Pagi-pagi lagi dah dengar Clara menangis. Masa tu saya tengah study. Lepas subuh, call mama dan terus study tak sambung tidur cam biasa sebab hari ni ada sikit berita baik dari mama. Made me happy tak jadi nak tidur. Rebus 2 biji telur dan buat milo. Sambil makan sambil baca nota. Then suara Clara nangis makin kuat. Tak sanggup nak dengar lagi, saya keluar jenguk. Tengok Clara nangis depan pintu rumah. Jen bising-bising marahkan the younger son. Mereka bangun awal sebab Jen kena pergi kerja dan hantarkan mereka ke rumah in laws. Husband dia tak nampak dah 2,3 hari. Saya panggil Clara
“Clara, mari sini sayang”
Clara datang ke pagar. Saya tanya dia kenapa nangis.
“Mummy pukul”
Pagi-pagi dah pukul anak. Geram betul saya. Tapi tak adalah nak marahkan Jen, tak nak sibuk-sibuk. Jen keluar dan bgtahu yang Clara tumpahkan susu adik dia. Sedih. Budak-budak, apa tahu. Saya sapu pipi clara basah dengan air mata. Lepas tu pergi tolong Jen masukkan barang-barang budak-budak tu dalam beg. Kesian betul tengok Jen. Kena berjalan lagi ke tepi jalan besar nak tunggu bas. Dengan 2 anak, dengan barang-barang. Dengan pregnant lagi. Just imagine. Kalau saya begitu, mesti hari-hari menangis. Saya nak hantarkan, tapi Jen tak mahu pula. Saya nak jaga Clara, tapi saya kena study hari ni. Esok ada paper.
Tapi sampai sekarang pun susah nak concentrate. Kalau saya ada kehidupan yang dah betul-betul stabil, saya pasti dah suarakan sesuatu pada Jen. Tapi saya sendiri pun masih belajar. Diri sendiri pun tak dapat nak sara lagi. Sedih betul.
Petang ni kevin ajak pergi rumah kawan dia buat BBQ. Tu yang kena study betul2 sebab malam ni tak ada masa lagi. Tak nak pergi kan nanti kevin cakap apa pula. Nanti dia ingat saya sengaja je tak nak pergi sebab petang semalam boleh pula saya keluar dengan sidd pergi Pasar Philipine. tolong dia pilih mutiara untuk mama dia. Sidd nak balik KL weekend ni. It’s complicated lah kan. Pada saya, macam tak ada benda lah. Tapi mungkin kevin akan terasa kalau saya tak nak keluar dengan dia atau bagi alasan bila dia ajak sebab semalam pun kevin tahu saya keluar dengan sidd. It’s difficult to explain and be understood. So, tak perlulah nak cuba memahami. =) Dah banyak membebel kan. Nak study sekarang. Bye

3 speak up:
Zura, can you email me?
bvlgarigirl09@yahoo.com
alahai..kesiannya Clara..
erm..
Ok dear, i baru singgah blog u..
Post a Comment