Falling for him for the 100th time when i listen to this song ... ;)
Actually nak reply komen Elyn yang nak datang KK bulan depan, tapi dah terpanjang taip ni eloklah buat entry saja. at least siapa2 yang nak dtg sabah pun boleh fikir-fikir nak melawat apa bila sampai sini.
Elyn, saya tak reply lagi your msg kat Facebook kan pasal tempat2 yang best nk pergi kat KK. Sorry ye..
Reply sini boleh? Hihi
-Elyn cayang, kalau nk makan bakso best pergi la ke kampung Air.
-Elyn juga boleh buat island hopping, naik bot dari kk jetty. Not more than rm20 perperson.
-Mesti pergi kundasang kalau tak pergi Gunung Kinabalu pun. Memori kalau dapat ambil gmbr gunung wpun dari jauh tau.
-Kalau ada masa lebih boleh pergi poring hotspring.
-Nak pergi taman buaya pun ada kat sepanggar. Cuma jauh sikit ke dalam. Tapi on the way ke sana boleh singgah minum air kelapa bakar dengan makan kepah besar…sedap. Tak pernah jumpa kat KL kepah sebesar itu.
-Then kalau nk shopping mutiara boleh pergi pasar philippine. Kalau nk gi modern and largest shopping mall, pergi la 1borneo.
-Kalau lalu Likas boleh singgah solat kat masjid terapung kat Likas tu. Cantik masjid nya.
-Sunday mesti pergi Gaya Street okey. Macam-macam ada kat pasar minggu tu. Herbal, kraftangan, pets pun ada. best.
-Then, malamnye pergi la Waterfront. Kitaorg suka lepak sana malam-malam. ;)
-Elyn boleh juga pergi KK Wetland Centre…tempat pemuliharaan hutan paya bakau. Pernah pergi sana, best jalan2 dekat titi merentasi paya bakau. Something different to see. Entrance fee dia kalau tk silap rm3 kott…
-Lagi, kalau nak tengok binatang, boleh pergi Wildlife park kat Lok Kawi. Tak jauh dari KK juga.
-Lyn kalau nak makan jeruk buah bambangan pergi la ke Pasar Tamu. Penampang atau Tuaran pun ada. Penampang rasanya hari Jumaat. Tuaran every Sunday. Kat sana kadang2 ada jual ulat sago, berani cuba? =D
-Lepas tu kalau nk gi muzium pun ada, balai seni lukis pun ada…
-Aquarium & Marine Museum pun ada sini, bukan kt kl aje..ada kat UMS. Entrance RM5 saja.
-Kalau dok lama sikit boleh gi pulau labuan. Naik feri…
-Tak pun gi sandakan –tengok orang utan kat sepilok.
- Untuk souvenir makanan belilah keropok amplang, kuih cincin dan udang kering. tak pun teh sabah, tapi teh sabah kt kl pun ada...hihi
You should stay at least one week kalau nak cover semua attractions.
Sabah is wonderful.
I love sabah. Hehe
That’s all I can think right now. Hope you have a clearer picture. Kalau ada saya bgtahu lagi ok.
So, welcome to sabah dear.
To others, rugi tak melawat sabah bah. Orang sabah pun baik-baik semua ! datang lah
=)
further info ---> http://www.sabahtourism.com

