Banyak nak cerita tapi malas nak taip. Kalau boleh record suara kan bagus blog ni tk yah la nk taip2 semua..
Jkzjkndfjj jklasdjiioiawop-[qw uiuqweopasffdkd;
Bla bla blah
Bye !

Banyak nak cerita tapi malas nak taip. Kalau boleh record suara kan bagus blog ni tk yah la nk taip2 semua..
Jkzjkndfjj jklasdjiioiawop-[qw uiuqweopasffdkd;
Bla bla blah
Bye !


Try this brand mmg slalu beli brand ni. sedap.
Yaya nak keluar kejap lagi tunggu sepupu dia datang ambil. Saya malas nk ikut sebab mereka nak pegi JPN ada hal. kalau pegi pejabat2 gomen ni saya tk gemar sikit. sbb tau le kena nunggu lama. Dok umah lagi baik.
Malam ni semua gi dinner rumah paklong. Tkde ape2 kenduri, dia jemput dinner saja. sambil papa ada projek dgn paklong nk bincang. Sunday papa & mama akan bertolak so saya akan jadi baby sitter lagi utk seminggu. Then in 2 weeks time saya akan bye bye balik sabah. Yaya kata dia sedih nk balik KK. She likes hometown more and doesn’t like KK so much. Tapi saya, happy ada, sedih ada, berdebar2 pun ada. A mixed up feelings.
Hey kev, buat apa tu? Rindu tak?


“Nah yaya kau try dulu”
"Wekkk..rasa cam kencing hantu je"
"Bodoh kau pernah rasa ke kencing hantu?"
Berkerut muka dia ..lawak. rasa ntah apa-apa so nak sedapkan kenalah tambah gula jugak wpun pada mulanya konon nak minum jus buah yang original no sugar added. Blah ah tk sedap kalau tkde gula.
Sambil borak sambil layan Boom Boom Pow.
So pagi ni mata sorang2 macam Garfield. Seb baik mama adalah baik hati hari ni. Dia yang keluar hantar adik gi sekolah sebab dah tengok 2 anak dara bertuah masih terbungkam pukul 7 lebih.
Dah, yaya dah siap. Nak kuar. Take care peps. Love you. Mmuahhh

Anonymous said...
ko ni perasan la..ko tuh sebenarnye garit n bu!@#
ko ingat ak hingin sangat kehuh, ak nak tengok sejauh mana lagi kau nak tipu bloggers nieleh, ye la orang back up kau..entah2 blakang dok ngumpat,.kaye ke??ade ak kisah?bajet betul,.sial..
kalau setakat kau kaya,alamat la, kaya la semua pengemis dalam dunia ni,,heh,setakat, citer2 cm ko, boleh agak la life ko ni,fantasi je lebih,.sialan,.
bajet+ sialan=hampeh"memang aku kaya.so what?"hehe./muntah hijau aku baca tuh garitttttt!!
Hahaha
Masa salam dan peluk maktok sebelum mereka bertolak, saya tak dapat menahan tangis sebab maktok menangis. Kenapa ntah dia tiba-tiba emo. Mungkin sebab sekarang saya jarang jumpa dia sejak belajar di KK. Saya rasa sebak sangat dan cium pipi maktok. Tiba-tiba masa tu saya dapat firasat. ceh. saya dapat rasakan mungkin maktok lah orangnya. Yang saya fikirkan untuk berbincang tentang masalah saya sekarang. Tapi it was too late malam tadi nk bercerita sebab dia dah nak bertolak. Saya mesti fikirkan sesuatu untuk berjumpa dengan maktok nanti. Takkan nak bercakap dii telefon pula. Saya confident yang maktok akan back up saya sebab dia mmg tak pernah bantah apa-apa saja yang saya cakap atau saya nk semua dia kalau boleh nak penuhi. Insyaallah. Apa-apa pun kena yakin pada diri lah.
Hari ni kelewatan sedikit hantar adik2 sebab saya yang terbangun lambat. ;). Lepas hantar mereka saya singgah bangsar breakfast dengan kawan saya Fifah. Lama juga tak jumpa dia. Ingat nak berborak lama-lama tp lepas tu fifah dapat call yang kakak dia kena ragut masa nak pergi kerja. So dia kena rush balik. Kena pergi balai polis semua. Haiihh makin teruk kes ragut sana-sini. Lucky dia tk cedera. Peragut tu tarik handbag masa dia keluar dari teksi. Dia lepaskan saja sebab kalau pegang kuat2 pun handbag tu mesti dia sendiri akan terdrag ke atas jalan nanti. Dalam hati saya tumpang menyumpah kt peragut tu semoga dia pulak kena ragut lepas ni. Rasakan ko! Setan!
Balik rumah tengok keta Ijoy ada kt depan rumah. dia tengah tunggu saya dalam rumah. Dia dengan myra, tunang dia. Sejak saya cuti tak jumpa myra lagi. Makin comel lak myra tu. Maklum lah darah manis tgh bahagia. Saya pun kalau di alam pertunangan mesti manis je muka kan kan. Kalau tk manis pun saya akan tersenyum 24 jam nk bagi orang kata darah manis. Hambekk!!
Ijoy dgn myra tgh main ps2 tu manjanya mereka main resident evil sambil gelak2. Wpun game tu ganas gile sampai saya tak suka. boleh dia gelak2. Aduh jeles haku. Memberontak dalam hati. Ish. Sebab tu lari kt lappy jap wat entry sebab nak menyorokkan muka tension sekarang dari mereka. Sapa kata alam percintaan tu indah semuanya? Kalau berdekatan macam mereka tu indah la. kalau berjauhan macam ni? Sakitttt…semak semak semak kepala.


