Saturday, August 29, 2009

Won't forget this

I remembered those times at SMKSA. I was kneeling down, pouring tears, for some reason lah.. and suddenly I realized, kenapa Allah pilih saya untuk ujian yang sebegini. And I answered myself, because Allah wants me to be stronger.

Then i started to think, maybe i should start putting ALL my trust in Him, for He WAS & always IS there. What a fool i was to think i was alone all along.. Thats why im feeling so crappy.

I have a feeling this is not only what im feeling, but its something that i should put this here, that someone who feels the way i do, may terase too ;p :) Happy Merdeka !

I just texted Kevin to say thanks for sending me and waiting for me at Masjid Negeri last night. Since I wanted to perform terawih kat sana yesterday, he volunteered to give a lift for me as he didn’t want me to drive.
How I felt when performing the prayer? Something I can’t describe in words. The feeling like please Allah blessed the man who is waiting for me in the car outside the mosque.

post signature





Friday, August 28, 2009

DG Family lah pulak


kevin nak ambilkan saya satu nombor Digi untuk saya pakai.
Sekarang dia pakai postpaid dan katanya dia boleh ambil supplementary line untuk saya supaya kami boleh call and text secara FREE.
Ye FREE.

Skrg saya pakai Maxis dia pakai Digi, dia punya bil dan saya punya prepaid boleh tahan la setiap bulan. Tapi biasanya dia yang lebih menanggung beban sbb saya kdg2 miss kol je bila saya tk ada kredit =P

So, lepas ni kami akan kurangkan bebanan bil masing2. Thanks to Digi
Tapi kan lepas ni dia dah boleh finder saya…[@-@]”

TAK SUKE !

post signature







Mari bersama Wazata Zain

Everyone was late to tutor today. Reason being is fasting month. Dengan harapan Miss Jay memaafkan kami. Tapi kena la jugak sedas dua baru dia setuju nak teruskan tutor. Garang jugak dia tu. Pheww! ..Takutt…
Saya pulak banyak bermimpi dalam kelas. Sampai saya lukis circle seratus kali baru lah tutor habis. Otak jem sungguh. Mungkin sebab tidur tak ikut time sekarang. Saya tengok orang lain pun sama.

Oh malam ni saya rasa nk pergi terawih kt masjid negeri. Mesti ramai orang hari ni. Rindu nak terawih kat masjid yang besar2. Kalau kt kl mesti papa bwk kami semua pergi blue mosque utk terawih beberapa kali setiap tahun. Lain rasanya kalau terawih kt masjid besar. Rasa something grand and great. Don’t know how to explain now. My brain is not working officially today.

I passed the choir group practissing in the hall just now. It was so LOUD! I & yaya stopped and went “Where do you get your energy from?”.

Haaaa…


Here I got a few tips I read recently about your diet dalam bulan puasa.


*Pertimbangkan keadaan saluran pencernaan yang sudah kosong selama l/k 14 jam, so masa berbuka mestilah jgn terlalu gopoh. Mulakan dengan portion yang kecil

*setelah berpuasa, cairan dan kadar gula dalam darah menurun. Maka, selepas makan kurma sebiji minumlah air yang manis atau makan kuih2 yang manis. Supaya paras gula menjadi normal dgn segera

*seeloknya kita makan makanan yang ringan dahulu dan berhenti makan untuk solat maghrib. lepas tu barulah makan makanan berat seperti nasi dan sumber karbohidrat lain.

*Mesti minum sekurang2nya 2 liter sehari dalam bulan puasa

*Cuba elakkan makanan berempah kerana ia membuatkan badan panas dan kering

*Cuba elakkan cafein kerana ia membuatkan badan cepat kehilangan air

*Cuba elakkan makanan bergas spt lobak, nangka. Dan juga air gas.

*sebelum tidur malam ambillah segelas jus buah
.


Tu semua yg saya boleh fikirkan skrg.