Already Friday woo…macam baru je start study week. Masa berjalan sangat laju sekarang.
My first paper on Monday. Really depending on luck this time. *sigh. Macam loser saja mengeluh pagi-pagi padahal masa masih ada untuk revision.
Yesterday Stella datang lewat sebab sebelah petang dia ada hal. Dia sampai dah pukul 7 malam. Kt sini bukan 7 petang, tapi 7 malam sebab masa tu dah gelap macam pukul 8. Feeling duduk oversea kejap eh.
Kat sini memang bukan mudah nak cari rumah kalau tak ingat no berapa, blok berapa. Stella based on her memory only. Dia ingat lebih kurang rupa rumah dan cat pagar nye saja. Tapi penting dia nak jumpa kawan dia tu…
We round and round and round lebih kurang dekat 1 jam jgk tapi tak jumpa. Finally we gave up saja. Then stella ajak pergi makan. She called kevin ajak dia sekali. We went to his hostel to pick him up and straight to KK. We had dinner at KK. Bakso dan kepak panggang. The best ever.
Stella mula-mula nak balik cepat tapi bila dah jumpa adik dia banyak pula cerita. She is quite closed to kevin. We chat chat until about 11pm baru dia hantar kami balik.
But one thing yang stella tanya saya sama ada saya dan kevin ada terserempak dengan her brother Jason sebelum ni. Bila dia tanya begitu maknanya sama ada Jason ada bgtahu stella atau bgtahu their parents, itu saja. tapi sebelum ni kevin tak ada pula cerita pasal jason lepas kami terserempak hari tu.
Saya hanya cakap ya saja. tapi tak prolong the thing with stella. Saya pun menyesal kenapa tak tanya stella further.
Tapi mestilah risau juga...just hope that there is nothing soooo bad to happen because I am not really ready.

Bangun tidur dalam keadaan berpeluh2 sebab mimpi yang sangat meloyakan. Terus berlari mencari toilet tapi tersalah jalan pula sebab masih mamai. Terus muntah.
Rasa macam oyster itu masih ada dalam mulut dan bergerak2. Kembang tekak saya.
Gile jijik. Mimpi makan oyster hidup. Sampai boleh rasa dalam tekak oyster itu menggeliat dan menolak2 kerongkong.
Scary pun ada. Itulah dia tidur siang.
It happened today. Justtt only. Tidur tak sampai pun 1 jam. Lepas muntah (sooryyy if I make you feel bad)…terus pergi dapur cari something yang masam untuk dimakan. Nasib baik ada yoghurt.
No one at home. Saya rasa sangat bosan.
Saya dah study last night sampai 3 pagi. Sampai mata minta tidur.
Dan saya tak sedar subuh tadi. Kevin pun tak ada kejutkan saya. Mungkin dia juga tertidur. Sebab kadang2 dia ada kejutkan saya waktu subuh. Bila dia kejutkan saya akan terus bangun, there’s one kind of feeling bila dia kejutkan macam rasa bersalah kalau lengah-lengahkan nak bangun. Rasa macam kenapa dia yang tak perlu solat, boleh bangun kejutkan saya untuk solat? Something like that la.. sorry ayat pusing2.n mungkin oyster dah masukkan virus dalam otak saya semasa saya makan dia tadi.
Petang ni saya nak temankan stella cari rumah kawan dia. Dia call saya semalam kebetulan rumah kawan lama dia area sini juga. Dia pernah datang tapi dah lupa rumah mana satu. Jadi dia minta tolong saya temankan dia. Dah lama juga tk jumpa stella. Last masa bulan puasa kott..lupa dah. saya dah bgtahu kevin nk jumpa stella, dia kata kalau sempat dia join tapi tak apalah sebab dia bz study jg. Im fine to be alone with stella. Tak rasa kekok dah macam dulu2.
Tu je la…
Actually nk cerita pasal oyster aje…

...bila boleh beli kalau macam ni...[@-@]"
Wow !