Pagi tadi tersedar dalam pukul 4.30am. Tersedar sebab ribut dan hujan lebat pagi tadi. Bila rasa sejuk sangat bangun cari remote. Lepas tu dah tk boleh tidur. Masa tu tiba-tiba teringat macam dah lama tak baca quran. Tersedar tiba-tiba atas kealpaan diri. Terus amik wudhuk dan baca quran sambil tunggu masuk subuh. Masa kat kampus slalu la jugak baca quran sebab pegi surau, lepas tu ada usrah, kadang2 kat hostel pun ada buat baca yasin semua kan. Kt rumah ada ustazah datang ajar adik2 tapi tk pernah nk join. Sekarang solat jemaah dengan papa pun kadang2 saja sebab dia selalu balik kerja lambat. Begitu jugak mama slalu busy.
Life is not easy. Kena slalu berlumba2 mengejar duniawi sebab itu kadang kala terleka dengan amal ibadat dan akhirat.
Kenapa saya ni mcm bagi ceramah pula kali ni. Sekadar mengingati diri sendiri…
Lepas subuh saya rasa rindu pulak dengan kevin. Wpun selalu sms or YM tp tetap juga nak mendengar suara. Especially pagi2 begitu. Kalau dapat dengar suara dia rasa lengkaplah hari saya. Sebab pagi2 kevin ni biasanya ceria saja. so saya call dia dalam pukul 6.30am berborak2 sampai la dekat pukul 8am. Suka sebab hr ni mama yang hantar adik2 gi sekolah sebab lepas tu mama ada nak jumpa client.
Saya cerita pasal life saya kt sini dan kevin pasal kerja dia kt sana. Katanya dia banyak belajar dengan uncle dia pasal kerja tu. Saya cakap kt dia baguslah dia belajar banyak2 sebab lepas habis study nanti boleh terus kerja dengan uncle dia saja kt sandakan tu. Haha. Keras sikit kot saya cakap begitu sampai kevin pun terdiam. Biar lah dia fikir sendiri. Saya tak nak jadi sebab kenapa dia nk drop semua benda yang sudah tertulis dalam hidup dia. Kekasih boleh cari kt mana-mana, family hanya ada satu sahaja. Tul tak?
Saya pun dah bgtahu dia pasal kereta tu. Saya memang tak mahu ambil. Biar dia pakai saja. saya dan papa akan usahakan sesuatu untuk kemudahan saya ke kolej di sana. Thanked him atas niat baik dia. Saya appreciate tanda ingatan dia pada saya. Tapi kalau terus terusan termakan budi susah juga. Kata orang selagi tiada ikatan, jangan terlalu terhutang budi, takut kalau jadi apa-apa ada yang tak puas hati. Kena beringat la. saya pun bukan kenal 100% hati budi kevin. Kami kawan pun tak sampai setahun pun lagi. saja la letak dalam ingatan juga yang kami ni lain dari lain. Hubungan kami tak sama dengan orang lain. Kami ni terlalu banyak perkara yang menghalang. Just go with the flow la. tp kena fikir juga. Inikan masa depan. Nak tunggu sampai bila baru nak fikir. Saya bukan belasan tahun lagi. Semakin hari semakin sayang. Karang ada yang patahhh la hatiiii…. Menangis air mata darah tak guna dah masa tu. Wah emo lebih.
Cuma sekarang ni kan yang betul-betul tahu pasal saya dengan kevin hanyalah Yaya saja. itupun dia bukan 100% bagi kelulusan. Ops terlupa, there are you guys yang tahu juga pasal saya dan kevin, so please keep within you only okey. Diam-diam ye….=)
Saya rasa saya perlukan seorang ahli keluarga yang saya nk bagitahu dan minta pendapat dia tentang kami. At least saya akan rasa strong sikit. macam kevin, dia ada stella yang sokong dia. Saya tak ada siapa2.
OKEY..fikir-fikir lagi.

