I woke up this morning to remember that actually hari ni ialah hari jadi kawan baik saya masa sekolah dulu. Sometimes kan ada satu space dalam memori kita yang kita akan ingat certain date tu macam ada satu occasion jee...
Oleh kerana birhtday dia jatuh pada Hari Buruh maka selalulah kami dapat keluar celebrate birthday yang biasanya sekolah tutup. Biasanya kami akan keluar tengahari sebab saya dilarang keluar malam masa sekolah dulu. Boring, i know. Tapi sebab saya ni penting (huuuuu) mereka-mereka semua terpaksalah mengikut saja jadual saya.
Dan biasalah budak-budak kan celebrate pun apa je, pergi fast food or Starbucks dan order makanan mengikut kemampuan. Kadang-kadang tak mampu beli kek, kami beli cupcake saja. Itupun dah boleh buat dia menangis. Sangat manja. Kena peluk-peluk semua dan cakap kami sayang kau. Barulah dia berhenti menangis.
Dia memang cengeng. Tapi dia paling baik hati. Dia pernah pinjamkan saya duit dia RM50 sebab saya hilangkan duit yang papa bagi untuk bayar yuran sukan. Lepas tu saya dapat tahu, itu duit dia nak belikan adik dia hadiah hari jadi. Dia delaykan beli hadiah sampai saya bayar duit dia.
Dia juga tak pernah marah dengan kawan-kawan dia. Dia sangat pemaaf. Kalau orang sakitkan hati dia, dia diam saja. Selalu saya back up dia dan jadi macam kakak dia pulak. Dia selalu tunggu saya masa nak pergi makan waktu rehat walaupun saya lambat keluar, tapi dia tunggu. Pernah sekali saya bergaduh dengan dia disebabkan mulut orang. Saya tulis surat kepada dia cakap saya marah dia sangat sampai tak dapat tengok muka dia. Tapi keesokkannya dia masih tunggu saya nak pergi rehat sama-sama.
Dan yang paling saya tak boleh lupa, dia kehilangan bapa dalam satu kemalangan. Tapi masa kami pergi melawat rumah dia, dia tak menangis pun. Dia sangat sabar. Dia kata tak baik menangis nanti arwah terseksa dalam kubur. Tapi kami semua pula yang menangis bila tengok dia.
Sebab itu,
masa dia meninggal, saya tak menangis. Saya baca yasin 7 malam berturut-turut sedekahkan untuk dia. Dan mama faham kenapa saya down selama sebulan.
Sehinggalah ke hari ini...
setelah 4 tahun dia kembali ke rahmatullah kerana leukemia, saya menangis kerana rindukan dia.
Harlina Nabila @ Belabela ...alfatihah buatmu.

17 speak up:
so sad...s0ry 4ur l0st...but u r a nice fren after ol =)))
Ari..
(hehe, buleh tak gedik nak panggil nama ni..)
sedey akak baca entry ni. Al-fatihah juga utk dia.
:'I
so sad to hear this..why do all good people leave us early..
yanna..pray for her..may God bless her..
**wid
susah nk cri kwn yg baik cmni...
alfatihah buat belabela :(
alfatihah...~
sedey sangat baca entry u yg ni...:((
alfatihah untuk Belabela.
fida pun dulu ada kawan baik yang dah tinggalkan fida. dah hampir 8 9 tahun dia tinggalkan fida. padahal dia tak sakit serious pun cuma terseliuh kat buku lali jer. tapi makin lama sakit kat kaki dia tu teruk sampai lumpuh. and then dia terus meninggal dunia :(
kita berdoa laa byk2 supaya arwah belabela dengan arwah wan (my friend) ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. amin
sedihnye :) al-fatihah utk arwah.
sgt tersentuh bc entry ini.. saya pon ader best fren yg sgt baik.. lama dah tak jumpa sebab dia di kulim,saya di kl.. hurmm... tringat kat dia...
tak sangka..al fatiha~
omg .Sedih gle .Lucky you dapat kawan macm dia ;']
huhu...sedeynya bace....=(
al-Fatihah...
al-fatihah gak untuk dye...
sedih mendengar cite nie....
alfatihah tuk arwah..
al-fatihah..
alamak, sedih pulak baca entry nie..
alfatihah untuk arwah...
:( sedih sangatttt. al-fatihah to belabela. u pun strong. i cant imagine if i lost my best friend.
Post a Comment