Saya : *Laugh* Dont be silly.

Kevin : I'm seriousss...

Saya : Okey. And you too. kalau kerja kat sana jangan nak mengorat orang lain pula.

Kevin : Insyaallah..

Saya : Weyy jangan main-main. Tak baik.

Kevin : Tak baik ke i cakap tu? Sorry i cuma nak cakap I berjanji tak akan ada orang lain lagi.

Saya : Okey i trust you but you better watch out.

Kevin : Tak la sayang...rasa nak terbang pergi KL laa...every second ingat you, last night i mimpi you lagi.

Saya : I pun mimpi you last night. I mimpi i pergi rumah you lepas tu kena halau dengan parents you. You biar je... (i cried in my dream last night. sumpah sedih gile)

Kevin : My dear, dont say like that. Even dalam mimpi you jangan fikir ia akan jadi begitu okey. sedih i dengar...i'll make sure ia tak akan jadi macam tu.

Saya : I'm sorry kev. maybe because i'm missing you so much. And thinking so much.

Saya rasa ini perasaan rindu paling hebat pernah saya rasakan. Betul la orang cakap kalau rindu tu sampai rasa pedih dalam hati. sekarang saya rasa. Ada satu ruang kosong dalam hati yang tak terjangkau oleh rasa untuk mencapainya. Ia akan terus kosong hinggalah dapat melihat dia di depan mata.

+++++++++++++++++++++++

Adik-adik tgh bersiap semua nak keluar ke Gardens MV hari ni. saya belum mandi pun lagi. macam tak ada semangat sebab hati pedih =x

post signature

Saturday, May 23, 2009

Kenapa Giant sangat dekat dengan rumah?

Iman : Kakak, kita pegi Giant nak?

Saya : Giant? Nak beli apa?


Saya : Cukup ke ni?

Adif : Cukup. Esok beli lagi.

????

Okey, Giant itu dah macam kedai runcit bagi mereka sebab ia adalah hanya 200 meter dari rumah. Dan bagi saya ia adalah satu malapetaka.

post signature

Chit chat with Noa

This morning I had a chit chat with Noa at the back of his house. Bila saya keluar siram pokok pagi tadi Noa panggil ajak minum dan cerita2. Saya pergi la kebetulan Aunty Zah pun ada tengah tanam bunga. Saya bercerita dgn Noa kat belakang rumah dia ada meja dan kerusi batu. Mula-mula segan juga. bayangkanlah we got involved in feeling2 about 7 years ago dan sekarang baru nak berkawan semula. But he was like cool saja so saya pun rasa selesa sikit.

From there saya dapat tahu juga rupanya Noa dah banyak melalui kesukaran hidup selama kami tidak berhubung. Dia kena tipu dengan agensi modelling bila dia tidak dapat bayaran untuk kerjanya. Dia dapat sakit buah pinggang tapi tidak ditahap serius lagi. Dia kena pukul sebab berkawan dengan isteri orang which is dia tak tahu perempuan itu isteri orang. Dia sambung part time business study tapi kolej yang dia pergi tu rupanya tak diiktiraf sijilnya..haih..macam-macam. sekarang dia buat freelance model dan penari. kesian dia. tapi dia nampak rileks saja. just like before. dia ada tanya sama ada saya single ke..saya bgtahu saya dah ada teman. cuma tak bgtahu detail. he wish me good luck with my relationship. Thanks Noa =)



Anyway, back home, mama suruh saya minum ni. Phyto Fiber. Mama kata bagus untuk kesihatan dan awet muda. kena minum everyday. Its green ! Mungkin ceera dan sepet suka lah bende hijau2 gini. LOL. Rasa dia yakhhhh...macam rumput! (Errr mcm pernah makan rumput je sebelum ni...?)


post signature

Eating out

Mama's meeting ended up at almost 1 pm tadi. so, we decided or whether we like it or not we have to go to fetch the kids from school. and have to cancel our plan. so, tak dapat la mama and i nak merendek ke pavillion. kesian me especially, but mama promised that we will go tomorrow kalau dia ada free time. hope so...*sigh. susah betul nak dating mama sekarang.

but dinner tadi papa bawak gi kat Korean BBQ. dah lama tk makan kat situ. papa balik awal semata2 nak bawak we all eating out. bestnya. ramai orang. lucky papa ada booked table. kalau tak, mmg tak dapat laaa...