Jumpa lagi dalam rancangan Cumi & Ciki di bulan ramadhan. Byeeee !!

post signature





Thursday, August 27, 2009

Merepek sebelum berbuka

Mama must be bz cooking now. Saya nak call dia tapi takut saya tension aje dengar dia masak best2. Kalau dia kata dia masak nasi tomato lagi saya sedih. Hari ni berbuka dengan apa-apa saja yang ada kt rumah. Isk isk. Tak ada orang nk teman saya berbuka hari ni. Semua orang tak balik lagi. kevin pun ada kuliah ganti sampai malam. Tak dapat dia nk teman saya.
Mungkin boleh calling2 jiran kot tengok mgkn mereka ada kt rumah. nak menumpang kasih untuk berbuka saja. tk boleh berbuka sorang2, sangat sunyi. =(

Saya nak murtabak, roti john, pulut bakar, otak-otak dan air mata kucing. SOS. Tolong saya.

Saya hanya makan ni untuk sahur.



Sebab tu saya rasa macam badan sangat tidak cukup zat hari ni. Sebab tu malas sangat nk buat kerja. Semuanya salahkan makanan. Bukan otak saya yg malas…heh???

Note nak kena sepak : rasa nak pasang air-cond lah kat bilik. macam makin panas je kt sini. haha! mmg gedik pon, tapi selagi tak guna duit korang, korang senyap je ok? Wekkk


post signature














DMFYCLIAP

ROFL = Rolling on the floor laughing

BBFN = Bye bye for now

DBU = dont be upset

DMFYCLIAP =delete me from your contact list i am pathetic

Yang biru tu i yang create short form tu.

Hahahaha...

oiii sapa makan ni bau kari laaa !!!!

post signature





Wednesday, August 26, 2009

SMS = ?

Lets forget about lecture been cancelled and I took bus back home!
Grrr….

Saya terima sms ni dari coursemate saya. Sblm tu saya tanya dia free tak on Sunday nk buat group meeting.
Dia reply begini

Sun..nt sure..nd 2 chk..cz mbe go to cousin hse

I stared at nd 2 chk for a 10 seconds tried to resolve what is that supposed to mean.

Mungkinkah saya blur di bulan puasa atau ini adalah common texting using a very complicated short from which make it even longer?
Saya mmg tak pandai sangat nak short form bila ber sms. I rather keep it as easy to read as it can to make sure receiver get what I mean.

If you are so terrorrr, don’t laugh first aaaa…

What about this?

ROFL = ?
BBFN = ?
DBU =?
DMFYCLIAP =?





post signature







ZzZzZzZz

Yesterday berbuka puasa dengan 2 jejaka Malaya semua okey. Tak jadi ke Asia City sebab tk dapat parking. Ramai sangat orang so sidd ajak pergi 1B foodcourt saja. Kami sampai pun waktu dah masuk. Terlambat 15 minit gara-gara tukar lokasi. Besides that semua okey. Mereka berdua baik2 saja. [@-@]”.

Last night pulak tak dapat tidur sangat. Sebab study, tertidur. Lepas tu bangun study, tertidur lagi. OMG. Teruknya prestasi. Dalam pukul 3 lebih macam tu saya ke dapur tengok apa yg ada dalam peti ais utk dimasak. Ada chicken cube. Brokolli and carrot. And ikan tenggiri masin. So, I cooked sup sayur and goreng ikan tenggiri. Buat sambal kicap sikit supaya ada rasa pedas. Lagi pedas lagi berselera. As soon as ikan tenggiri masin masuk dalam kuali, 1 orang housemate pun bangun.
“Yey! Yana masak”
Lepas tu 1 orang lagi bangun
“Sedapnya bau, nak join bolehh…?”
Ye la mmg masak untuk 3 orang pun. Marilah bersahur bersama-sama.

Sambil makan sambil bercerita. Macam dah lama tak jumpa. Sebab everyone selalu ada hal masing-masing. Kak Min dengan kerja dia dan kawan-kawan dia. Yaya pulak lebih dengan Norman sekarang. Saya je yang free. Ceh.

Lepas sahur saya sambung baca quran. My mission nak cuba baca sebanyak mungkin juzuk dan mengambil sebanyak mana pahala bulan ramadhan ni. Insyaallahhh…dah hari2 biasa banyak berbuat kesalahan dan dosa. So, nak beringat2 la minta ampun semua. God is great. Allah maha pengampun lagi penyayang.

Lepas tu tk tidur dah. kevin ambil saya ke kampus pukul 8am. 8.30am masuk test. Kevin ambil sebab my kelisa tak boleh start malam tadi. Petang ni kevin nak tolong tengokkan. Why why. Saya tak pandai jaga dia kot sbb tu dia mogok tak nak jalan. =P.

