Friday, July 30, 2010

Wedding planna

Just got back from a meeting with the wedding planner and also lunch. Na-ah..not a planner to plan my wedding. Wish je but it won’t happen dalam masa terdekat ni la. For sure. So, don’t get too excited to hear it. Propa je tuh. Mesti ada orang rasa nak pang aje kan. Hehe

It is actually the planner for Kakmin’s sister. Since I kenal wedding planner ni that’s why bawa kakmin untuk kenalkan kat dia hari ni. Kakmin yang nak adik dia ada planner, senang nak uruskan kerja katanya.

Pun terfikir juga, kalau kita terlalu bz tak ada masa nak plan wedding sendiri, apa salahnya ambil wedding planner. Tak perlu pening kepala. Mesti kita tak nak end up kahwin dalam keadaan kelam kabut dan terburu-buru dan kepenatan. Wedding planner ni akan uruskan segalanya from cari dewan, mak andam, tempah makanan, cari pakaian, tempah kek, fotografer, inai..eh serius banyak benda nak buat kalau nak kahwin kan? Buat senarai pun dah pening. Urghhh…that’s why kalau ada budget lebih, hire someone to plan your wedding. ;)

Dan pagi esok mama sampai kk. Flight pagi. Bawa clara balik ke sini. mungkin noni je yang ikut sama. Papa tak ada kat kl. And the boys pulak ada tuition la apa semua during weekend, so mama tak bagi la ikut sama. Lagipun dtg few days saja bukan nak holiday pun.

Tak sabar nak jumpa mama and little clara. Mama kata clara semakin comel dan cerdik. Yeah I realize that sebab every night saya call dan cakap dengan dia. Dan every night juga ada je benda baru yang dia nak cerita. Diajar oleh adik2 saya lah tu. Kadang-kadang nyanyi lagu baru, kadang-kadang cerita pasal kartun yang dia tengok. I want to ask Jen to send her to kindergarten nanti. Mesti dia lagi bijak kalau dapat campur dengan budak-budak lain. Tapi 2 years old still too young kot nak hantar ke kindergarten. See lah how.

That’s it. Have a nice weekend everyone. I’ll be bz with my mum here during weekend.




It's very hard to get such perfect hair in the morning



Good morning everyone !






Thursday, July 29, 2010

I'm meeting the dateline

I dah start bz dengan final project. We have to submit our draft by this week, meaning the dateline is tomorrow lah ye. And a test this morning made me kept quiet yesterday. study lah apa lagi. hihi. I should spend my time now concentrating on my studies. As this is also important to me. I don’t want to waste parent’s money kalau tak lulus or kena repeat. Wasting my time also.

I did not tell you about my weekend right? It was awesome. Meeting Norman this time, I think that they are so in love with each other. I could see that Norman loves yaya very much. Our prediction earlier maybe wrong. Well, happy to see her happy.

Norman tingggal kat hostel, menumpang kawan dia. Dia nak bawak yaya jalan-jalan saya pinjamkan kereta kat mereka. Biarlah, kesian dgn yaya. Mesti dia nak keluar gi sana sini. so, weekend saya tak ada transport nak ke mana-mana, then kenalah duduk rumah saja. tapi they all bawaklah juga saya tengok wayang sama-sama. Tengok salt. Not bad lah. tapi sebenarnya cerita action bukan my fav lah. and I don’t really like angelina jolies tu. =).

Since nampak macam janggal saya seorang menyertai mereka berdua, nanti saya kekok pulak, ajaklah Sidd ikut sama. Barulah saya ada teman nak bercakap kalau dah merpati 2 sejoli itu perlukan privacy. But actually mereka tak adalah ignorekan saya. Cuma diri sendirilah tiba-tiba merasa lonely.