A lot of foods. As usual we always enjoy makanan yg boleh masak sendiri kt situ. we cook, we eat, we chat. sampai tak sedar dah makan banyak rupanya..=D

We left the restaurant almost at 10.30pm. itupun Noni dah merah2 mata nak tidur. lucky esok tak sekolah. so dengan kakak dia sekali boleh bangun lambat esok.
.
Just now i called kevin. nak tahu macamana sebab yang dia bgtahu pagi tadi daddy dah boleh discaj petang tadi. all fine dan kevin resting at home. daddy dah okey. kevin pulak yang macam tak berapa sihat sbb tak cukup tidur jaga kat hospital. he sounds tired. kesian dia. Tapi dia cakap bila saya call, saya ada bagi dia semangat sikit. ohh good to hear that. how i miss him..=(
rasa nak flyyyyy ke sandakan sekarang. boleh?
.
I also wanna say thanks also to you all people for your messages sebab suka saya open blog semula. well, sebenarnya saya miss you all so much. tats why laaa im here... thank you, thank you..
.
you all deserve a standing ovation =)
post signature

Friday, May 22, 2009

Wedges hunter

Semalam saya tidur lewat sebab tolong mama taip proposal bank dia. lepas tu saya tidur ..mimpi yang bukan-bukan. buat saya terkejut dan terus tak boleh tidur. Pukul 4 pagi.

Saya mimpi yang tak baik pasal Kevin. Saya nampak dalam mimpi Kevin sangat mesra dan happy dengan seorang perempuan di sana. Gile. Padahal Kevin masih jaga daddy dia kat hospital. Mungkin terlalu rindu kot.
Terus saya sms Kevin masa tu jugak dan tanya dia ‘Are you still with me?’. Kevin terus call saya dan calm me down. Stupid feeling. Oh tolong lah pergi jauh segala prasangka dan was was dalam hati ini.

Sekejap lagi nak keluar meneman mama ke Sooka. Dia ada business meeting. Mama saja minta saya temankan sebab lepas tu dia nak ajak saya ke Pavillion. Nak beli baju dinner katanya. Lama dah tak temankan mama shopping. So be prepared sebab normal la perempuan kalau shopping ni agak fussy laa..mmg fussy punnn..haha. it will take longer than anything to wait for her to choose the right one. But saya suka sebab nanti dapat la upah apa-apa.. rasa macam nak beli wedges laa…;D

post signature

Thursday, May 21, 2009

Lepak dengan ayam




Ting ting!

Lepaks dengan ayam? Adehhh....

Lepak dengan kepak ayam panggang laa....

Bila saya dah komplen sangat bosan, Fahmy datang ambil saya petang tadi gi lepak makan kepak ayam dan nasi lemak + teh tarik. Ijoy belum jumpa lagi sampai sekarang. busy sangat mamat tu malas nak layan dia. agaknya sibuk melayan tunang laa..mana nak ingat kita lagi...tetiba lak emo!

Kepak ayam tu memang sedappp dan nasi lemak pun sedap jugak. Bestnya petang2 ambil angin sambil citer2. Fahmy sibuk nak suruh saya tolong dia dengan kerja dia sementara saya cuti ni. Fahmy terlibat dengan event management. dia agak sibuk so dia ajak saya. tapi kalau dah setuju ikut dia, sure saya akan full time busy. bila lak masa saya nak melepek dan tidur siang?
Haha

So, saya ingat lah kan, saya tak payah la kerja. Papa pun tak bagi saya kerja. dia suruh dok rumah jaga rumah, jaga adik. ajar adik wat kerja sekolah. sementara mama sibuk dgn bisnes baru dia tu.

Alamakkk tengok kepak ayam...rindunya kat seseorangg....

Bila saya termenung, Fahmy tanya ingat kat sapaaaaa???

Haha...

post signature

Jumpa ex???

Pernah bertemu ex pertama?

Bila dia di depan mata tiba-tiba apa reaksi anda?

Respek lah kalau boleh control terkejut dan feeling secara tiba-tiba begituu…hahaha. Me, tengah layan adik main badminton petang semalam bila ada orang berdiri kat tepi pagar. Senyum meleret… dan tegur saya.

"Main badminton ke...?"

Noa !!!!

Nama panggilannya Noa. Nama sebenar rahsia. Rahsia lagi! Aduhla buat orang makan hati je Arianna oiii.. Dont give a damn! Haha.

It happened when I was in form 2 dan dia form 5.
About 8 years ago….? Lama dah tu.. Lamanya ...skrg baru nk kira.

Time passed by…cinta budak sekolah. Cinta monyet. Ending gitu aje.

