Saya pergi padang petang tadi.
Selepas rasa sangat sunyi di rumah....ok, bukan. sebab sangat rindu dengan kev.
Sampai tempat parking memang nampak kereta dia.
Dah sah dia ada main bola juga. Ramai juga orang, rasa segan juga sebab saya jarang ke padang. Padang bukan tempat saya.
Saya lock kereta dan terus jalan mendekati padang. Lalu belakang pokok supaya orang tak perasan sangat. Ada bangku bawah pokok tak ada orang duduk kat situ jadi saya duduk.
Ada game. saya perhatikan yang mana satu kev.
Ok dah nampak. Saya tengok dia lari sini lari sana. Kadang-kadang dapat bola, kadang-kadang tidak. Dia jerit sebab team mate tak kasi dia bola bila dia nampak ada peluang baik. Hek eleh. perasan la dia. tapi comel. =)
Saya duduk diam-diam. Lepas tu text text dengan Yaya sebab yaya tanya barang dapur apa lagi nak beli kat rumah. Sambil taip-taip beli belacan, cili padi, kicap tamim..tiba-tiba
Baaammm!!!!
Bola kena kaki saya. Aduhhh !!!! Setan.
Hehe..tak adalah sakit pun. kena sikit saja. Tapi terkejut betul sampai melatah latah. saya pun tengok siapa yang berdiri bercekak pinggang tepi padang sambil dibelakangi matahari.
Kevin berdiri, muka serius. Berpeluh. Pipi kemerahan.
"Tau pun sakit"
*silent
Saya baling balik bola kat kevin sambil senyum. Kevin pun senyum.
Tapi kawan-kawan dia dah bising-bising
"Woii cepat la. nak bercinta ke, balik la rumah..Bola! Bola!"
**Korang jeles eh? eh? eh?
Kevin terus stop main bola dan join saya duduk kat tepi padang. bersila, sambil cerita-cerita sampai hari gelap. Bau peluh dia pun rasa macam bau Polo. Aha. Serius!
Tapi saya rasa macam serta merta sihat. Rupanya saya bukan sakit sebab demam selsema.