Sidd, as a friend is very nice to me. Dia jenis lelaki yang care pasal kawan dia. Siapa yang dapat jadi gf dia mesti lucky. Cuma dia tersangatlah susah nak dapat gf. Mungkin dia memilih, atau memang belum jumpa yang sesuai, saya tak pasti. Tapi everytime keluar dengan dia kan kalau saya nampak ada girl2 yang cute2 saya selalu cakap dengan dia

“Pergi lah ngorat. Comel tu”
atau
“Eh, bagilah nombor telefon. Perempuan tu jeling-jeling tu mesti suka awak sidd”
Atau
“Gentlemanlah sikit, pergi tegur dia”

Dan selalunya dia akan marah saya balik. Or dia just ignore. Macam tak berminat langsung. I don’t know lah kenapa hati dia keras sangat nak dekat dgn perempuan. I just pity him though. Bukan apa-apa. Pity sebab dia selalu mengadu cakap boring. No one care pasal dia. No one nak ajak dia keluarlah. Apa-apa ntah.

Eh dah melarat gi cerita pasal sidd pula. Sorrylah. And norman dah balik kl semula semalam. Cuti dia dah habis. Left yaya in the same ship with me. A lonely ship.

=)

Till later..bye dulu


Tuesday, July 27, 2010

Serahkan dia kepada yang empunya

We actually have made the decision after our discussion with papa and all the family member last night.
Mama hantar sms masa saya dalam kuliah tadi.

Mama *Kakak, mama dah booking flight ticket.
Saya *Macamana? Am I going back to pick her up?
Mama *No, I’ll be sending her to KK. To her mother.
Saya *Ma, are you ok?
Mama *Syg, sometimes we can’t own everything but we can still love her from anywhere
Saya *Okey. How’s noni and the boys?
Mama *They’ll be fine
Saya *Okey. Cant wait to meet you.


Actually I don’t feel that sad now because she will be just next door to me. I will keep taking care of her and watching her around selagi saya masih ada di sini setahun lagi. Lepas itu? Saya juga tidak tahu. Dan tidak mahu fikirkan lagi. but we still hoping that she will be with us one day. Cant wait for the time.

I told Jen that mama will be coming down to KK to send Clara. Jen is happy. Of course she is happy to meet her daughter again. She just can’t do much.

I should concentrate more on my studies. Tapi semua perkara yang terjadi dalam hidup saya sekarang memerlukan saya luangkan masa untuk memikirkannya juga. Tapi saya rasa lebih matang bila dapat melalui semua ini.

Kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.



We've made the decision for her own good



Monday, July 26, 2010

Breakeven



You,
What am i supposed to do when the best part of me was always you..


What should i do..

Clara has completed her check up last Friday so mama asked me if we want to send her back to her parents? Funny isn’t it sebab kena tanya sama ada nak hantar balik ke tidak. anak orang tu mestilah kena hantar balik.

But mama wants her around. Wants her to stay in KL. I was thinking of not telling the parents that the check up has completed and clara can be back home already. But lying ? errr…I don’t know.

Jen ada lah tanya pasal clara sesekali tu. But seldom call her to speak to ther. The father jauh lah sekali. Buat tak reti aje. I think jen miss clara too but she is just too tight with her daily routine. Another anak yang kat luar, dan anak dalam kandungan. Kena kerja, kena layan laki yang selalu balik mabuk. $#%^&**(# !

Clara dah selesa di rumah saya. And my siblings love her so much. Noni dah nangis sebab mama cakap clara dah nak balik kk. What should I do nih?..



Sunday, July 25, 2010

How to become famous?

Be your self

Try not to copy someone else

Be authentic

Follow your heart

Just be happy of who you are

Don't worry

People will like you the way you are



Haha..these tips should not come from me..but this is the things that Ugly Betty have done. Famous in her wayyyy. It's true.


I have a movie date tonight!


Saturday, July 24, 2010

Sopping time !