lepas tu semua keluar lunch and we went to KLCC to have lunch at Santini. after that the boys wanted to watch Transformer but you know la sunday, what do you expect. pack gile so papa surrender. me too. at last pegi toys r'us and the boys got a transformer model each of them cost papa 300+. OMG. and the little girl nak handbag cute of barbie. papa melayankan saja. for me, i said i nak kereta kt sabah bila papa tanya saya nak apa. haha.
im not taking his car. belum bgtahu lagi keputusan saya pada kevin tapi i've made the decision. it's a no. i've my own reason.
kalau iman bagi kakak pinjam beskal ni pun boleh jugak kakak bwk pegi kolej

arianna,saya bace semua entry awak.take a long time jugak nak habiskan..nice story,tp nape saya rasa like semuanya mcm cerita novel je?mcm awak sdg mereka2 cerita dan memperdaya semua readers.itu ape yg saya rasa dan ape yg kwn-kwn saya rasa after bace ur blog.kalau btollah semua ni,xkan nak letak ur own pic pun xlih?sampai kena search kat google?n pic2 yg lain semuanya nampak fake.u ni hidup dlm khayalan ke?
---------------------------------------------------------------------------------
Hye reader =). Apa khabar?
Thanks for your comment.
Thanks for reading also. Saya tertarik nak mengulas komen anda kali ni. Semoga anda gembira sebab kadangkala saya tak sempat nak reply komen tapi komen anda saya buatkan entry lagi. kelas kelas kelassshh
Walaupun anda menyatakan cerita saya seperti novel, namun saya bangga sebab anda berusaha membacanya sampai habis walaupun mengambil masa yang lama. Ramai yang memperkatakan dan mempertikaikan blog ini sebagai cerita benar atau novel. Terpulanglah. Kalau cerita benar, benar lah ia. Kalau novel, novel lah jadinya. Saya tak kisah. Dari dulu lagi orang kata blog bvlgarigirl ni adalah novel. Tak kisah lah saya okey saja. saya tak akan marah kalau orang nak cakap blog ni macam cerita kartun atau dongeng pun. Sebab ini adalah blog. Dan blog ini adalah blog saya. Saya sendiri sahaja yang mengetahui cerita atau semua yang berlaku di sini benar atau novel.
Anda menyatakan saya memperdaya semua readers. Kalau rasa terpedaya kenapa membacanya? Saya tidak menghantar jemputan kepada sesiapa yang nak baca. Nak baca, bacalah. Taknak baca sudah. Ada saya pergi ke blog lain dan mempromo blog sendiri? Saya rasa tk ada. orang yang datang sini nak promo blog lagi ada. Yang ni lagi baik saya nk cerita, ada reader yang cakap readers blog saya ni adalah readers bodoh. Tetapi saya tahu dia sendiri pun masih lagi datang dan membaca blog saya. Saya ada bukti kalau nak tunjuk. Bermacam cara saya boleh tahu siapa yang datang sini, dari negara mana dan apa yang dia baca hingga berapa lama dia stay kt blog ni pun saya boleh tahu. Jangan risau.
Kenapa saya tak mahu letak gambar sendiri dan selalu pakai gambar google? Semua nampak fake? Dalam banyak2 gambar bukan tak ada gambar saya tapi anda pun tak tahu yang mana kan? Saya ada reason sendiri. Perluke saya bgtahu semuanya? Baiklah. Antaranya ialah saya tak mahu dikenali. Kerana cerita saya adalah cerita peribadi yang di alam nyata pun tidak diketahui oleh keluarga saya. Perlu ke saya letak gambar muka2 saya di sini? Dan gambar family semua? Kalau di blog anda sendiri nak letak gambar anda, gambar kawan2, gambar family, gambar buat memek muka, gambar sexy, terpulang lah. Blog anda. Anda punya suka. Orang suka orang baca, orang tak suka orang blah. Itu aje.
Saya hidup dalam khayalan? Perfect sangat ke hidup saya? Kalau saya betul dalam khayalan, saya tk akan khayalkan perkara2 yang menyusahkan dan menyedihkan kadang2. Saya akan khayalkan yang best2 saja. saya akan ada anak tan sri yang macho dan hebat sebagai boyfriend saya, saya akan belajar di luar negara sebab saya pandai, saya akan tinggal dalam mansion sebab family saya kaya, saya akan bercuti ke paris dan bukan PD sebab banyak duit, saya akan ada driver dan bukan memandu sendiri merempuh jem setiap hari sebab saya berlagak, saya akan pakai BMW dan bukan myvi, saya akan pergi shopping kat New York dan bukan Pavillion…oh berkhayal sikit dah buat saya teruja.
Bila saya private blog saya saya ada ramai orang suruh saya buka balik blog. Siapa mereka semua?
--> klik sini untuk lihat sama ada mereka pun fake
Saya pun dapat email2 suruh saya buka blog semula. Takkan nak attach kt sini, tapi mereka yang send email tu tahulah kan sebab saya ada reply email mereka.
Saya pun ada bersms dan bercakap dengan reader di telefon. Tapi bukan semua orang dapat nombor saya. kan zaza? and .... ?
Ini bermakna saya masih ada kawan yang ramai di sini yang dah menjalinkan ikatan silaturrahim dengan saya. Blog saya baru masuk 6 bulan dan bukan bertahun2 macam blog orang tapi selama 6 bulan dah berbagai2 tanggapan, reaksi, pendapat, tohmahan, nasihat yang saya terima. Saya terima semuanya. Terima kasih, itu menandakan saya ada tempat di hati anda. Kalau tidak, kenapa anda nak bersusah payah buang masa kerana saya tk gitu maknye?
Baiklah, sessi menjawab soalan dah selesai untuk kali ini. harap tak dapat komen yang exciting begini setiap hari sebab mak letih nak menjawab. letih nokss letihhhhhhh...
Kesimpulannya ...semua terletak di tangan anda. enter or leave !