Sekarang kt library tunggu next kuliah pukul 2. Habis pukul 3 tapi kena tunggu kevin habis kuliah pukul 5. Or tumpang sesiapa balik or naik bas saja kalau malas menunggu kevin. Emmm…ZzZzZzZz

post signature





Tuesday, August 25, 2009

Hari yang meletihkan

I had a dilemma.
Kevin nk buka puasa dengan saya lagi hari ni. Pergi tempat sama. Sebab semalam we ate the most delicious ikan bakar in the world! Mungkin sebab terlalu lapar jugaaa….kevin makan 3 ekor! Saya 2 je…tu pun masih sempat curi kepala ikan kevin.

So, kevin kata dia akan siapkan kerja dia cepat2 hari ni and make sure dia ada depan rumah saya pukul 5.30pm. On the other hand, Sidd pun ajak saya keluar berbuka sama. So untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak. Marilah kita pergi berbuka bersama-sama. Dua-dua setuju. So kami bertiga akan sungkai sama-sama lah.

So, no more dilemma. Nasib baik dua-dua lelaki itu setuju.

Hari ni full lecture. Penat. Letih. Haus. Lapar. Gulp. Tak baiknya banyak lak komen. Cuba lah bawak bertenang sikit Arianna.

Esok ada test Psikologi Sekitaran. SO tonight I cant enjoying my sleep too much as yesterday. I have to stay up late for study. Coz it will covered 2 bab. 2 bab beb. Bukan senang. Mati kalau tk boleh jawab esok sebab ia carry marks 10%. Itu adalah sangat banyak.

Yaya semenjak puasa ni tk sempat dia nk berbuka dgn saya. Tak apalah, saya pun tk sempat berbuka dgn dia. So, 0-0 !
Kak Min pun sama. Everyday dia keluar berbuka dgn kawan2 dia. Dapur rumah ni pun tak berasap. Cuma sahur je kdg2 ada orang masak maggi. Kesiannya.

I have to take my bath now. Bye bye. Selamat berbuka =)

post signature





Monday, August 24, 2009

Hureeyy!! Berbuka dengan kevin

Sambil on9 kan sambil telek-telek gambar makanan kat blog orang. Alahaii kurus la pahala puasa macam ni. Tapi rasa macam craving sangat dengan semua jenis makanan. Ini baru 3 hari puasa. Nak tunggu 30 hari! Apelah teruk sangat puasa tahun ni. Selera melampau2.

Tapi kan kevin dah janji nak temankan saya berbuka hari ni. Kami nak pergi Asia City. Katanya ada pasar ramadhan. Hopefully ada la makanan2 utk bulan puasa. Dia pun kesian dgn saya sebab saya dah komplen tak selera nak berbuka dengan pisang goreng.
Nanti ½ jam lagi dia datang ambil. Happy happy.
Kevin pun tengah gile nak makan banyak2 sebab dia kata dia puasa juga hari ni. Dia kata nak belajar puasa. Dia nk tahu macamana rasa berlapar seharian. Nak rasa bagaimana caranya kita menginsafi diri.

And of course la dia nampak letih sangat. Kesian dia. Jumpa kat kampus tadi pun muka macam tak bermaya je. Haha. Saya suruh dia buka je dia tak nak. Okeylah since you kan strongg gitu!
At least saya ada teman nak berbuka.

Kawan2 kt semenanjung, best ye you all makan2 kat sana. Kalau gi bazaar ramadhan hari ni tengok2kan nasi tomato utk saya ye !
Selamat berbuka ….

Oh jgn jelessss, kami berbuka pukul 6.27pm ! =P

post signature





Homesick la...apa lagi

Homesick homesick!
I hate it.
Isk isk…=(
I’ve no mood to do anything.

Malam tadi sampai kat KLIA sedih peluk2 semua orang. Mungkin sebab sekarang ni Ramadhan. Emo being away from home is stronger than usual. Coz Ramadhan and Syawal is the time you need your family most. =(
Sekali saya cakap
“Ma, I don’t feel going back to KK”
That made my mum more sad. Silly me of saying that.
I shouldn’t ! You know laa how a mother feels if her child says that kind remarks.