Seronok gile masa tu. Gatal je kan bunyinya ..pedulik.
Not lasting…then bila dia masuk agensi semua pun terleraiii….kejap je pun. Tapi terkesan juga.

He is now a model dan penari juga. Kalau tak silap penari istana budaya. He is good looking. That’s why tak padan dengan saya yg tk habis habis perasan ni. Sekarang ni lagi lahh..aduh la. Hensem nya. Tolonglah coverkan mataku ini. Sakit mata menengoknya.

Pui pui.

Okey, dia jiran saya. Mak dia Aunty Zah. So, jiran, ex, jiran. okey lah. mesti selalu akan jumpa. yang penting semuanya letak pada hatiii...insyaallahhh

post signature

Wednesday, May 20, 2009

Girls just wanna have fun !




Dah lama tak have fun !
Nak plan something for fun with my girls laa.

Nak contact
1. Wannie
2. Zora
3. Putri
4. Hazel
5. June
6. Maria
7. Kiki


Karaoke? Clubbing? Party? Wah wah wah

post signature

Suddenly thinking

Thinking nak bagi present kat Kevin. Since saya tk pernah nak bagi dia apa-apa sepanjang perkenalan saya dengan dia. (maybe coz I’m missing him a lot made me fikir yg lebih-lebih).

Must get him something.

But not much that I can think now …

Ape yek?

1. Perfume (biasa je kan org bagi hadiah ni)
2. Sunglasses
3. Kasut
4. Cap
5. Baju (tapi my fren kata jgn bg pakaian kt lelaki sbb akhirnya akan berpisah…logik? Ntah)
6. Tie
7. Jam

Ahhh..semua tu bosanlaaahhh…

Tak de idea ah

post signature

Meeting old friends

Meeting old friends adalah sangat mengujakan. Since tak ada apa nak buat, mula lah calling2 kawan-kawan lama. Untung ada yang masih di KL. Bercuti study atau bekerja. Tak kisah la yang penting nak berkongsi cerita tu yang penting. Sebenarnya nk kill the time. Sungguh membosankan jiwa melepek di rumah.

Setelah berjaya menjejak, tadi keluar dengan Natasya dan Laila. Wah wah hebat betul la tengok 2 minah ni. Orang dah kerja. Semua nya best la. maklumlah duit sendiri. Besttt je tengok. They all terus kerja lepas SPM sbb dapat offer baik punya. Tkyah susah nk further study bagai.

Keluar ke KL Sentral sebab senang nak jumpa mereka. Ofis they all dekat2 situ. Lunch kat Kenny Rogers. Best kena belanja dgn orang dah kerja. Best ketuk2 kawan sesekali.

Mendengarkan cerita ceriti mereka tu rasa cam nak give up study pulak. Budus arianna. Balik la ke pangkal jalan. LOL.

They look so happy tanpa exam, assigments, lecture, tutoriall..aduh la. kenapa la terfikir nak quit study pulak ni. Kalau gitau papa or mama sure dah kena hambat ngan lidi…

Maktok dah calling2 tanya saya bila nak melawat dia kat kampung…kesian maktok. Kena plan la ni. Maybe next week ke, tengoklah macamana.

Mama pun tk ada kat rumah, asyik keluar dgn Aunty Nora je..her business partner. So buzy. Me, bagi makan kt ikan2 aje lah kt rumah ni.

post signature

Tuesday, May 19, 2009

Kesian dia

Sebenarnya kalau boleh tk nak bercerita pasal kevin kt sini masa cuti. sbb bila bercerita, rasa rindu tk blh nak tahan-tahan lagi. tapi nak cuba juga supaya bila bercerita mungkin lega sikit rasa dalam hati sebab boleh berkongsi di sini.

kesian kevin sebab sejak dia blik cuti hari tu dia banyak habiskan masa di hospital. papa kevin kena admit keesokan harinya saya balik ke sini. sakit darah tinggi. sampai papa dia pengsan kt rumah sbb tu terus gi hospital.

kevin yang jaga papa dia setiap malam sampai sekarang. but hopefully esok boleh discaj lah sbb keadaan dia dah semakin stabil. lucky sekarang masa cuti, kalau buatnya time exam hari tu mgkn kevin tk boleh concentrate exam agaknya.

He doesnt forget me by sending me messages and call me at least once in a day. saya dah pesan kalau nk call kena sms tanya saya dulu sbb nk pastikan line clear. azab nya saya rasa. why why..kadang2 rasa nak cakapppp je dgn mama. sbb semuanya saya suka berkongsi dgn mama. tp saya lebih takut kena reject. saya tak bersedia utk kehilangan kevin lagi. in case mama kata end the relationship mcamana? lebih baik diamkan saja.