Heyliuu…
Sungguh segar rasanya mata selepas tidur selama beberapa jam kan.
Macam penat betul rasa badan padahal bukan buat apa-apa benda pun semalam.
Cuma last night keluar dengan stella & family pergi dinner kt seri melayu, which is sangat dekat dengan hotel mereka. Kira senang saja. lepas dinner terus balik rumah aje. Hari ni stella keluar sendiri katanya nak ke genting dengan husband dia punya kawan. Then saya tk perlu temankan dia hari ni. Esok dia dah nak balik dah makanya esok aje la saya pegi jumpa dia dan mungkin hantar mereka ke airport.
Mama ada suruh saya jemput stella datang rumah tapi saya decide tak nak ajak sebab ..banyak sebab. Antaranya saya takut dalam perbualan dengan stella akan terkeluar perkara2 yang masih lagi menjadi rahsia antara saya dgn keluarga. Saya memang tak mahu perkara saya dengan kevin diketahui mama or papa dari mulut orang lain. Biarlah dari mulut sendiri so saya puas hati sekiranya diterima atau direject reject. Huh !
Bangun2 tadi mama suruh buat puding roti lagi sebab ada kawan mama nak datang rumah malam ni. Entah siapa saya tak kenal tapi tepaksa masakkan puding tu utk mereka. Wpun bukan susah sangat tp bila kemalasan dtg melanda mencarik-carikkan roti terasa seperti menarik tali dalam pertandingan tarik tali. Tiba2 teringat ada orang minta resepi puding tu sblm ni. Tapi lupa lagi siapa yg minta so saya tepekkan sini aje la. boleh la cuba2 sehingga berjaya ok. Jgn putus asa dalam apa pun yang dibuat. =)
PUDING ROTI
Bahan-Bahan:
10 keping roti
Mentega 300 ml
susu cair 300 ml
susu segar 1 ct
esen vanila
2 biji telur
150 g gula castor
mix fruit
Cara:
1. Sapukan mentega pada roti dan dipotong².
2. Lenserkan loyang dan letak roti dan gula castor. Pastikan top layer ada mix fruit dan gula.
3. Pukul telur bersama susu cair, susu segar dan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam roti dan rendamkan selama 1 jam.
5. Cubit 3 atau 4 ketul mentega dan letak berselerak di atas roti yg sudah terendam.
6. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama vanila (kalau suka)dan hiaskan dengan raisins