Kenduri all went well. Sangat meriah dan kekeluargaan. I felt more loved among families bila semua datang cari saya nak jumpa tanya khabar. Rasa macam disayangi pulak. Padahal mereka kan jarang jumpa saya, of course bila saya ada semua nk say hi to me … oh oh Arianna macam kurang kasih sayang pulak. =P

So tired the whole day yesterday. Tapi tak nak missed pergi pasar ramadhan membeli ayam percik, ikan terubuk bakar, murtabak, tepung pelita, onde-onde dan agar-agar buih. Amik. Tamak. Sebab di KK tak ada jual kuih utk berbuka. Most of the time hanya makan pisang goreng untuk berbuka. Ya. Pisang goreng.

Di airport KK memang saya ditunggu oleh kevin. Dia kata dia dah sampai as soon as my flight from KL depart. Dia kata tak sabar nak jumpa saya. I miss him too. Tak baik saya cakap saya mcam tak nak balik KK lagi sedangkan kevin ada kt sini. Tapi kalau saya tak nak datang KK lagi, saya mesti bawak kevin ke KL sama. Nak ke dia ikut saya? I never asked him laaa…

Macam biasa rasa macam nak berlari2 peluk dia bila nampak dia tersenyum kat arrival hall. Rasa saja lah. Takkan la pulak nak buat begitu. Saya sangat suka saat itu everytime saya sampai di KK airport. When he said ‘Hi sayang. I miss you so much’
Ye ye I miss you too very much. Lain kali I take you home for cuti eh? Haha berangan.

We spent 2 hours kt airport chatting sebelum dia hantar saya balik. So KK airport dah masuk senarai tempat romantis. Haha


My brother tried to show his protest when i said i'm going back to campus. I marah dia ckp jgn jadi little boy...tapi im missing him now... =(

post signature










Saturday, August 22, 2009

Pertama Ramadhan

Cantik je cuaca hari ni.
Tak panas sangat, tk sejuk sangat.
Lepas bersahur tadi saya tak tidur.
Saja nak menikmati hari-hari terakhir di rumah.
Mama masak nasi ayam untuk sahur pagi tadi.
Dan seperti biasa saya yang bertugas mengejutkan adik-adik.
Hari pertama semua bersemangat.
Tak perlu 2 kali panggil semua dah turun ke dapur.
Adif, Iman, Noni makan berselera.
Seperti biasa juga Papa akan tunggu kt meja makan sampai anak-anak semua habis makan.
Lepas zohor nanti maklong, makngah sefamily akan datang.
Membantu mama memasak.
Malam ni kenduri.
Mama nak masak apa?
Nasi tomato.
Kuzi ayam.
Daging berempah.
Sambal udang.
Acar masak.
Kuih tempah aje.
Jemputan kata tak ramai, tapi dekat 50 orang juga.
So, malam ni semua berkumpul berbuka bersama.
Mama kata kenduri ni pun untuk baca doa selamat untuk anak-anaknya.
Semoga semuanya selamat.
Especially saya yang selalu jauh dari keluarga.
Touching la mama cakap macam tu.
Okey, saya nak keluar pergi Giant ni.
Nak beli buah-buahan untuk pencuci mulut.
Giant dekat je.
Buah apa nak beli ni?
Mama suruh beli buah yang biasa orang buat kenduri.
Buah tembikai ke, oren ke.
Tapi saya nak beli buah-buah yang lain sikit.
Kiwi ke, plum ke, persimmon ke.

Okey ke?...hahahaha

post signature





Friday, August 21, 2009

Selamat berpuasa




Saya dah lalu depan ni dah lebih seratus kali tapi tak pernah sempat nak singgah. Tiba2 teringin tapi esok dah nak puasa =(

Apa-apa pun..selamat berpuasa semua.

Malam ni terawih jangan lupa ye!