Tengahari tadi kevin datang. Terpaksa dia kejutkan saya yang tertidur lepas baru habis baca 2 bab ONLY. Haih punya la tak boleh nak tahan kalau study kat rumah. Tapi kalau saya balik KL lagi la tak dapat study. Asyik nak tengok tv atau jalan-jalan jumpa kawan. Kalau orang tak call saya pun, saya yang akan cari orang untuk lepak sama-sama.
Bila kevin call cakap dia dah sampai depan rumah cepat-cepat saya bangun basuh muka, dan sikat rambut. Tukar baju. Lepas tu keluar sambil tersengih macam tak nak tunjukkan baru lepas bangun tidur. Sebab dia expect saya study.
Then saya bagi CD tu kat kevin. Dia happy dapat CD tu. Happy la sbb saya jarang bagi hadiah or apa-apa barang kat dia. Kesian kevin. Kena lebih concern utk happykan dia kot. Anyway, kami terus dengar CD tu dalam kereta sambil pergi cari makan lunch.
Saya explain la a bit about all songs in there. Dia angguk2 dan senyum. Bila saya tanya kenapa senyum, dia cakap dia rasa sangat gembira sebab saya sudi guide dia dan tolong dia. Of course I will. No worries…I’ll fight for you also as you always said to me, you’ll fight for me.
First time dengar SELAWAT tu dia diam dan dengar je...lepas habis tu dia kata, ‘Great ..... it can touch anyone's heart'
Yes! Yes! Rasa nak tepuk2 tangan saja.
We had lunch at a restaurant. I had nasi, sotong sambal dan sup sayur. Tapi sotong tu macam pedas sangat then I passed to kevin. Dia passed saya dia punya ayam goreng. So kira pertukaran barter la. sekarang ni saya tak tahan sangat makanan pedas. Mula la rasa macam panas dalam perut dan menyucuk2. Bahaya. Kena jaga sikit sebab exam pun dah dekat. Tak nak ambil exam dalam hospital.
Lepas lunch kevin terus hantar saya balik. No time to jalan-jalan sebab dia pun kena study juga. Dah lah final year. Kalau sangkut kena repeat tak ke menyesal nanti.
Masa taip ni kan rasa macam nak pergi jogging pulak. Tapi tak ada kawan. Yaya study tak nak kacau dia. Takut jogging sorang-sorang nanti ada anjing nak temankan.
Wuff ! Wuff ! Grrrrr....



Nak citer pasal something on Sunday.
Sabtu malam tu saya keluar dengan member2 stewardess tu pergi waterfront sampai pukul 1 lebih.
Balik lewat dan terus tidur sampai la pagi…
Yaya keluar dengan kawan dia malam tu so saya tak sure jugak dia balik pukul berapa. Then dalam pukul 7 pagi hari minggu tu ada tetamu datang. (Yes, pukul 7 pagi tu macam pukul 8 dah kat semenanjung) ...Tetamu yang tak diundang. Bagi salam dekat pagar. Tak ada orang sedar.
Mungkin lama juga dia panggil2 bagi salam baru saya terjaga. Dengan mengantuknya dan geram sbb ada orang kacau tidur, saya jenguk kat pintu. rupanya encik Norman. Haiihhh buat apa lagi la lelaki ni datang. Kau dah bagi banyak masalah kat kawan aku tahu tak? Rasa nak ambik sandal kat depan pintu tu dan shuh shuh je. Tak baekk la wat macam tu kan? Tetamu kita kena bagi layanan elok.
Saya hanya cakap tunggu kejap dan pergi kejutkan yaya.
Yaya pulak tak nak keluar. Parah.
Saya bagitahu lah Norman yang yaya tidur tak nak bangun.
So, dia panggil saya dan hulurkan 2 bungkus nasi lemak.
Aih ? Bagi nasi lemak pulak. Apa kena dia ni?
Saya ambil je dan say thanks.
Lepas tu nasi lemak tu lepak atas meja makan sampailah malam. Tak akan disentuh oleh sesiapa. Membazir nya. tapi lebih selamat daripada makan. Don’t take anything from strangers.
Sekian.
To Norman, what are you trying to do now?

Due to a good sleep and dream that i had last night, i woke up with a cheerful mood, that somehow tingles me to go out today :)) texted some friends to join along but apparently everybody is busy with studying n all EXCEPT me ;p
so i went to KK alone with no specific reason or plan in the morning. i just wanna have some walk. at least thats what i tot. Ended up having a tuna sandwich at my favv restaurant and had a nice coffee.
Hmmmmm
Then stopped by a shop to buy Siti Nurhaliza Tahajud Cinta. I bought 2 CD’s…. untuk siapa? Tell you later. But I have planned this since last week.
And now im home. Buat entry untuk blog yang mungkin akan ada sarang tikus sikit this few weeks coz this week is study week. I stress again, study week. and the next following weeks I’ll be sitting for my final. Then I’ll be on holiday for about a month then continue with my Industrial Training for about 2 months. Hey ! Im leaving my darling again for a good few months. NOT FAIR ! Tetiba…. [@-@]"
And just foud out…my Levis doesnt fit me perfectly now and it look sooo ugly with that extra spaces between my thigh. i need to gain weight!! Its time to eat more and more….
That’s all I want to blog about.. I need to continue with few more chapters on Geology.
BBFN !..