He said he miss me alot. i miss him more...isk isk =(

post signature

XTVT masa cuti

1. Bangun seawal 6 pagi. Awal ke? boleh laa.. kejutkan adik2. Mama buat breakfast, bukan saya. tapi saya kena siap2 juga. kenapa? sebab kena jadi driver.

2. Breakfast Mama biasanya akan bertukar menu. dari nasi lemak ke nasi goreng (menu berat), mihun ke mee ke makaroni ( menu separa ringan), pie, roti canai (menu ringan), cereal, roti bakar (menu ringan). Teringat balik zaman sekolah dulu.

3. Lepas brekfast, menjerit2 kepada adik-adik kerana jam dah menunjukkan dekat pukul 7 pagi. woit, kakak korang ni bukan laju sgt drive. sila cepat-cepat sikit. dah lah 2 sekolah nak menghantarnya. fuhh..

4. Lepas hantar mereka, balik rumah semula. Dan ready untuk menghantar Mama pula ke pasar. Mama suka beli barang fresh. so kami ke pasar borong. Madam maid dok rumah kemas rumah.

5. Lepas balik pasar Mama dan Madam maid akan memulakan operasi memasak secara bergotong royong. saya kadang-kadang join, kadang-kadang tidak. kan dah ada 2 orang tu tkyah la lagi nak sebok karang sempit lak dapur tu nanti. Masa ni saya mula la membuat xtvt sendiri. spt meYM, mengEMAIL, meSMS, meCALL kawan-kawan, memain PS dan lain-lain. sangat sihat xtvt itu semua.

6. Pukul 1 lebih bersiap2 keluar rumah lagi, perlu ke 2 sekolah lagi untuk menjemput tuan dan puan balik sekolah. On the way balik ni lah adik-adik akan mengikis harta kakak dia yg mana ada lagi dgn menyinggah mana-mana 7-11 atau petrol pump utk masuk ke kedai serbaneka atau mesra.

7. Balik rumah, mama dah ready ajak makan. papa always tidak dapat makan tghari bersama-sama sbb dia tk sempat balik. i understand. mana ada orang KL ni balik makan tghari kt rumah masa kerja. sangkut jem pun dah 1/2 jam. mcamana nak makan dan solat semua dalam masa 1/2 jam. masa makan lah mendengar cerita sekolah adik2. nasib baik ada 3 orang. kalau 13 orang? harus tiap2 hari kena operate telinga..menanahhh...haha

8. Lepas makan adik-adik akan mandi dan berehat. ada yang tidur dan ada yang main PS dsb. aktiviti bebas la tu. kalau ada xtvt sekolah, mereka akan stayback dan balik petang. saya masa ni akan buat apa..buat apa ek? apa2 lahh...nk tunggu petang kan. Mama akan mula bz dgn kerja dia. mama planning nak buka spa. share partner dgn kawan dia. masih dalam proposal so agak bz. saya tidak menganggu mama masa ni.

9. Petang mama ada buat kek atau kuih utk minum petang. Makan lagi. Aduhh...tapi makan jugak. Kadang2 petang keluar gi mana2 shopping centre terdekat. ada yg dekat macam dalam 200 meter saja dari rumah.very the dekat. so mcm everyday everytime kt sana dan cashier tu pun dah kenal rapat. eh kenal rapat pulak. tak pun pergi padang mainan, atau melepak ke rumah maklong.

10. Lepas maghrib papa balik biasanya. makan malam sama-sama. i try to skip makan malam lah. sbb sepanjang hari asyik makannn aje. so ratah2 lauk dan makan buah2 gitu aje. papa pula melayan adik-adik bercerita. menanahhh telinga papa pula.

11. Lepas makan adik2 ada belajar mengaji kt rumah. ada ustazah dtg ajar. kakak dia melepak lagi sambil tengok MTV. sungguh tk sopan. bukan tengok kt situ la tengok la tempat lainn..then lepas tu adalah masa bergurau senda adik beradik...sampai tidurr..adik2 tidur awal, dalam pukul 10 lebih dah kena kejar masuk bilik masing2. papa dah ajar disiplin tidur awal sampai la awak umur 13 tahun baru boleh adjust time tidur sendiri. saya dah kena dulu. hihi.