Seronoknya hari pertama puasa bersama family...nasib baik saya balik KL. Esok papa nak jemput Saudara dan jiran berbuka puasa sempena hari pertama puasa. Kenduri2. Macam dah lama tak buat kenduri kat rumah ni. Suka sangat kalau ada kenduri. Cuma penat je lah. Eleh macam dia lak yang masak-masak. Tapi biasanya ai memegang jawatan ketua hiasan dalaman dan luaran. Alih2 sofa, kerusi dan meja semua dan bentangkan tikar. Clearkan pasu2 bunga supaya senang parking dan banyak lagi. so I’ll be buazy ye. Plus flight balik KK hari Ahad malam. Kali ni rasa sedih pulak nak balik sana. Sebab macam cepat sangat masa berlalu seminggu kt rumah. tak sempat nk mesra dengan adik2 betul2 sebab mereka sibuk dengan sekolah dan kelas petang. Tak apalah sebulan je, nanti balik raya pulak =D. owhh seronoknya tahun ni macam banyak pulak balik KL.

Okey, mama dah panggil2 ajak meeting apa nak masak, apa nak beli.

OPss,, thanks for your comments. Saya baca semua tapi tk sempat nk reply satu2. I have very limited time on9 sekarang. Catch u later. Thanks for that. I love you all. MMuahh!



post signature


















Thursday, August 20, 2009

Sangat adorable

Saya : Hello how are you?
Kevin : Hello. Fine dear. And you?
Saya : Im good. Kat mana tu?
Kevin : Kt rumah lah. Tak ke mana.
Saya : Okey. Want to ask something.
Kevin : Tanya lah..
Saya : Still mad at me?
Kevin : No. (take time to answer so dia masih marah la tu)
Saya : Then why you keep silence?
Kevin : Silence is the best way of talking.
Saya : Wow! Amazing. But I don’t get what you mean. Sorry…
Kevin : You know that I actually have plan for us if you are here?
Saya : You didn’t tell me so I would not know.
Kevin : Its supposed to be a surprise.
Saya : What is it? Surprise apa?
Kevin : Now there’s no surprise anymore
Saya : Good. Anyway I don’t like surprise.
Kevin : Tell me about it…
Saya : Really !
Kevin : Why you did that to me?
Saya : Did what?
Kevin : Left without telling me.
Saya : Just need a break. Anyway im at fault. Sorry.
Kevin : Frust laa .
Saya : Im sorry. Minta maaf.
Kevin : Kena bayar gantirugi kalau nk dimaafkan
Saya : Well, apa yg dah u rugi?
Kevin : Masa.
Saya : Masa apa?
Kevin : Masa I habiskan kebosanan.
Saya : Kesian. I ada ramai kawan kat sini. Tak bosan
Kevin : I tahu.
Saya : Haha. Lagi kesian. Tapi u masih sayang I ke?
Kevin : Of course. Takkan sebab tu I tak sayang you.
Saya : That’s all I want to hear. So, I can continue enjoy my holiday here with my friends.
Kevin : Teruknya...








but actually i dont need friends. i have theseee



post signature






























A brighter day today.

Todays a good start for me! :) I woke up pretty early, 6.30am. Which is earlier than all the other days home okay! Maybe i should wake up early more! heee. I should really find something better to do because I got nothing to do today.

Live life to the fullest, live everyday and don't plan for tomorrow or worry, because its TODAY and we should make it the best! :) Feelings, thoughts, desires, cravings! worries, dont think too much! =D what im mumbling about????

The day before mmg I a bit emotional. Sebab saya sedih dengan kawan saya tu. Saya tak ada niat nak putus kawan cuma sebelum ni dia tak nak face up saya. Dia macam nak diam diri saja. at least dia bgtahu saya kenapa dia buat begitu. tentu ada sebab sesuatu perkara itu berlaku. kalau saya tahu cerita sebenar tak ada lah saya nak frust sangat. Then saya terbaca entry kt blog dia pasal saya. Dia kata dia minta maaf dan sayang saya. Sedih lah saya.

Okey. Harap dia baca entry saya dan I wish her all the best!.