Thanks cute_gurl, you made me smiling today.
I do not realize it. Kata cute_gurl, figure tu unik. 1 year 1 month 1 week 1 day.
Yes, it has been that long since he first touched my heart.
And since then, I love him more everyday......
=)
I want to do, or give something special to him. I never give him anything special..yeahh…never. kesian dia kan.
Saya nak buat something to show him yang saya memang sayang dia…sayang sekali !
Ehhmmmm….


Last night pukul 10 lebih tu rasa lapar sebab tak dinner. So, asked yaya kalau dia pun lapar. Ajak dia keluar cari makan. Pusing2 ada satu kedai makan yang nampak masih ada ramai orang. Kadang2 takut juga kalau pergi tempat yang tak ada orang malam-malam. Berhati-hati sajalah. No one knows kann.. so, we ordered mee goreng basah. While waiting, yaya online dengan kawan dia. Saya pulak tengok orang saja. suddenly someone datang duduk kat kerusi kosong kat meja kami. To my surprise, it was Norman.
Muka yaya berubah. Dia dah tak dapat concentrate dengan apa yang dia tengah cerita dengan kawan dia on the phone tu. Norman said hye dan tanya sama ada dia boleh duduk situ ke tidak. I have no right to say no. saya kata duduklah.
He wanted to say something after yaya cut off the phone line, but with me there…he could not..i guess la. so, I said that i can be excused if they want to be alone. Tapi norman cakap its fine, dia nak makan sama-sama saja since he had no company. You know how was the situation had been? WEIRD ! Like we eating without feeling to eat with a stranger. And I did not feel the hungry already at that time. Sumpah annoying! But he tried so hard to drag us into conversation with him. pity him too coz we just smiled most of the time.
We end our dinner earlier than we wanted to. Thought of lepak-lepak before gone back. Urgghhh !!
Sometimes we get annoyed easily…HOW TO IGNORE ANNOYING PEOPLE?
Try this
If someone annoys you, he or she may have invaded your personal space. If you start rehearsing what you want to say to an annoying person, you have already let him or her get the best of you. Instead of reacting, or wasting your time, it is a good practice to simply stay away, or avoid, annoying people
Atau ada suggestion lain?

Hahahhaaaa...
bukan saya letak barang merata-rata lagi...tapi you all laa...letak msg untuk link kan blog u all sana sini. hihi...entry mana-mana satu pun saya dah pening nak cari. sebabnya bila saya baca komen, semuanya datang dalam 1 senarai, lepas approved semua dah lari ke sana sini tak sempat nak tangkap kat mana.
You get what i mean? saya pun tak faham.
okey, saya dah pick up semua link2 yang you all bagi letak kat bvlgari basket tu...masih belum penuh tu..ada ruang lagi. mana2 ada yang tertinggal boleh lah bagi lagi kat entry ni ye.
Dan mana-mana yang nak link kan ...boleh lah bagi link you all.
Tapi saya bukannya wajibkan you all link saya balik.... Itu semua terserah pada empunya blog, nak link, linklah. tak nak tak ape, saya tak kisah...don't worry
=)