Petang tadi keluar pegi beli barang restock makanan kat dapur. instant drink, oligo, teh, sos cili, susu, ayam, kurma sebab nak puasa minggu depan, bawang, air kotal, hand sanitizer, coke tidak dilupa. Sambil belikan susu dan some baby stuff untuk anak Jen yang kecil tu. saya tengok Jen nampak kesian je, tolong belikan apa yang patut. Hope im helping walaupun tidak seberapa.
I went out all alone. lepas beli barang, gi makan burger kat McD. that new burger lah. boring tapi apa nak buat. tiada yang sudi meneman =(

Esok tengok wayang kot..


Lonely morning

Sunyi nya pagi ni.
Woke up and found nobody kat rumah ni. rasa macam nak nyanyi lagu Nobody Nobodyy...
buat milo, terus online.

yaya ke airport menjemput buah hati kesayangan, Norman.
kakmin rasanya tak balik malam tadi sebab tak ada tanda-tanda dia balik pun. Malam minggu sesekali dia balik rumah saudara dia atau berjalan ke mana-mana tak pasti lah.
haihh bestnya yaya jealous rasanya. dapat lepaskan rindu.

dahlah malam tadi sidd dah mungkir janji. benci.
haha tapi tak apa untuk kebaikan dia juga. terpaksalah berkorban kawan.
sidd call pukul 5 lebih semalam masa saya tengah main volleyball. dia cakap ada sorang perempuan ni nak jumpa dia. perempuan yang dia suka lah tu kot. sebelum ni perempuan tu tak bagi respon tapi tiba-tiba pula cakap nak jumpa dia malam tadi. so he called me tanya then i told him

"habis tu kenapa nak call ni?"
"ye la kan saya dah janji dgn awak"
"dia lagi penting la sekarang. pergi je la. peluang keemasan tu"
"are u sure?"
"Sure..100%"
"tapi dah janji kita nak gi makan sama-sama"
"eh saya ni anytime pun bolehlah"
"ok, thanks yana"

nak bertanya-tanya pulak kan. seharusnya saya ni paksa sidd tu cari girlfriend sebab saya tengok hidup dia macam sunyi aje. adalah kecewa sikit sebab tak dapat keluar gi makan. ah gi makan aje, kegembiraan kawan tu lagi penting. dia happy, saya happy.

so? lonely again lah. nobody nobody!
layanlah video Nobody ni. They all buat show untuk inmates. at least terhibur jugak hati inmates yang terkurung dalam penjara tu kann haha




Friday, July 23, 2010

Quick update

Been bz..obviously lah kan. Bila tengok tak ada update stataus kat social network tu atau tak ada entry kat blog tu kira bz lah. Ouit bajet artis ke nak bgtahu semua tu? Haha. Gurau je. Tak gurau tak mesra.

Yaya nampak dah semakin sihat. Semalam pergi juga ke klinik sebab dia tak tahan demam . hari ni nampak ok dan dah pergi kelas pun pagi tadi. Suka lah tu dia dah sihat. Dapat keluar jalan-jalan dgn norman nanti bila norman dtg weekend ni. Saya juga yang lonely.

Sekarang kat library tunggu lunch. Kuliah pagi tadi sangat membosankan. Pukul 1 nanti nak pergi lunch then gi surau. Lepas tu continue kuliah 2-4 ptg pula. Cuba buat assignment sikit sekarang dan pinjam buku. With my 2 other coursemates. They are concentrating with their reading so I became bored already. I need someone to talk. mcmana tu dalam ilbrary pun nak bercakap. Haihh..