Bla bla blaa…okey dah dah

Semalam sangat buzy from morning after I volunteer to send the children to school I went to Pantai Hill Park to visit my friend, Shaza. She just lost her car. That’s why I went there konon nak berkongsi kesedihan. But end up we tak ada la sedih sangat pun. Macam biasa saja berborak. Main game. Masak-masak. She cooked for me Italian food. Sebab step father dia orang Italy so dia sangat pandai masak pasta and all kind of that.
Hanyalah gambar pasta

We then called few other friends to join. Yang dah lama saya tak jumpa. Surprisingly one of them dah kahwin. Saya tak tahupun. Rupanya dia macam nikah gantung saja sebab husband dia nak further study oversea. dan dia tak ikut. Perlu la juga ikatan supaya lebih terjamin ye kan. semoga berkekalan Abby. happy for you.

parked my car infront of her condo and she lost her caldina at the same place. scary...

post signature

















Wednesday, August 19, 2009

(Tiada tajuk yang sesuai untuk nilaikan sebuah persahabatan)

I saw your entries about me…

Hidup hanya sekali.
Tidak guna ada dendam dalam hati.
Persahabatan tak boleh dijual beli.
Siapa yang dapat lari dari kesilapan. Kita adalah manusia biasa.
Saya maafkan awak atas sebab yang awak berikan.

Walaupun selepas ini mungkin sukar kita nak mesra seperti dulu tapi saya akan tetap kenang awak pernah menjadi sahabat saya.

Semoga awak berbahagia…
Saya sayang awak juga.

post signature





Tuesday, August 18, 2009

Fringe ?

You know what, today i was talking to Mama about my hair.. I MISS MY SHORT HAIR. :( i really do....

I remember all those years back, i used to have short hair. Now, its been like 2, 3 years already i haven gotten a real haircut! Just trim2 a bit saja adalah.

but u know my mum really had an issue with me sometimes when I asked her permission to cut my hair. so that's explain why i jarang get my hair cut short. Question like “Mama, kakak nak potong rambut pendek ye?” can turn into a big issue! Seriously ! and I'm not kidding!

and ..I’ve been thinking to get a fringe ! Fringe is super cute isn’t it?

But depends on one’s face la.. but for me I don’t know if its suits me.

They looked so adorable with fringe looo…jealous !






post signature












Ever wonder...WHY

Why .....do people order double cheeseburgers, large fries,
and a diet coke.


Why ...do banks leave both doors open and then chain the
pens to the counters.


Why ......do we leave cars worth thousands of dollars in
the driveway and put our useless junk in the garage.


Why . .....do they have drive-up ATM machines with Braille
lettering.


Why…. the sun lightens our hair,
But darkens our skin ?


Why…. is it that doctors call what they do
'practice'?


Why….. is lemon juice made with artificial flavor, and
dishwashing liquid made with real lemons?


Why….. is the man who invests all your money called a broker?


Why….. is the time of day with the slowest traffic called rush
hour?


Why…. isn't there mouse-flavored cat food?


Why…. do they sterilize the needle for lethal injections?


You know that indestructible black box that is used on
airplanes? Why…. don't they make the whole plane out of that stuff?!


Why… are they called apart-ments when they are all stuck
together?


If flying is so safe, why…. do they call the airport the
terminal?




post signature







Fun time !


I finally watched ALIENS IN THE ATTIC! Sorry my dear, i couldnt wait to watch with you. Although we promised to watch it together, you are up in Sandakan, so i decided to cheer myself up with a movie with my family. This will plus another frustration to you. Im sorry though…

Id love to watch it again ! So I don’t mind the 2nd time with you. =D

We went to Sunway Pyramid yesterday at 7.30pm and catch the 9.30pm show. Lucky papa was sooo understanding last night. Since today is a school day, papa normally will not allow the kids to stay up late. But since kakak dia ada, papa pun join sama. Yabedabedu!



Before that we had our dinner at Jack’s Place. I ate steak & fish combo. See??? Combo lagi. I ate a lot when I’m happy…. and when I’m sad. Haha. So when is the time I eat less? Anyway, dah nak puasa kan. So I deserve to enjoy the food sebelum puasa. Teruk.

I had fun time with my family although my mind is still thinking of him. Dia masih marah kottt so saya tak nak keruhkan keadaan. Let him take his time. Saya bukan pusher nak push dia maafkan saya cepat2. Terserahlah kalau ada lagi, adalah tu. But of course I still love you Kevin. You yang ajak I bercinta. You kena sabar dengan i. Haha tetiba.



post signature













Monday, August 17, 2009

I'm bad ! I'm bad !

Sometimes I feel like I don’t like people who is too care..
Because im not a small child. I always complaining this.
But when people don’t care much, I also complaint. So, I am miserable. Not them.

