Sunday, March 07, 2010

Bukan buyuk bah

Ok seronok tak belajar slang sabah? lain kali mari kita buat kelas slang sabah lagi. sebelum kita tinggalkan sabah, kita kena belajar slang sabah banyak-banyak supaya boleh dibawa balik ke semenanjung.

hari ni pergi rumah kakak angkat, kak mai sekejap di kinarut sebab malam tadi dia call bagitahu mamak tidak berapa sihat. mamak demam dah seminggu tak baik lagi. tapi bila saya sampai tadi dia macam dah boleh bangun. temankan saya bercerita. kakmai cakap hari ni baru dia nampak okey sikit. mamak tu bukan mamak yang jual roti canai ye. mamak tu panggilan untuk emak kat sini. mari belajar bahasa lagi hari ni.

kakmai suruh saya tunggu sampai makan tengahari kat sana tapi tak dapatlah sebab saya dah janji dengan kevin keluar ke kk membeli sesuatu. lepas duduk sana dalam 2 jam saya bergerak ke kk. janji dengan kevin dalam pukul 1. tapi tunggu-tunggu dekat pukul 2 baru dia sampai sebab dia tertidur. saya memang tak suka menunggu. tapi bila dia datang dan buat muka macam bersalah dan terus minta maaf, saya cuba lah tak nak marah. tak nak create the scene. as long as dia selamat sampai. lagipun bukan saya menunggu tengah panas atau dalam hujan. saya menunggu selesa sambil lepak dalam satu restoran minum air cincau. Tak pe, sejukkan hati lah.

Kemudian jalan-jalan dan tengok sana sini. tanya situ sini. survey apa patut. dan berjaya membelinya. berkat kegigihan saya menulis blog. =)...terima kasih semua. kerana anda semua maka saya dapat memilikinya.

Lepas beli, macam terus nak balik tak sabar nak explore. tapi kena temankan kevin pula repair kamera dia. kamera yang dia selalu bawa pergi field work. masa dia last masuk hutan, kamera tu jatuh dari atas pokok. saya tak tahu lah apa dia buat or apa kamera dia buat atas pokok tu. tapi dia memang lasak dalam hutan.

Masa tengah tunggu dia kat kedai kamera tu, saya ternampak someone yang dah lama saya tak nampak. dia dengan 2 orang lagi kawan dia nak masuk satu kedai tapi bila terpandang kami, dia terus je laju datang tersenyum-senyum. sambil tegur kevin dan tanya apa masalah kevin kat situ. saya buat bodoh je minum air tin coke sambil tangan saya mengemek-kemekkan tin tu. Geram.

Lepas dia pergi, saya senyum macam mengejek kevin. terus kevin tanya saya kenapa. rasa malu pulak sendiri tapi sempat saya tampar lengan dia lepaskan geram. tapi kevin faham lah kenapa, dia tak nak layan je agaknya. saya ni kadang-kadang macam budak-budak.

Sebelum nak berpisah balik rumah dan kevin balik hostel, saya sempat tanya dia, berapa lama lagi masa saya ada bersama dia sebelum dia tinggalkan saya. Mula-mula dia kata tak tahu. Tapi saya paksa juga dia cakap. Lama lepas tu baru dia bagitahu...

Dia kata in couple of months.

Okey, saya perlu mula belajar berdikari. belajar bersendiri. sebelum terlambat.

post signature





6 speak up:

Farah-Izzaty said...

B again...?
haish..! semak la die tu..
sabar ye yana..
dont worry..
kevin saaaaaayang u..
not her.. owait?
in dis couple of months,
spend time elok2 dgn die..
lepas ni susah dah kn?

bspotgurl said...

Takpe yana, yana kan kuat.. semangat waja gitu..:)
I will always support you..okay

Lifesaver said...

dah beli blackberry?hehehe...

Anonymous said...

let me guess.. ermm, blackberry rite? ye kan? ye kan? hehehehe... ke salah? aisehhh..

- Mrs. Hakim -

maiTuty said...

kak yana nk pnjam balckberry!!
kehkehkeh

-eLyNhere- said...

yana! mis u! hehe.

jgn risau... ape yg penting, TRUST each other ok.. sumenye akan baik2 saja.

Related Posts with Thumbnails