Sunday, July 18, 2010

Hari minggu dan beef pie

Sungguh blues tajuk entry ni.

Hari ni saya bangun dengan bersemangat sebab nak keluar jogging. kejut yaya dan perlahan-lahan keluar rumah takut anjing putih terjaga dan menjadikan kami mangsa. Sebenarnya kat kawasan perumaha ni ada seekor anjing putih yang suka kejar orang. ngeri kan kalau waktu dinihari kena kejar dengan anjing? Anjing putih pulak tu.

Kami pergi jogging dekat-dekat sini je dan end up kat taman permainan main buaian.
Nasib baik pagi-pagi budak-budak belum bangun lagi. kalau tak, malu.

Lepas jogging pergi breakfast kat kedai dekat sini juga. jalan kaki je sebab konon-konon sambil exercise la kan. makan mihun goreng dan minum teh o panas. sedap. lepas tu jalan kaki lagi pergi beli magazine. then balik rumah. lepak-lepak tengok tv kejap. yaya sambung tidur.

Elok je dalam pukul 12.30 macam tu rasa lapar lagi. lepas tu sidd pulak sms tanya nak lunch sama-sama ke hari ni. tapi rasa macam malas nak keluar. so cakap kat dia malas nak keluar, tapi if he pass by my house, boleh tapaukan something for me. hihi.

Dalam pukul 2 macam tu, while i masih lagi landing depan tv dengan baju jogging pagi tadi (confirm masam tapi wangi hehe), sidd datang bagi makanan. syok nye. borak-borak kejap kat depan pagar, lepas tu dia balik.

so, our lunch today is beef pie. Nyum dgn sos cili thai.




Itu je..

7 speak up:

Afzan Rahman said...

ada award untuk kamu :D sila ke http://afzanpunyer.blogspot.com/2010/07/aneh-aneh-aja.html

teddyuna said...

its looks nyummy..=P

[z@ck] said...

girl..
bt sendiri or beli kedai? kalau buat sendiri..kasi resepi =)

mazzuana said...

Girl, i dh tanya seller dvd yang i kata nak pegi tu, tak de la felicity and dia kata mmg susah dah nak dapat citer tu sebab dah lama...sorry girl.

bvlgarigirl @ Arianna said...

Afzan Rahman **
oh ye ke? Thanks sebab sudi bagi award =)


teddyuna **
yes it is. sedap sangat


[z@ck] **
sidd yang belikan tu bukan buat sendiri


mazzuana **
oh really..kechewa nya. but thanks sudi tanyakan for me ye

Afzan Rahman said...

my pleasure :) owh, i wish i can have your beef pie.. it looks oishii... :D

carl zafran said...

aik, ngeri ker kena kejar ngan anjing putih? mcm cute aje anjing tu. kalo anjing hitam, confirm la lagi seram...

gadis cun mmg selalunya wangi. dulu org pernah kata kentut sofea jane bau wangi. ntah ler...

Related Posts with Thumbnails