Alright ! Assalamualaikum.
Mintak ampun dulu sebab saya tahu saya memang banyak tidak menjawab soalan yang ditanya dalam komen box. sebab kadang2 saya terlalu sibuk nak menjawab wpun semua soalan saya ada baca. kadang2 saya kehilangan idea nak menjawab. kadang2 juga saya dah siap2 draf jawapan dan kemudian cancel semula. kadang2 saya jawab dalam hati. kadang2 saya malas-okey sepaklah saya sekarang. tengah rela kena sepak ni. awww
sekarang ni mungkin ada rasa free sikit dan rajin nak menjawab soalan. so, kalau ada saya terlepas pandang soalan u all boleh la kemukakan di sini semula -spt ayat skema dalam surat rasmi aje. saya akan cuba menjawabnya kembali. kalau soalan objektif lagi baik. tak payah fikir banyak.
mungkin nak tanya, hobi apa, suka makan apa, berapa orang adik, asal mana, what inspires me, what music im into pun boleh juga. apa salahnya sebab mgkn ada yang tertanya2 something dalam fikiran tapi segan nk tanya kan? atau nak tanya kenapa saya tak follow dan tak buat tag u all boleh jugak. ceh! termengaku lak.
emm..kalau nak tanya mcmana nak masak kek lapis sarawak tu jgn la tanya saya pulak...mungkin ada juga soalan saya tk boleh nak jawab **Tuut** atas sebab2 keselamatan spt apa no pin bank? berapa CGPA ? - oh tidak! saya akan kategorikan soalan tu sebagai soalan merah.
Tanya je laaaa....eh macam memaksa lak.

Saya dapat something from Kevin. Stella bagi satu kotak kecil berbalut lepas jumpa dia semalam. I thought another ring, hehe berangan.
I was sooo excited sampai tk boleh sabar2 terus bukak masa driving balik rumah semalam. Lagi tk boleh sabar bila saya tengok apa ada dalam kotak tu. Ada small note tulis ‘with love’. Okey then saya tengok ada satu kunci kereta.
Eh eh takkan Kevin belikan saya kereta pulak. Banyak duit dia nk belikan saya kereta.
Terus saya call dia
Saya : Hello kev
Kevin : Yes dear. Dah jumpa stell?
Saya : Dah. And whats this?
Kevin : What?
Saya : Car key? U bought me Ferrari ke?
Kevin : *Laugh. Its my car key
Saya : Then kenapa bagi I pulak?
Kevin : Coz now its yours.
Saya : What?Kevin : I tak nak u risau2 lagi pasal transport nak pegi kampus bila balik sini. So u can have my car.
Saya : And you? Naik apa?
Kevin : I bawak motor ke kampus nanti. Ada motor kat rumah ni satu tak ada orang pakai
Saya : Are u sure? I don’t think so la kev. Tak payah la susah2
Kevin : U susah, I susah juga. Biarlah apa-apa yang boleh tolong, I tolong.
Saya : U bagi je la motor kt I biar I pakai motor
Kevin : Tak boleh, motor bahaya. Pakai kereta je ok.
Saya : Kev, I’ll think about it dulu okey. But thanks anyway. Susah2 je
Kevin : Don’t mention. I sayang you.
Haih Kevin ni. Membuatkan saya serba salah saja. papa ada mention nak carikan saya 2nd hand kereta kat sana utk saya pakai 2 tahun lagi. Instead of hantar kereta dari KL byk prosedur pulak. Kenapa la dia nak susah2 sangat nak bagi saya kereta dia nanti dia sendiri pun susah juga tu nanti.
Think think think. Should I take or not…