Pergi ke kaunter renew date pinjaman dan sorang staff kat kaunter tanya kevin apa khabar. Dia orang cakap rindu dengan kevin kat library tu. Kevin kan pekerja yang dedikasi masa dia kerja part time kat sini dulu. Told him that kevin is doing fine. Tumpang rindu pulak dgn dia. Terbayang dia kerja kat kaunter, kalau saya kena denda lewat hantar buku pun dia akan tolong edjustkan date..haha. then kalau dia kerja susun buku kat rak, saya akan tolong dia sambil borak-borak sampai buku pun salah letak di tempat yang sebenarnya. kemudian gelek-gelak sampai orang datang intai siapa yang gelak kat celah-celah rak buku. Sorrylah kacau orang nak baca buku. Sometimes I pretend yang dia ada dalam library tu bila saya melangkah masuk. Psiko? Entah. Tapi nak memujuk hati sendiri yang kelukaan. Really miss him around.. =(

Malam tadi I was so sleepy already at 8pm but when I saw The Proposal akan ditayangkan pukul 10pm saya cuba tahan mata dari lelap. Sempat lah tengok dalam 5 minit ke aje, itu pun dah lupa apa yang saya tengok..terus Zzzzz depan tv. Tak sedar langsung sampai pukul 3 pagi baru sedar bila dengar kereta orang sebelah. Papa clara baru balik lah tu. Dia selalu balik time-time begitu. Kalau balik lah, tapi selalunya tak balik. Tv dah off, mungkin kakmin tolong off dan ada selimut juga. Mungkin dia tolong selimutkan. Oh so sweet. Just like my mum. Kalau anak-anak tertidur kat depan tv, dia tak akan kejutkan sebab tak nak ganggu tidur yang lena. Dia akan off tv dan selimutkan kami. :,( rindu mama pula.

Petang ni nak main volleyball lagi. then malam nanti sidd ajak keluar dinner. Sebab dah lama tak jumpa dia dia cakap dia akan mati kebosanan sebab tak ada kawan. I guess sidd dapat kurangkan kerinduan saya pada kevin buat masa sekarang. Till then.


Wednesday, July 21, 2010

Bagaimana untuk mendapat buffered earnings campaigns Nuffnang?

Question..question yang ditanya.. macamlah saya ni pandai sangat nak mengajar. Tapi secara ringkasnya mari kita bincangkan di sini topik buffered earnings ni ber sama-sama. saya beritahu apa yang saya faham, kalau ada apa-apa nak tambah silalah berikan komen di bawah ye. kata nak monetize blog..[-_-]'

Ada yang cakap dah bertahun-tahun berblogging tapi tak dapat pun buffered earnings. ada yang kata visitor blog dia boleh tahan, tapi jarang-jarang je sangkut buffered earnings. mana salahnya? saya pun tak pasti mana silap salahnya. belum ada rezeki kot..

kalau belum register nuffnang lagi, silakanlah. senang saja registernya. tidak salah mencuba. kata orang rezeki ada di mana-mana. kalau rasa ada peluang untuk tambah pendapatan, kenapa tak nak? tak baik tolak rejeki. tuhan marah.

Bila dah register, Nuffnang akan beri iklan dalam blog kita. bukan beri, dia letak iklan. salah satu tipsnya, kena update survey kat profile blog dalam website Nuffnang.

Semua nuffnanger akan rasa happy bila dalam akaun dapat buffered earnings. saya sebenarnya tak perasan bila mula dapat buffered earnings. tengok-tengok dah ada. kenapa orang suka dapat buffered earnings campaign?

More money lor..more income..

Mari tengok contoh sapa punya akaun ni




Tengok ada 2 jenis campaign. Yang kat atas tulah selalu ditunggu-tunggu iaitu Buffered earnings. macam nak buat kenduri bila kat situ beratur cantik tersusun. biji mata pun jadi lambang s ada 2 palang tu.

Buffered earnings kat atas tu adalah iklan yang tengah berjalan dalam blog kita. selepas habis tempoh tertentu, dia akan turun ke metered earnings pula.