Im back to KL coz I merajuk.
I wanted to spend the sem break with my girlfriends. My neighbour tu. Mereka sengaja ambil cuti sebab nak spend time with me ajak pergi holiday kt pulau. But when I told kevin, he didn’t agree. He said that I don’t really know them. He was so worried. I was upset. I don’t want to put him aside, and I don’t want to argue much. We did argue actually.

So, on Saturday morning I called my mum. Nekad nak balik. Mama tak marah. Dia lagi happy saya nak balik. Tapi dia cakap saya ni suka berubah fikiran. Anyway, she got me ticket petang tu jugak and I flew on Sat night back home.

Home sweet home. But a little kejam coz I only informed kevin that im going home 5 min before I checked in at the airport. Saya tahu dia macam frust dgn saya. I feel bad… until now. Hope dia masih sayang saya...

post signature





Baiklah saya tak auto play

Thanks for voting ! skrg baru nak say thanks, takpela ye saya sikit bz. bz jalan-jalan, bz makan-makan..

Skrg saya setuju yang ramai dari kita tak suka autoplay song kt satu2 blog.

Reason being? Bising atau lagu tak sedap atau sukakan ketenangan ketika baca blog...atau apa-apa sahaja yang penting kita happy !

Tapi saya masih nk letak player dlm blog. kalau sesiapa nk dengar lagu yang saya dengar just scroll down kt side bar tu saya letak player dah.




=)


post signature






Rasa best !

Mama kata hati saya tak tetap.
Sekejap tak nak balik, sekejap nak balik.
Tapi pasti mama sayang saya sebab dia dapat carikan tiket dalam masa 2 jam sahaja.
Love you mama!

Oh gembiranya hati bila dapat tengok klcc....



post signature










Saturday, August 15, 2009

sem break - i need a break

SEM break is here! 1 week off but i have nothing planned. Adakah?

Actually i had one. Had one!...Urghh !!! Imagine a break away holidays with girlfriends on island..imagine! But suddenly someone doesn't really like my idea.

And i have to consider him. Even my heart is screaming now.

Or maybe im just TOO SENSITIVE or thinking too much...

Its 1.05 am and i haven ate my dinner thats lying on the table.

OUT.


post signature









Friday, August 14, 2009

Tak ada apa nak update



Today 2nd lecture had been cancelled. So, I and my coursemates went to the the library to spent our time there while waiting for the next lecture, we took a table at really the end of the world. So that we can do our own business (surfing, chatting, playing games). This one of my friend went to surf a website for those yang ‘mencari jodoh’. That’s real! Siap ada phone number calon2 yang mencari jodoh lagi. Its cool but like …weird. Funny maybe. but I respect those people because they are so brave tu put the phone no as well.

So, the girls started to click2 to see the most handsome man yang mencari jodoh. We started to laugh.
The boys pulak bukan nak tengok saja. siap kutuk2 lagi. so bad they all!

And Jeff said “Let send them sms!”

He sent to one of the girl *Hai boleh berkenalan. Nak cari calon suami ke? *

Then to another *I love you. but you look ugly! *

Then a minute later Jeff said “ I feel so bad la..better I apologize to her”

Shasha “They didn’t reply. I rasa nombor tu palsu la. So, don’t bother”

Jeff : “Nemind, I nak send jgk”

Then he sent *im sorry. You don’t look ugly *


HAHAHAHAAAA budak-budak gile.

post signature





Layan FB

What quiz in FB said about me being a student ......resultnya


Kadang2 betul jugee...hihi



Dan juga kuiz tentang pasangan yang sesuai utk saya dari negeri mana....resultnya


iye ke????
Yehuuu yipee yipee !
=)

post signature









Thursday, August 13, 2009

Whats funny

i've been feeling high & low lately. i mean, not for any attention but i guess i just feel so. sekejap ok sekejap down.

i miss my best friend. that crazyhead girl goes faaaar away from me since she has a boyfriend! Haha. but i still sayang you yaya! cuma i rasa rindu nak berkepitttt dengan you siang malam macam dulu. Now you have to split your time i understand but im still complaining !!!

well, thank God i have my other darlings here:) Thaank youuu sooo much for even trying so hard to cheer me up ! haha. they always ask me to go to their house if they dont fly. berkawan dengan stewardess, rasa macam saya sendiri dah hafal jadual penerbangan MAS. sebab mereka semua asyik update saya bila mereka fly dan off. tonight i went to their house lepak-lepak since most of them ada di rumah. we all bukan saja lepak tapi masak-masak juga.