Im a happy bird today! Yes, because I’ve found the ring ring. Kalau tidak like something blocking my heart saja.
Terima kasih kpd Allah sebab menemukan saya dengan cincin itu semula. Semoga panjang jodoh saya dengan cincin itu dan juga tukang beri cincin juga. PPFFFTTTT!!! =P
Today after 1st class, we, myself and 3 other friends ikut my lecturer pergi open day at school anak dia. Open day at school? ... I expected food at the bazaar (haha) but wasn't even much food to choose from. nasi lemak, mee, burger, nuggets. I was expecting donuts. Donuts. Donuts.
Then we tried to be a schoolchildren played some games yang ada but we lost in the schoolchildren’s hand. Loser la…
At 1 pm we got back to campus. I texted my brother telling him how much i was craving for donuts! My brother minds do think alike! Scream our hearts of mama’s donuts. Not Dunkins, Big Apples, or Jco.
Now im back home, with my eyes half closing to blog about this nonsense!
Loooooooves,




Had a very tiring but happening weekend! Made me sleepy like heck today. Terpaksa guna wet tissue lembapkan mata every 15 min. And I guess its my bad hair day too. Saya hanya tocangkan rambut, cari minyak rambut pun tak jumpa. Kalau tocang tinggi sikit sure jadi macam Tomb Rider yang tak mandi sebulan. Hihii..
We had a looooong open house yesterday. Actually bukanlah open house sebab kami jemput kawan-kawan datang untuk makan-makan saja. bukan jemput semua orang. So, its more to jamuan raya. Penutup syawal lah.
Semua mula sibuk hari sabtu di mana saya dibantu oleh kevin pergi beli barang-barang untuk memasak. Dan kakmin & yaya kemaskan rumah. We went to Giant beli barang ikut list yang tuakng masak dah sediakan the whole Saturday morning. Kesian kevin kena jadi tukang angkat barang2 tapi dia bersungguh2 tolong.
Then on Sunday morning kakmin masak nasi minyak, lauk dalca dan ayam masak merah dan rendang tok. She is a good cook. Marvellous! Saya tolong buat acar mentah aje. Paling senang kan? Nasi himpit dengan kuah kacang pun ada. lucky zaman skrg dah ada nasi himpit segera. Dan kek-kek dan kuih muih semua order saja dari kawan-kawan. Almost 50 orang jugak datang dari pukul 2 ptg sampai 3 pagi. Lauk semua cukup dan tetamu happy. Kami pun happy.
Kevin ada datang dan boyfriend kakmin Abg Zaini pun ada datang. One thing dulu2 saya dan yaya tak berapa suka sangat dengan bf kakmin sbb he is somebody’s husband. You know.. but I don’t have the right to judge people. That is their personal matter, their problem. We do not know what is actually happen. So its not fair to judge him or kakmin just by seeing the situation. So now kami layan dia macam biasa saja, plus he is very friendly and a joker. Dia pandai meriahkan keadaan.
Friends kept coming to the house until we asked the last one, coursemate saya untuk balik at 3am. Boleh ke halau tetamu. Hahaa..just cakap eii korang ni tk reti2 nak balik ke aku dah nak mati ni. Kalau boleh masih nak duduk2 lepak, makan2 cerita2 sampai pagi. Tapi nanti hari ni satu kelas tuang kuliah lagi sapa nak jawab. Jawab jawab.

(Lupakan pasal cincin dulu...[@-@]")
Sekejap lagi nak keluar ambil Myra kat hotel. Dia dah habis kursus hari ni. Esok pagi flight dia balik KL. Pergi dengan kevin nanti.
Haha…kevin dah jumpa Myra malam tadi. Lepas habis fikir saya rasa tak salah kenalkan kevin dengan myra. Saya cakap dengan Myra yang saya berkawan dengan kevin. Tapi sebelum tidur malam tadi Myra ada tanya juga sama ada kevin ni boyfriend saya ke, tapi saya senyum saja. Hope Myra ni bukan jenis yang bercerita sana-sini la. Tak kisah kalau dia bgtahu Ijoy, tapi Ijoy still akan marah saya sebab sebelum ni saya tak pernah berahsia apa-apa dgn Ijoy. Dia dah macam abang saya dah.
So, malam ni plan nya nak ambil myra dan nak bawa dia jalan-jalan kat KK dan dinner. Ni first time dia datang KK nak bawak jalan-jalan pun tak sempat. Esok dia dah nak fly balik KL. Sempat beli udang kering kirim kt mama. Kat sini udang kering dia best. Besar2 dan murah.
Oh ye happy deepavali kepada semua penganut hindu, kalau ada yang baca blog ni. Deepavali vartakel. =)
Weekend ni plan dengan housemate nak service rumah. nak cuci, mop, cabut rumput, tanam bunga, clearkan store. Lepas tu nk masak-masak on Sunday dan jemput kawan-kawan makan kat rumah.
Oh I’ll be bz sebab tugas saya membeli bahan-bahan untuk dimasak. Kak Min tukang masak dan Yaya tukang hias dan kemas.
Kalau ada masa datang lah rumah kami nanti.
Alamat :
No. 13, Jalan…
Taman…
Sorry ajak-ajak ayam aje. Haha
Ba-bye & happy weekend =)