FYI, Buffered earnings adalah iklan yang diletakkan selepas blog kita dipilih oleh advertiser. Pilihan adalah berdasarkan reputasi traffik. bila dipilih pun berdasarkan traffik, maka dibayar pun adalah berdasarkan traffik juga. Harus lah Nann. Bayarannya adalah mengikut jumlah unique visitor anda sepanjang kempen dijalankan walaupun orang tidak klik iklan kita. so tak perlu kempen awak klik, saya klik di sana sini. tapi kalau klik dapat bonus, eh eh bolehlah klik juga ye.

Untuk campaign biasa, kita akan menerima komisyen apabila terdapat klik pada ads tersebut. Satu klik bagi ahli Glitterati (ini pun kena gain dari Nuffnang) adalah RM0.25 dan Non-Exclusive only RM0.15.

Jadi kena kekalkan juga status Gliterati ni dengan tidak berpaling tadah menambah iklan lain dalam blog kita.

SO, kesimpulannya, gain traffic, kekalkan traffic. Bukan mudah. tapi percayalah kepada rezeki yang tertulis untuk kita masing-masing. INsyaallah. Usaha tangga kejayaan.

Happy monetizing your blog. tapi ingat, tulis blog dengan enjoy bukan untuk OVERjoy.




Yaya demam & Norman is coming down to KK

Woke up this morning to find yaya lying on the couch berselimut. Thought that dia sambung tidur selepas subuh tapi bila nak kejutkan dia rasa badannya pana. Demam rupanya. Ajak dia ke klinik tapi dia cakap dia dah ada ubat tak perlu pergi klinik. I made her a cup of milo panas dan bakarkan 2 keping roti sapu mentega. Bagi dia makan dan suruh dia makan ubat.

Lepas tu yaya cakap

“Bencinya aku demam la pulak”
“Kenapa pulak. Kau MC je lah. Ada test ke?”
“Bukan, weekend ni Norman nak turun KK”


Ah jelesnya. Norman nak turun kk. Bukan jeles dengan yaya atau norman. Tapi jeles sebab diri sendiri tak dapat nak jumpa-jumpa begitu. Seronoknya kalau tinggal berdekatan. At least dalam satu negara. Norman kerja di KL. Kerja part time rasanya belum dapat kerja betul-betul lagi. Mungkin dia tak nak further study lagi syoknye terus kerja. And this is the first time dia datang melawat buah hati di sini. happy for them. Tak apalah yaya demam pun, bila tengok muka norman nanti sihatlah tu. Ingat balik time kita orang perang besar dengan norman dulu. Kami sampai tak dapat nak paksa dirri tengok muka dia pun. Jijik masa tu. Haha. Tapi kata orang kalau dah ditakdirkan jadohnya, tidak ke mana. Berbaik semula mereka dan masih okey sampai sekarang.

Tengahari habis kelas saya tapaukan nasi tomato dari café for both of us. Looked so delicious macam nasi tomato mama. Tapi bila makan, rasa kosong. Kenapa tak ada rasa langsung macam rasa rempah-rempah ke tomato ke. Dan ayam masak merah pun macam ayam goreng siram dengan sos cili je. Aduh. Kecewa. Yaya lah kesian, dah lah tak ada selera, dapat pula makanan yang meletup pom pom begitu. Kami makan sambil kerutkan dahi dan gelak2 kecewa.

Emm ingat weekend ni nak ajak yaya berjalan ke pulau mana-mana. Sebab sangat tekanan weekend duduk kat rumah aje. tapi tak dapatlah pulak nak berjalan dengan dia. Sure 24 hours dengan norman. Tengoklah kalau ada sapa-sapa sudi temankan saya nanti. Tengok coursemate mana-mana yang lonely tak ada bf tu boleh ajak join the club.

Cuaca macam okey je ni, nak pergi cuci baju kejap. Sempat kering kot. Petang ni nak gi main volleyball lagi. even semalam body aching all night, tapi seronok pulak. Ada team yang best semalam. Hopefully semua masih free dan datang lagi petang ni.