OKey, itu aktiviti normal, sekiranya tak normal, maka adalah saya menyuruh mama mengambil adik2 sendiri sbb saya ada perjumpaan penting dgn kawan2 kat luar, atau bila petang saya akan call papa jumpa malam kat MidV utk makan malam kat luar.

post signature

Monday, May 18, 2009

New Update ? Hah

Berlalunya 3 hari seperti dah 3 minggu rasanya gatal tangan nak menaip2 di sini. macam dah 3ratus perkara dah berlaku dan berlalu dalam hari2 saya di sini. rasa rugi pula semua tu tidak berada di sini. loosing my every moment of memories. i can't give a damnn to that.

Adik2 sedang mengaji. Ada ustazah datang ajar setiap 2 hari sekali di rumah. Adif dan Iman dah laju. Noni masih lagi tak betul idgham nya. proud to say that saya dah 2 kali khatam. owh perlu proud la... tp masih macam tk cukup lagi kan. kena baca dan baca lagi sampai beratus kali khatam pun tk apa. itukan kitab suci kita. nanti lah saya akan join mereka mengaji juga sementara saya di sini.

masih belum makan malam lagi tunggu adik2 habis mengaji baru makan. perut dah lapar gile. setan betulll...dia suruh bgtahu adik2 mengaji cepat sikit sbb kakak dah lapar. adakah?

Haha..

Note : saya dah reply semua e-mail yang hantar kat saya pasal minta invitation. hope you happy =)

post signature

Sunday, May 17, 2009

Happy mothers day My Mama

Mama, seorang perempuan yang cukup tabah. walau berbagai rintangan mama hadapi bersama papa dan anak-anak.

Dalam keadaan susah dan senang mama sentiada di samping papa. papa selalu ceritakan itu pada saya. dia mahu saya yang dah mengerti ini selalu menghargai mama. adik-adik mungkin dah membesar dalam keadaaan yang senang sikit berbanding masa saya kecil dahulu. kesusahan hidup pernah membuatkan saya diambil oleh mak tok untuk dijaga sementara papa dan mama mencari arah hidup. sehingga mereka dah stabil saya kembali kepada mereka. wpun mama kata hancur hati dia kerana terpaksa berpisah dgn saya masa tu dia terpaksa demi masa depan kami.

Sekarang alhamdulillah..papa dapat rezeki untuk membuka perniagaan sendiri dan mama juga dah berhenti kerja jadi suri rumah sepenuh masa kerana nak tumpukan perhatian pada anak-anak. Bila cerita sedih, dan dengar lagu sedih, hati pun jadi sedih. isk isk...

Malam tadi kami semua wat sikit surprise utk mama. kami macam ajak mama makan kat luar saja tapi sebenarnya papa ada tempah meja kat Crowne Plaza. Siap ada kek untuk Mama. kek hari ibu. Mama ingat tahun ni tiada sambutan hari ibu untuk dia (kesian kannn..) sbb tu dia surprise lebih sikit. sampai nangess...masa tu saya tak balik KL lagi sbb tu papa tangguhkan dulu.

Untuk mama saya belikan dia gelang. itupun dapat derma dari papa 1/2. the rest duit saya. okey, bangga. adik2 bagi handbag. and dari papa special sikit la..they all akan pergi vacation. sungguh tak aci. so, kami kena tinggal. wehhh honeymoon pun boleh bawak anak2 apaaa...

Nasib saya cuti boleh la jaga adik2..bulan depan mereka akan pergi seminggu. jeles haku!

MAMA, WE LOVE YOU SO MUCH ! ~kakak dan adik2

post signature

Friday, May 15, 2009

Panassss =D

Panas juga ye. bukan cuaca saja yang panas. hati anda semua panas. =)

Well, entry paling berat bagi saya.

Biarlah saya berterus terang saja. Mungkin kerana terlalu mahu menyembunyikan identiti sendiri maka saya alpa dengan terlalu over menggunakan gambar2 tanpa kebenaran dan kredit dalam blog ini.

silap saya tidak meletakkan caption 'gambar adalah hiasan semata-mata'

atau 'gambar tidak ada kena mengena dengan penulis'

atau 'gambar kredit to google'

atau 'gambar kredit to 'certain' owner'

saya salah kerana tidak peka kepada sensitiviti blogger. terlalu ambil mudah dengan menggantikan gambar sebenar dengan gambar yang nampak sama pada mata saya. salah saya juga sebab terlalu ringkas menjawab komen orang pada saya tanpa berfikir panjang hingga menjadikan gambar itu gambar saya pula.

Tapi masih ada gambar sebenar saya di sini..bukan semua gambar orang.