Baru sampai rumah. penatlah rasa kalau kuliah kat lain2 building ni. Berkejar sana sini. Nasib baik ada keta tu. Bolehlah hamba naik keta dan menumpangkan kawan-kawan juga. Kadang2 siap cakap sapa nak tumpang kena drive. Haha. Gile malas nak drive. Tambah2 kalau tengah panas. Sampai2 dewan terus berkejar pergi ambil air sejuk. Siapa ambil dulu dia akan dapat air paling sejuk. Selalu kena marah kalau orang pertama ambil penuh-penuh botol. Sebab air tu semakin lama akan jadi semakin tak sejuk.
Lepas masuk kuliah pula tu cop2 tempat paling best. Biasanya ikut mood. Kalau rasa malas dan mengantuk dah sah2 duduk belakang. Tapi kalau time favourite lecturer macam encik Zul. Harus dok depan. Kalau time dok belakang tu ada yang gatal bagi pernyataan. Eh kau dok tempat aku la. terus dia dapat jawapan. Ada nama kau kat sini ke?
Haaa…
Malam ni nak pergi airport ambil Myra. Tunang ijoy. Dia datang sini nak kursus 2,3 hari. Saya offer tinggal dgn saya la sbb nak duduk hotel tu kesian juga dia sbb sorang2. Mungkin pergi sorang je airport. Tapi kalau saya bgtahu kevin, mesti dia nak ikut gi jemput myra tu. Err saya tak pasti nak myra kenal kev atau tidak. kalau dia kenal, sure dia bgtahu ijoy. Kalau ijoy tahu macamana. Kenapa saya risau sangat, saya pun tak tahu.
Emmm..tetiba rasa nak makan lamb chop sebab tadi tengok kakmin tengah tengok AFC kt asro tgh masak lamb. Kalau kat kl harus ajak papa ke Stable Steak House kt kg baru tu. One of the best black pepper sauce they have there.
Oh janganlah imagine sekaranggg….



Saya dengar dalam kelas pagi-pagi tadi tentang seorang dari group yang masuk ke hutan bersama kevin tu ada menemui kemalangan. Yang pastinya tidak tahu kemalangan apa dan tidak tahu siapa. Agak serius lah sebab mereka akan hantar dia ke hospital kat KK.
Tahulah saya macamana. Kelam kabut dan risau. Hopefully its not him. berdoa sajalah sambil tak dapat concentrate the whole day today. Nak tanya sesiapa pun tak boleh sebab kelas full sangat hari ni. Sekejap tadi barulah saya dapat tahu.
sebab kevin baru saja dia call saya. Tak sempat saya nak pergi bertanya dengan B. Fuh nasib baik.
Its not him!
Its his friend. Dan saya kenal juga kawan dia tu. Kesian nya sebab dia jatuh dari pokok dan kakinya patah. Dan dia sekarang dah dihantar ke hospital di KK.
Kevin & the group juga dah balik kampus. Semua dah balik kampus sebab kemalangan itu.
Rasa nak jerit je tengok dia call.
Dia punya first ayat
“Hello sayang, I masih hidup. Rindu sangat dengan you”.