Selamat datang ke sabah

Ada beberapa orang yang tanya saya di e-mail dan facebook tentang tempat-tempat menarik di sabah. Sorry saya tak sempat nak reply satu-satu tapi saya masih ingat saya pernah buat entry tentang tempat-tempat yang menarik di sini.

Feel free to view http://bvlgarigirl.blogspot.com/2009/10/kenapa-anda-perlu-datang-ke-sabah.html

Dan selamat datang ke sabah. Datanglah sini, banyak tempat-tempat yang menarik mesti u all suka. Tapi kalau saya nk jadi pemandu pelancong tak dapatlah kot sebab nanti kita sama-sama sesat pulak. [-_-]'



Does it looks like that he is more on a holiday ..[-_-]'






Tuesday, July 20, 2010

Tag time!




http://afzanpunyer.blogspot.com/

Si comel di atas bagi award. cute blogger award katanya walaupun saya ni tidak sesuai menerima, tapi terima sajalah dengan malu-malu. sementara ada masa, boleh menjawab award dan tag. bila dah bz jangan pula terasa hati kalau saya tak reply. bukan sengaja ok.

Menjawab soalan-soalannya seperti berikut


1. Ape name blog nape letak nama 2?
-> bvlgarigirl.blogspot.com. Semasa create blog ni dan mencari nama yang sesuai, terpandang botol bvlgari perfume yang saya ada. Im a fan of bvlgari items. Simple name, easy to remember. Sekarang orang suka search blog ni pakai bvlgarigirl aje.

2. Bila start buat blog?
-> Tahun lepas, 2009. To be exact, 2 january 2009. My first entry di kala hati tgh kacau http://bvlgarigirl.blogspot.com/2009/01/bermulanya-kisah-ini.html

3. Sape 1st follower?
-> I can’t remember. Boleh trace balik ke

4. Ucapan khas untuk pemberi Award?
-> Terima kasih kerana ingat dengan saya.

5. Lastly, 9 org cute yang saya nak tag?
• Lynn Harun
• madu_lebah
• maituty
• mermed
• Mie
• mieza
• miss chembeng
• miss izzati
• Misz Deanna

Semua readers adalah cute dgn cara tersendiri tapi 9 di atas adalah yang terpilih kali ini.

Nah silakan.









How are we doing

I did not tell much about kevin since he left. we are doing fine. keep in touch via e-mail, sms and skype. so far, he never failed to contact me in a day. paling pun sekali sehari we will sit infront of the laptop at the same time and communicate via skype. normally waktu malam lah. kalau siang, kami sibuk dengan study dan aktiviti sendiri.

Malaysia is 2 hours behind Australia. so ada sedikit lap la sebab bila kat sini pukul 11 malam kat sana dah pukul 1 pagi. masa saya masih aktif menaip bercerita, its his sleeping time pula. pagi kena bangun awal and pity him sebab sometimes lecture sampai petang, kadang-kadang malam pun ada dan tak ada masa rehat. so he needs to have enough sleep.

Last nigth he was not online until i slept at 12.30am. With frustration.
And this morning i saw an e-mail from him

'Hey budak kecik. Sorry last night tertidur depan laptop. ZZZZZ. Just a second before i wanted to sign in the skype. I know that you waited for me. No other better things waited for me but you. :-) I'm so sorry. I was too tired y'day. Can't wait to see you again 2night. With all my love, Kevin.'

It's fine asalkan saya tahu dia tak apa-apa dan dia masih ada dalam hati saya dan saya masih ada dalam hati dia. Cabaran bila berjauhan. Kena kuat.

Ye, kuat.


Monday, July 19, 2010

The biggest challenge in blogging is TIME

Time to write blog posts.
Time to visit other blogs.
Time to work behind the scenes.
Time to monetize the blog.
Time to grow the readership.
Time to create more blogs.
Time to join or participate in social networking sites.
Time to follow other blogs.
Time to drop comment in other blogs.
Time to reply to comments.
Time to ? _____(fill in the blank if any)____.