Minta maaf kepada semua readers dan followers selama ini. kepada yang pernah menjadi kawan saya dan sekarang telah ada team csi sendiri, saya tak salahkan anda. kalau saya jadi anda semua pun saya marah. saya minta maaf dan terima kasih kerana menyedarkan saya betapa saya tidak boleh ambil mudah dalam hidup saya. manusia tak lari dari melakukan kesalahan. harap sudi maafkan saya. cuma saya sedih sebab tiada seorang pun kawan yang datang pada saya sendiri dan bertanya.

Cuma saya nak anda tahu cerita hidup saya, adalah cerita benar. Saya, kevin, family dan kawan-kawan saya adalah benar. Tapi terpulanglah. mungkin anda kata novel atau angan-angan semata-mata. Tak kisah lah. hanya saya dan tuhan saja yang tahu. saya mahu mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang betul.

Terima kasih di atas segalanya selama ini. Masa anda, komen anda, nasihat anda, panduan anda akan tetap saya simpan. Itu bukan sia-sia. Jangan rasa terkilan dengan itu. Juga jangan putuskan doa anda untuk pengakhiran yang baik dalam hidup saya. saya masih perlukan itu. =)

Ini adalah entry terakhir dari saya secara terbuka kepada semua. selepas ini saya akan terus menulis. tapi biar saya sendiri yang menyimpan kisah hidup saya.

Blog ini akan diprivatekan dalam 24 jam dari skrg. sebab saya harap sebelum itu semua sudah membaca dan menerima kemaafan saya sebelum kita berpisah di sini.

Terima kasih banyak-banyak. ~ Hugs semua :,-(

Anda semua adalah yang terhebat bagi saya.

Salam terakhir =)

post signature sayang semua

Thursday, May 14, 2009

Tomok



Tak boleh tahan tengok anak rabbit ni.

Noni punya. Dia kata jangan tunjuk kat orang nanti orang nak ambik. Klaka.

Tak ada nama lagi so saya suggest namakan dia Tomok. Nama yg paling komersil minggu ini. Minggu depan mungkin akan jadi Hafiz atau Akim pulak. LOL

Cet cet... (mcmana cara nak panggil rabbit aaa? kalau kucing pandailaa..)

"Tomok Tomok...cepat makan carrot ! " Haha

post signature

Wednesday, May 13, 2009

My Mum's Nasi Minyak

Bismillahirrahmanirrahimm....jemput-jemput



Apa yang menyambut saya bila sampai ke rumah?

Nasi minyak. EMMMM...Ya Allah ! sedapnyee...rasa macam dah setahun tak makan makanan sedap.

Mama ambil saya dari airport. Saya sampai dalam pukul 12.30 tghari tadi. Dalam kereta lagi saya dah bgtahu mama saya sangat lapar sebab mmg saya tak breakfast dan dalam flight pun saya tak makan sebab kepala saya macam pening dan saya tidur saja.

On the way balik rumah singgah menjemput hero dan heroin saya dari sekolah. Iman, Adif dan Noni. Berkejar mereka masuk kereta dan peluk saya. Rasa macam rindu gile nak gomol-gomol mereka semua.

Mama cakap nanti lah bila balik dia masak la. Tapi bila sampai rumah, dah siap rupanya nasi minyak terhidang atas meja. Semalam baru cakap mama saya teringin nak makan nasi minyak..permintaan ditunaikan ! =) Terus saya ke meja makan.
Best giler. Makan ramai-ramai macam berselera sangat. padahal makan sorang pun selera jugee. Saya makan 2 pinggan. Nak nak bila ada kari daging dagn ayam masak merah mama tu...alamakkk... Malam ni nak makan lagi.




Papa kerja dan sampai sekarang pun tak balik lagi. Busy betul dia. Rindu nak jumpa papa.



post signature will be here for the next 100 daysss =)

Tuesday, May 12, 2009

Tak faham lah

Daddy kevin okey. Memang tak sihat tapi tidak la serius sangat. Nasib baik. Saya berdebar juga. karang ada apa-apa saya pun terlibat sama sbb membuatkan anak dia tak balik rumah lagi tapi pergi Brunei pulak.

Saya dah berkira-kira memang tak ada transport nk ke airport esok pagi. Kak Min kerja, kawan semua dah balik. Teksi saja la kalau ada pun. Tadi petang sidd call dan saya bgtahu la esok pagi flight saya dan pergi airport naik teksi. of course la as a friend dia offer la nak hantarkan saya. saya okey saja lah. senang sikit nak mengangkut beg saya yang dah macam 3 tan ni. harus kena bayar extra luggage lagi ni..confirmed!

