Friday, June 18, 2010

Tiba-tiba

Oh ye…thanks sebab ingatkan saya ODETTE & LOTIKUS =). Yaya pun tak remind saya yang bas akan ke Bukit Jalil instead of Pudu. Kalau tidak, dah pergi Pudu dah saya nanti then kena patah balik ke Bukit Jalil. Kalau bukit jalil tu lagi dekat dengan rumah saya. Yaya akan sampai tengahari nanti dari Melaka. Dia dari rumah kakak dia. Then esok pagi pukul 9 flight ke KK. Hari Ahad balik sini balik. Semakin dekat hari nya semakin nervous pula. Ish. Malam ni nak kemas baju sikit , baju kat rumah sewa di KK ada lagi so tak perlulah nak bawa banyak barang sangat.

Pagi tadi semua nak makan roti canai, so saya keluar beli roti canai kat Tmn Equine, adik-adik semua belum bangun so pergi sorang saja. Papa dengan mama dah keluar awal lagi. Tengah drive tu dengar ERA. Masa tu caller semua nak bercerita pasal ayah masing-masing kan sempena Fathers Day hari minggu ni. Tiba-tiba dia pasang lagu Ayah& Ibu lagu Sudirman tu. Emmm tak pasal-pasal meleleh juga air mata. Kenapa entah lah tiba-tiba rasa sebak pula. Rasa macam kecil sangat diri ni jika nak bandingkan pengorbanan papa pada saya selama ini.

Papa is my best friend. Certain thing kan saya rasa lebih selesa nak bercerita dengan papa daripada mama. Perkara-perkara seperti yang melibatkan perasaan. Macam siapa yang saya suka, siapa yang ganggu saya, siapa yang buat saya sedih. Dia tahu dengan siapa saya berkawan, lelaki mana yang saya dating, lelaki mana yang dah break dengan saya haha. Saya pernah menangis depan dia bila saya break sekali tu (saya dah mengalami banyak on and off dalam bercinta, fyi la ye, saya ni tak bernasib baik selalu dalam percintaan), then papa cakap saya tak rugi sebab break denagn si A tu, si A yang rugi sebab dia break dengan saya. Wah, tell you, saya rasa ayat tu membuatkan saya lega tau. Serius, sebab saya fikir juga yang si A tu dah buat banyak kesilapan dalam hubungan dan tidak menjamin kebahagiaan saya. He said whatever happen, that does not mean it is the end of my life.

Tapi, mungkin saya rasa sedih sangat sekarang sebab kali ini, saya tidak dapat berkongsi perasaan tentang lelaki yang saya sayangi. Susah sangat untuk saya bagitahu papa kerana saya sangat risaukan penolakan papa dan mama juga. Kalau mereka tidak bersetuju, apa saya nak buat. Saya tidak mahu belakangkan mereka sebab keluarga sangat penting bagi saya. Tapi kevin pun penting, saya sangat sayang dia. Dilemma nya.

Tapi kan, tell you, masa air mata mengalir tadi, tiba-tiba rasa macam ada kekuatan nak bercakap dengan papa pasal ni….terus call papa...

'kringg kringgg...'
"hello pa"


To be continue boleh tak? Nak keluar dah ke Bukit Jalil. Nanti terlambat, membebel pula makcik tu kena menunggu lama. byee
=)




13 speak up:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

mestila yang gembira saje kan? hopefully..

Anonymous said...

saje je yana ni taw..
continue taw..
semorang tgu nih..

yna. said...

wow!u go girl! :)

maiTuty said...

cepat kak yana..tak sabar nk tahu cerita selanjutnya...

[z@ck] said...

berdebar nak tau sambungan cerita ni..
=)

Anonymous said...

suspen la awak ni..

Bibie said...

Hisshy,tengah sdp2 nk baca blh pulak dia continue...Nasib baik jauh,kalau tk dah kena pulas telinga.Update cpt2 lagi okey Yana...

faRahAdILa said...

wow.. the very sporting papa. best btol!

Daud Mili said...

dilema??... satu 'perasaan' yang seronok tuh..hehe. tak dapat duduk senang,... risau.. tak pasti.. takut... tak yakin... geram.. hahaha..!!,, kena betul2 pilih masa, supaya tak menyesal.. rasanya zaman sekarang parent dah sangat memahami..hehe..goodluck!

lilRed Farah said...

arianna! i hate you!!! bila nak sambung nih?

Amni said...

Bagitau je.. Lebih baik kan? =)

CIK FAYYAD said...

xsbr nk tggu mcm mana crita ni..cpt3!

Anonymous said...

ceh...ceh, kalo ayat penghujung ade smiley mesti ade good news ni...hihi.

i always pray for the best of you, kev, and family.

Related Posts with Thumbnails