Tkde la. jgn over excited.....[-_-"]..berangan je tu nak jerit nama kevin sambil berlari2 mendapatkan dia. oh oh
Mana ada kevin. Kakak dia je la datang. Padahal sendiri mengharap bahawa bukan hanya stella yang datang tapi harap yang dia pun ada sekali. Sengal. Dah la pagi tadi sebelum keluar ke Prince Hotel tu dah call kevin confirmkan yang dia ada kat sandakan dan bukan kat KL. Semata2 tak nak terkejut beruang kalau tiba2 tengok dia ada jugak. Dia siap beberapa kali bersumpah yang dia ada kt sandakan. Punyala over excited pompuan ni. sampai berdebar2. sepak diri sendiri. hehe
Stella sampai airport pukul 8 pagi tadi dan ambil teksi ke prince hotel. Sepatutnya saya nk pergi jemput dia kt airport tp dia tak nak terlalu menyusahkan saya so mereka naik teksi saja. Sesampainya saya kat hotel tu dalam pukul 10 lebih stella dah tunggu kt lobi dgn 2 anak dia. Husband dia dah pergi meeting. So, saya take over menjaga bakal kakak ipar (oh perasannyeee tak malu) kt KL ni. Bawak mereka pergi pavillion yang mana paling dekat utk breakfast. Actually lunch la kot sbb dah masuk ke tghari dah. Pergi ke food court tu senang tapi stella nak makan laksa, so kami ke laksa shack dan pegi tapau donuttss.
Lepas makan jalan2 kat pavillion dan temankan stella shopping. Jugak menjadi baby sitter utk anak2 dia. Kesian, kasi la can kat mama dia nak menjamu mata dan spending kt sini so tk kisahla tolong jaga budak2 tu small matter. Mereka pun bukannya lasak sangat. Baik aje. Dalam pukul 2 hantar stella balik hotel sbb budak2 tu dah penat nak tidur.
Saya bgitau mama yang kawan saya dari sabah datang sini 2,3 hari dan kena temankan dia. So mama tkde la pulak banyak bertanya kira okey lah. Stella akan dok kl sampai jumaat. Kalau ada masa lagi saya mgkn nak bawak mereka ke mana-mana la. pening jgk fikir mana tmpt best. Ke genting ke, sunway ke, melaka ke…tengok lah nanti. Ye la tk best kalau tk temankan stella coz she has been so nice to me bila saya kat kk.
Wpun tak ada kevin tp ada something yang kevin kirimkan utk saya. Hehe =) senyum sikit. so happy sbb dia ada ingat kt saya juga. Nanti saya show off sini sbb skrg nak ke dapur dulu.
Mama dgn maktok tgh masak ketupat nasi malam ni nak makan2 sate. Sate order yang mentah saja dan nak bakar sendiri nanti. tp ketupat nasi maktok nak buat sendiri. Family maklong pun nak datang. Kalau ada kevin sekali kan besttt…
Aiii mimpi sebelum tidur ke Arianna oiii..

Oh I just received a call from Stella saying that dia dan family akan turun KL tomorrow. Not the whole family la dia bawa 2 anak kecil saja. since her hubby ada kerja sikit kat KL, dia pun ikut sama. Dia harap dapat jumpa saya kalau saya senang.
No prob memang sangat senang sekarang.
But hope that Kevin tak akan muncul bersama kakak dia la. kalau tidak saya boleh pengsan tengok dia tiba2 kalau dia buat surprise begitu.
[@-@]