Kejap tadi saya sms kevin just to tell him that sidd will send me tomorrow to the airport.

*Kev, sidd will send me to the airport tomorrow *

After ½ hour dia reply.

*Dear, let Melvin send you tomorrow okey? *

Melvin tu kawan coursemate dia. saya macam..apahal pula dengan melvin. kevin ni tak faham ke message saya...Saya terus call dia

“Hello kev..Kenapa Melvin hantar pula?”

“Biar dia hantar you ok? I dah call dia tadi”

“I don’t get it la. I cakap sidd hantar I. Dia offer nak hantarkan. Kenapa melvin pula?”

“Tak pe lah. Biar melvin hantarkan ye”

“I tak kenal sangat melvin tu la kevvvv”

“He’s my friend. Don’t worry sayang”

“And Sidd is my friend too..okey kan?”

“I still feel bad can't send you to the airport and now sidd pula hantarkan”

“That’s fine…you kan kena balik rumah. I tak marah la. I faham”

“No. its not that. I lebih suka kalau u ikut Melvin saja”

“You ni ...pelik. You don’t trust me or sidd ke?”

“Its not about trust. Just don’t feel good”

“I tak faham..Do I have a choice? kalau I ikut sidd juga?”

“You make me sad”

“Oh my God….. Fine. You win. Tell Melvin at 8am okey? I don’t want to miss the flight”

“Thanks sayang. I love you. Take care”



Saya tak nak gaduh. Saya mengalah. saya pun tak faham kenapa kevin macam tu pulak. Saya ingat dia okey je dengan sidd. saya pun tak nak end up dengan pergaduhan over a small thing like this. Let him feel happy walaupun saya kena bagi alasan tak munasabah dengan sidd nanti.

Mannnnnn !!!!

Good night. Tidur awal. See you in KL.

post signature

Why it is so hard to say good bye

I am all alone again.

Back from Brunei already. Sekarang sendirian di rumah ini. Kak Min kerja. Rasa sunyi sangat. Kosong. Lonely. Kosong.

Nak lunch apa nie? Saya tak boleh makan nasi sebab rasa badan berat dah sangat. Overloaded kt brunei hr tu makan sampai tak sedar diri dah. Better skip lunch. Oh rasa nak makan nasi minyak la pulak. [@-@]

Dari airport pagi tadi naik teksi. Teksi hantarkan saya dulu dan kemudian ke kampus hantar kevin pula.

Saya sebenarnya tak sabar nak balik. Esok pagi flight saya ke KL. Kena busykan diri hari ni kemas bilik yang tak 100% kemas lagi lepas pindah hari tu. Neway I like my new room here. Its facing belakang rumah yang ada pokok-pokok. Sejuk je. Best.

Kevin ada belikan mama souvenir masa kt brunei. Tapi dia faham saya tak dapat cakap dia yg bagi. As long as mama dapat souvenir tu kevin kata dia tak kisah saya nk bgtahu apa pun. Isk. -_-,

Kevin akan bertolak ke Sandakan terus lepas dia balik kampus. Dia memang tak sabar dah nak balik rumah tu tengok daddy dia. But at the same time dia kata susah nak lepaskan saya balik semenanjung. Rasa sebak je salam kevin tadi. When he looked at my eyes, with his sad eyes, I felt like its better if I did not fell in love with him. I cant handle that loosing feeling. Macam ada ruang kosong dia tinggalkan dalam hati saya sekarang.

post signature

Monday, May 11, 2009

Saya tak pandai buat travel journal

Sambil kemas beg sambil YM mama dan adik-adik. Almost every night mama suruh online tanya khabar itu dan ini. Nampak sangat tak sabar nak tengok muka saya balik KL. Sure ke mama? nanti jemu pula saya dok melepak saja 3 bulan di rumah. LOL

Mama dah siap bgtahu yang nak buat makan-makan weekend nanti. padahal saya dah pakat dgn papa nak buat surprise treat mama for Mothers Day weekend ni. Alih-alih mama pulak nak buat kenduri. Well, tengok nanti macamana.

Some more, kevin call mummy dia siang tadi dan dapat tahu yang daddy kevin tak berapa sihat. Nasib baik flight kami balik KK esok pagi. so, tak ada lah dia risau sangat. Maybe dia kena bertolak balik terus ke Sandakan lepas sampai KK. Kesian kev. Dia nampak okey saja tapi saya tahu dia risau juga. Rasa bersalah pun ada sebab saya dah terdrag dia ke sini. Pray to God tak ada apa-apa serius dengan daddy. Saya rasa mummy dia pun tak tahu dia ada di Brunei.


