Sunday, May 02, 2010

Masak snail

Terima kasih untuk kiriman alfatihah kepada arwah. Saya rasa sangat bangga bila bercerita tentang arwah belabela semalam walaupun dalam keadaan sedih mengingati dia.

Dan malam tadi saya call kawan-kawan lama untuk dapatkan nombor telefon rumah arwah. Akhirnya berjaya sebab ada kawan saya masih berhubung dengan emak arwah sebab emak arwah aktif menjual biskut raya setiap tahun. Saya pun hampir lupa. Kesal juga sebab saya tidak pernah menghubungi keluarganya setelah arwah meninggal.

Saya berjaya bercakap dengan emak arwah. Kebetulan mereka sedang mengadakan kenduri arwah untuk arwah dan arwah ayahnya selepas isyak.. Makcik Hana masih ingat dengan saya walaupun memang dah bertahun saya tidak hubungi dia. Terkejut juga. Rupanya dia cakap album gambar arwah yang ada gambar-gambar kami semua selalu dia tengok. Saya tahu rasa pedih dalam hati seorang ibu. Mendengar dari suaranya saya tahu dia masih rindukan arwah. Tapi rindu saya padanya terubat bila dapat dengar suara ibunya. Semoga arwah dicucuri rahmat. Saya tidak akan lupakan dia.

Hari ni kami main masak-masak. KakMin dapat bekalan snail atau siput dari kawan dia. Pernah makan tak? Kalau kat restoran siput ni dipanggil escargot. Sedap tau. KakMin yang masak, dia cakap masak belacan dan cili. Thumbs up!




Rasa dia kan kalau nak cakap macam rasa kenyal-kenyal. Tapi tak adalah berlendir macam makan siout sedut tu..haha. Bukan macam siput babi jugak walaupun rupa dia agak sama. =D

Saya pula masak udang sambal.



Udang pun KakMin yang beli. Yaya kena goreng sayur dan masak nasi. Kami semua kena masuk dapur. KakMin suruh kami ajak Kev dan Norman datang makan tengahari kat rumah.

Kev sampai dulu dalam pukul 11 lebih. Dia belikan Coke dan ais. Sambil tunggu kami yang masih berpeluh masak, kev tolong tukarkan shower yang dah lama tersumbat tu. Ada kerja ye kena buat bukan makan free je. Sebab tu we all jemput awak.

Lepas tu Norman datang bawak pisang. [@-@]" Dalam banyak-banyak buah yang ada, dia beli pisang. Tak de lahh...bila KakMin cakap macam tu kami semua pun gelak. Kelakar.

Walaupun saya rasa macam masih ada gap sikit antara saya dengan Norman, tapi saya cubalah sedaya upaya. Kev pun cakap kita kena bagi peluang dengan Norman. Mana tahu kan kali ni dia dah sedar dan lebih serius dengan Yaya. Another best friend yang saya sayang yang masih ada, so saya nak jaga dia supaya dia tak terluka lagi macam dulu.

We ate sampai habis semua. Licin. Kenyang gile sebab 2 pinggan makan. Kev 3 kali tambah. He ate a lot okey. Semua orang makan snail tu except Norman. Dia kata tak boleh nak telan. Maybe la kalau u imagine makan siput babi kan, jadilah macam tu. Haha.
Kev cakap lain kali kalau nak dia masak, dia sedia datang masak untuk kami semua. Wahh ada hati dia nak masak. Biar betul dia pandai masak tu. Tapi kalau pandai masak bagus juga. Cerahhh masa depan. =P

Okey, malam ni kena study. Esok ada satu paper. Tapi malam ni ada AIM pula. Nak tengok Debaran juga. Mentor pun sama. Howwww.

Daaa...!

post signature

8 speak up:

Judiene said...

sedap btol tgk siput tu
too bad i xmkn sgt seafood
huhuhu

btw, i'm sure she'll be proud up there, to know that you're still remember her

al-fatihah for her..

=)

Fyda Abd Rahman said...

wahhhh! sedapnya sambal udang tu. yummy yummy! ;D

Ceera said...

ada eh lauk siput gitu
1st time kot aku tengok...

FITRIHADI said...

wah sedapnya siput sedut tu..kalau buat masak lemak baru sedap nak menyedutnya...nanti ketagih je hehe lapau la plak :p

- fitrihadi.com -

peej said...

aaa..tetibe teringin escargot. teringin. tsk. tp mahalll.tak sanggup.

ain fathihah said...

siput tu memang nampak macam siput babi..hehe

teringin nak cuba

bspotgurl said...

Babe, i suka sgt dgn itu sambal udang ahh.. laparrrnye

Lilianna Mardiana said...

emmm meliur sangat2 tengok sambal udang tu!!!!!!!! allergic tak allergic, kalau ada depan mata, memang yana sapu, haha :P

Related Posts with Thumbnails