Jerebu jerebu
Sesak nafas ku
Kabur pandanganku
Tak ada lagi keindahan pandangan bukit bukau bila bangun pagi. Tiada lagi rasa nyaman dan sejuk angin pagi. Dan tiada embun2 menitis di dedaun kayu sekitar rumah
Orang KL faham perasaan saya. Negeri lain macamana ye? Negeri sabah macamana? ada jerebu jugak ke?
Cuaca macam ni senang nak dapat penyakit tau. Selsema, batuk, sesak nafas. So, jaga diri anda terutama anak-anak anda. Kanak-kanak tk boleh dibiarkan main kat luar lama-lama sangat. Tak baik bila bacaan API (Air Pollutant Index) dah mencecah 101 ke atas. Tapi sekarang ni dalam 70+ so masih kira moderate lagi.
So saya selamat hari ni dari membawa keluar askar ke taman permainan..ehehe. alasan jerebu. Nasib baik maktok dan mama pun menyokong saya.
Okey just for your info utk bacaan API terkini..klik here
http://www.doe.gov.my/apims/index.php?gmap=load&date=2009-06-11
Terasa kena menjalankan tanggungjawab sbg ahli Environmental Science pula
Enough enough.
Saya mmg tk boleh jadik personal driver. Rasa nak muntah pusing sana sini. Dah la bos saya tu pun tk tahu jalan, hanya tahu cakap kat jalan tu, jalan ni saja. Macam lah saya ni google map or GPRS. last2 sempat gi 1 rumah saja saya dah bgtahu maktok saya pening sakit perut dan nak demam. Hehe. maktok pun suruh balik saja sebab dia ingat saya serius jatuh sakit.
Okey, surrender lah pegi Damansara. Kalau dalam KL takpe saya tahu mostly jalan. Kalau keluar KL sikit saya gabra dah. Tu pun nasib lah saya tak bawak kanak2 riang semua. Kalau bawak mesti lagi pening. Nanti mana yang nak singgah pegi toilet, mana yang nak beli slurpee kt 7-11 lagi..
Thanks for the comments pasal There is no friendhsip between man and woman tu. Well, almost 90% tak setuju dgn pernyataan tu. Maknanya lelaki dan perempuan juga boleh menjadi kawan baik. Saya pun setuju juga dah yang sebenarnya berkawan dengan lelaki ni senang nak handle sbb tak banyak sengeh eh songeh macam perempuan. Perempuan penuh emosi sbb tu kami ni unik kan wahai perempuan semua? Dah dah. Nanti kena sepak lagi. Ada readers garang di sini.
Lagi satu, kenapa saya jarang dah cerita pasal kevin di sini?
Well, kevin sihat. Saya dan dia masih macam biasa. masih kental dengan rasa cinta. Cewah. Jgn berbulu. Kevin kerja part time dengan uncle dia. Dia kata kalau tk kerja dia akan rasa bosan dan merindu saya saja which I hope that it is true. Kami berhubung dgn sms, email, ym dan kadang2 3G kalau dia ada coverage. Kevin makin handsome dalam 3G tu which made me berdebar2 everytime nampak dia lambai, senyum, or kenyit mata at me. Huh penasaran sebentar. Saya jarang sebut pasal dia di sini sebab kalau lagi disebut-sebut, lagi
rinduuuuu !!!!!!!!!




says "okey okey, jangan tampar saya. saya tahu hari ni saya gile sikit"
Okey peeps,
Ada orang ym tanya saya kenapa suka keluar dgn ex. Tak jujur dgn kevin ke? Menduakan kevin ke?
Okey, bagi saya… Noa tu adalah sejarah saya. Dgn dia dah lama sangat ceritanya. Makan tahun dah. So between us dah tak ada apa-apa yang involved dengan feeling. Sekarang hanya kawan merangkap jiran saja. dia so far tak ada nak membangkitkan apa-apa yang tak menyenangkan hati saya. Dan saya pun sekarang dah open minded boleh fikir secara terbuka dan waras. Kawan is kawan. Kekasih is kekasih. Lain caranya supaya sendiri faham batas-batas itu.
Saya hairan dah sedih juga kenapa orang tak boleh terima bila kita berkawan semula dengan ex. Kalau orang tu tak melaluinya mungkin susah nak faham. Pun begitu juga kalau kita kawan rapat sangat dengan mana-mana lelaki mula lah orang nk pertikaikan dan bertanya ada apa-apa ke antara mereka? Emmm..
Saya pernah beberapa kali kemukakan pernyataan ini untuk difikirkan bersama kepada kawan2 saya sebelum ni. Then sekarang cuba u all renung2 kan.. setuju ke tidak yang...
There is no friendship between man and woman.

Malam tadi Noa ajak saya ikut dia ke latihan tarian kat Istana Budaya. Saja je ikut sebab nothing much to do. Tu pun saya bawak adik2 sekali sbg peneman haha. Tk de la jakun sangat dok sorang2 takde kawan. Tp nampak sangat macam dulu2 punya style kan kalau nk keluar dgn lelaki mak bapak suruh bawak adik2 temankan. =D. ingat cerita PRamlee Masam masam manis kalau tak silap. Yg perempuan bawak adik dia ramaii makan kt restoran masa jumpa p ramlee. Lawak.
Pergi dalam pukul 8 mlm. Saya bawak keta sbb kalau ikut noa sure lambat dapat balik. Dia kata slalu latihan sampai 1,2 pagi. So pegi sana duduk2 tengok orang menari. Best juga rasa nk menari sama. Ekk tangan cam kayu camana nak menari. Kalau suruh cheer lompat2 tu boleh la. hiksss..
Dalam pukul 10 lebih dah ngantuk si noni. Dah agak dah. Nasib baik bwk keta sendiri boleh la balik je. On the way balik singgah kat pantai dalam beli ayam golek. Dah lama teringin nak makan ayam golek tu. Dah lama tak beli tengok2 rega dia dah naik berganda dah. Tapi masih ramai orang membeli nya. Tp no wonder la ayam tu sangat sedap.
Balik2 rumah terus korbankan ayam tu. Beli 2 ekor baru cukup utk 1 family. Banyak kan makan? Teruk tull..=D. bangun tidur hari ni pun muka pun dah macam ayam.
Alamak bosannye entry kali nie..tkde cerita best la..kalau boring jangan baca..hahaha