Hari ni kami ke masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Saya yang nak sangat tengok masjid yang berkubah emas 24karat ni dari dulu lagi. Dengarnya ia dibina dengan anggaran USD 5 juta. Kagum kagumm...Saya singgah melihat keindahan masjid ni dan kevin pun ada masuk melawat. Nampak macam dia suka tengok sebab dia tanya saya itu dan ini dan juga tentang ayat-ayat suci yang ada di dinding masjid itu. Amazing tengok architecture dia. Cantik sangatt..kevin said that he wish suatu hari nanti dapat solat berjemaah di sana. Aminnn...tolong panjangkan amin ini...




We went to Jerudong Park also. Bayaran masuk seorang 5 dollar utk dewasa dan 3 dollar utk kanak2 utk all ride. Sumpah saya ingat entry dia free. ????. Ada orang kata free. Cuma utk dewasa cam rugi sikit sbb tak byk rides utk dewasa....kena tumpang rides utk kanak2 HAHA ..actually ada musical fountain kat garden situ start pukul 9.30pm tapi kami macam dah exhausted sangat berjalan dari pagi dan kevin pun nampak macam hilang sikit fokus dia lepas dengar daddy dia tak sihat tu. so tengok sikit saja dan saya ajak dia balik saja. tak mahu selfish sangat. kalau panjang umur lain kali boleh pergi lagi. Saya suka musical fountain tu anyway. cantikk sangat. wpun hati bergetar nak tengok sampai habis tapi tak mahu sayang saya tu dibiarkan dalam kerisauan. He appreciated that i cut the visit short anyway. At least dia tahu saya masih concernkan dia.. i love him laaa...


I love the ceiling. See above

Tapi paling suka mestilah ke the Mall. 2 kali pergi pun rasa tak puas nak cuci mata. Tak beli banyak souvenir, cukup lah tanda ingatan sampai ke sini.
Kan dah kata saya tak pandai nak buat travel journal la. Tak best baca kan?
Haha..need to call kevin now to ask him to sleep early. At least dia tak rasa risau sangat pasal daddy dia. dan kami pun kena bertolak awal to catch flight tomorrow morning... KK we are back.
~Brunei, you have been a part of our memories. Thanks Kevin so much for the trip. It is so wonderful to spend the time with you and how lucky i am to be loved by you....~
post signature

Sunday, May 10, 2009

A note from BSB

"Kev, give me 1/2 hour sebelum kita pergi dinner for me to send few e-mails ok?"

Tipu! Padahal saya nak wat a simple entry here. Miss my blog ;)

I love being here. Well, maybe its actually i 'm so happy being around him. Hihi. Its love, i believe.

We are out for dinner sekejap lagi and I request kami ke Icebar lagi sebab tak tahan dia punya steamboat sedap. we went there last night.


then lepas tu nak pergi The Mall again kalau masih buka. Coz tak puas hati pergi siang tadi. theres something i want to grab for my brothers & sister. My parents tahu saya datang ke sini bersama kawan. Apart in my heart also tak sabar nak balik rumah.

Semalam kami sampai dalam pukul 11pagi di sini dan terus naik teksi ke hotel. kevin dah book bilik. Separate rooms if that is what you all people wondering kan. We still know the limitation of course. he is in lower floor and lower category room. He booked me a better room with better view. he said that i need a better room than himself. Rasa macam terharu pulak. Sweet jugak kan dia? =). I dont know what is the differences between our room coz we dont go to each other's room. See? We behave...

Yesterday and today punya acara banyak makan-makan dan jalan-jalan saja. This is not his first trip here so dia dah tahu serba sedikit mana nak pergi. Thank God. Coz saya tak suka bila saya sesat jalan. Saya banyak makan. Macam dah gain another 3kgs pulak bila ada kat sini 2 hari. Hari ni juga saya naik water taxi. syok. ada picture but i dont have much time to upload them here now.

Tomorrow we are going to Jerudong Park. Yey !!! Dah lama saya berharap dapat ke sana. Dan saya juga nak pergi tengok masjid berkubah emas esok juga. dah request dgn kevin supaya bawa saya ke sana.

Thats about it. Got to go as he is calling me already from the lobby... he takes care of me pretty well here. dont worry =)


i love my bathroom coz there are red rose petals everywhere!

post signature BSB = Bandar Seri Begawan

Related Posts with Thumbnails