I did the marinade thing...they grilled.

While we had our bakar-bakar session sambil gelak ketawa someone knocking on the door to tell that he smelled something burning.

Dont be funny la abang, kita tengah bakar ikan of course you could smell like something burning. But not even sekor pun ikan yang hangus.

Anyway, we take it as you just wanted to be a good neighbour. THANK YOU



post signature

uhh! it's 3am now. i am a burung hantu again !










Wednesday, August 12, 2009

Autoplay atau tidak?

Sebenarnya saya suka letak muzik kt blog ni. sebab saya suka bila buka blog saya ada lagu kegemaran sendiri. Layan jee.. macam lagu Realize ni, best kan? cakap lah besttt...cakap!

Tapi tak semestinya lagu feveret saya tu adalah feveret di telinga orang lain kan. betul juga.

so, you decide- nak autoplay atau tidak. saya ikut je.

sila vote kat TEPI ni ye ----->.

voting is for 2 days only. =)

post signature





Tengah malam

Tahu kan lagu ni? One of my favourite song.

Realize by Colbie Caillat. Saya dah letak lagu ni kt player blog ni. Hope you like it.

For now, jom kita karaoke sama-sama....tk boleh tidur la dah pukul 2 pagi ni...Emmm

post signature





Tuesday, August 11, 2009

a.s.a.p

about the last few posts, yes. im a girl. yes.. im sensitive..sometimes insensitive.

i tak buli my boyfriend. itu nk manja saja. sebab kadang-kadang dia tanya whether i love him or not sebab saya jarang bgtahu dia saya sayang dia. so, bila saya call dia malam-malam cakap saya teringin nak makan sesuatu, dia akan rasa penting. kan kan?

anyway, studying has been hectic, as usual. Im sure everyone is pretty busy with everything now. dari pagi sampai tengahari, tengahari sampai petang. rasa macam berumah di kampus saja. kadang-kadang penat. kadang-kadang seronok. kadang-kadang tertidur dalam bilik solat. terkejut bila ada orang call cakap kuliah dah start where are you? Saya rasa semua orang akan rindu campus life lepas mereka habis study kan?

with this H1N1 going on...i pray and really hope that all of us will be fine. My friends, my family, my brothers and sister. they are little kids. please take care of them ya Allah. rasa macam nk cakap mama kuarantin saja adik-adik kt rumah jangan bagi pergi sekolah. Hopefully government is working out on this a.s.a.p

a.s.a.p = always say a prayer

a.s.a.p okey !

post signature





Not ready not ready


Tengahari tadi bila saya masuk café nak pergi makan, saya nampak kevin tengah makan dengan 2 orang. Nampak macam bukan student situ. So saya guess it must be visitors. Mungkin saudara dia. Saya terus pergi kaunter makanan. Bila kevin nampak saya dia sms.

*Dear, its Mummy & Daddy*

Saya reply

*Okey =)*

Kevin reply

*Nak jumpa tak?*

Saya reply

*No no *

Kevin reply

*Why not? Let me introduce you*

Saya reply

*Not now*

Kevin reply

*Okey. But I really want to introduce you. Want them to know the one who I love*

Saya reply

*I know. Me too… but im not ready*

Kevin reply

*okey…=( *


Sooooo… memang saya tak ready. Gile ape nk jumpa sekarang. Tak nak la sebab tak plan. Nanti semua tak menjadi. Buruk je. Haii macam jauh je lagi perjalanan saya dgn kevin ni. Semuanya saya tak sedia. **Big sigh…

post signature





Slap me

Watch watch watch. Cornetto commercial...$&*@$@*&@*&$)&

"Hey! I want. I want ice cream !"

"Okey okey.. go and buy and shut up"

I tampar bontot yaya. Padan muka dia.

Uh! what should i do? Tak tahan my saliva dropping. =),,

Let's call him. Hello ..bla bla bla. teringin...bla bla...dah lama....bla bla.....vanilla....

Okey, you wait. FUHHH [@-@]"


He just dropped by and spoiled me with this...yey!


Kev, i don't say this everyday but .....I love you ! you are as sweet as this ice cream


post signature







Related Posts with Thumbnails