Pagi2 Mama & papa keluar dan adik2 semua pegi kelas taekwando. Tinggal kakaknye sorang2 bertaici kt rumah. then rasa lapar dan mahu makan sesuatu yang special. Special apa? Breakfast ada lah mihun goreng tapi tak nak telan je tekak ni. Rasa macam nak makan benda lain. Then tengok baca Archie sambil melepak dengan Daisy. Nak gayut dengan orang tu pun dia kerja masa tu tk boleh kacauuu…errrr
Lepas tu Fahmy call tanya buat apa. Sure saya cakap bosan dan terus tanya dia boleh temankan saya pergi makan. Okey je dia terus datang ambil. nasib dia tk bz sangat hr ni. Dalam pukul 9 lebih dia dah sampai. Suka sebab dapat keluar.
Then fahmy kata rasa macam nak makan daging salai masak lemak tempoyak. Mana nak cari tu. Ingatke dia nak ke kampung baru atau kampung kerinchi ke (kampung kerinchi buat ape..?). tapi dia terus zoom ke seremban. Tak ingat punya nak melayan nafsu makan sampai ke seremban jadiknya. Tapi saya suka sebab ada geng yang craving for food gile-gile macam tu.
Fahmy dah tahu tempat mana nak makan sedap. Restoran tu jual banyak masak lemak tempoyak ni. Ada ikan, ada daging, siput sedut, telur ikan, ikan patin. Semuanya masak lemak. Dah tu tak boleh beli sikit2 semua dia dah letak dalam mangkuk nye. Katanya dah timbang. So, fahmy makan daging salai lemak dan saya ambil telur ikan lemak. Sangat sedappp.. bertambah nasi saya macam makan kat rumah pulak rasanya. Hehe.
Nama kedai sorry saya tak take note sebab masa makan lupa segalanya. Nama tempat atau jalan pun saya tk tahu tp mgkn orang nogori tahu la kan?
Syurga la kalau dapat makan best macam tu even pergi jauh2 pun tk kisah punya.
Aduhh kekenyangan. Ngantuk lak mata ni….daaaa


We went to PD today. A real one. kadang2 kalau papa janji tu tak jadi. sbb dia bz. kami kena faham walaupun kadang2 ada yang merajuk. tp hari ni nampaknya it happened. =).
Keluar rumah dalam pukul 3 lebih dah tadi. then sampai pd dalam pukul 4.30 rasanya. adik2 nak mandi laut tp ramai sangat orang dan papa kata nampak macam air besar. so he a bit worried la. not to turn them down, kami pergi Bayu Beach saja lah. mandi kat kolam sana. boleh la asalkan ada aktiviti mandi manda. Me, tak mandi la. just watching them.
Masa kat sana terserempak pula dgn kawan sekolah, Lisa. She reminds me of something. Haha. it was in high school punya cerita. dem funny kalau diingat2 semula. never mind..
after that we went for dinner dalam pukul 7 lebih, kat sini.
Biasanya mmg kami akan ke sini kalau nak makan seafood2 ...tried several times. mmg best. dan saya selalu tak lupa nak order siakap lopong ni. kan mulut dia melopong tu...=D LOL. deep fried. sangat sedap. tak pernah nak jadi kalau masak sendiri. Besides this ada ketam sweet sour, sotong tepung dan butter prawn.
Kami balik pun dah pukul 9 lebih. sampai rumah terus bang bang bum. tido la semua orang. penat. saya yang normal masih berjaga..standard la. burung hantu ..=)
i appreciate bila dapat berkumpul begini. dan sangat bersyukur.