Healing my heart myself

I miss Tiramisu at Alexis Mid Valley.. i've tried other Tiramisu but the taste does not get even closed [-_-]'

I miss clara at home..mama will take care of her so don't worry

I miss kevin in Brisbane..You’re a Thousand miles away in Aussie Land now. I guess we’re doing ok?

I miss Sate Kajang..KK sate still nice but they don't have the nice h0t sambal like you do



Sunday, July 18, 2010

Unchained Melody



Kevin said he has a long lonely time and asked 'Are you still mine?'

He is silly kan. Baru 1 bulan pergi.



Hari minggu dan beef pie

Sungguh blues tajuk entry ni.

Hari ni saya bangun dengan bersemangat sebab nak keluar jogging. kejut yaya dan perlahan-lahan keluar rumah takut anjing putih terjaga dan menjadikan kami mangsa. Sebenarnya kat kawasan perumaha ni ada seekor anjing putih yang suka kejar orang. ngeri kan kalau waktu dinihari kena kejar dengan anjing? Anjing putih pulak tu.

Kami pergi jogging dekat-dekat sini je dan end up kat taman permainan main buaian.
Nasib baik pagi-pagi budak-budak belum bangun lagi. kalau tak, malu.

Lepas jogging pergi breakfast kat kedai dekat sini juga. jalan kaki je sebab konon-konon sambil exercise la kan. makan mihun goreng dan minum teh o panas. sedap. lepas tu jalan kaki lagi pergi beli magazine. then balik rumah. lepak-lepak tengok tv kejap. yaya sambung tidur.

Elok je dalam pukul 12.30 macam tu rasa lapar lagi. lepas tu sidd pulak sms tanya nak lunch sama-sama ke hari ni. tapi rasa macam malas nak keluar. so cakap kat dia malas nak keluar, tapi if he pass by my house, boleh tapaukan something for me. hihi.

Dalam pukul 2 macam tu, while i masih lagi landing depan tv dengan baju jogging pagi tadi (confirm masam tapi wangi hehe), sidd datang bagi makanan. syok nye. borak-borak kejap kat depan pagar, lepas tu dia balik.

so, our lunch today is beef pie. Nyum dgn sos cili thai.




Itu je..

Bidding game

I saw the advertisement in Facebook. Terus menjerit dalam hati oh wow Sony VAIO only RM120.42 ? Blackberry Storm 2 at RM27.00 ?

Why not?

It's just bidding game.

Then i went into here http://pennyauction.com.my/live/




For real...

You have to buy the bid if you want to bid.

Satu bid = RM2 (lebih kurang. lagi banyak beli boleh save some more)
Sekali bid, harga akan naik 1 sen

Ok, mari kita rumuskan satu teori di sini

Untuk bid Sony 13.1" VAIO Z Notebook satu barangan auction hari dah mencecah ke harga bid RM 102.73 dengan 1 sen kenaikan bagi satu bidaan. kalau 102.73 bermakna sudah lebih kurang 10273 kali bidaan diterima. jadi kalau satu bidaan harganya RM2 jadi harga barangan itu sudah mencecah RM 20,546 (RM2 per 1 bid) walhal harga pasaran dinyatakan di situ hanya RM7799.
Keuntungan berlipat ganda berlaku di situ.

Kalau sesiapa menang dengan sekali bid sahaja, kira nasib baik lah. tapi rasanya kena habiskan banyak duit dulu sebab every 40 second, ada je orang yang akan bid dan harga dinaikkan 1 sen. Nak tunggu sampai bila? sampai seorang ada emergency nak ke tandas? Tapi mereka ada auto bid juga. beli bid, dan auto bid. sampai menang atau sampai habis kredit bid dan tak menang2 [@-@]"

And who knows sama ada yang sedang bid itu manusia atau engine yang mengelirukan dan mengapi-apikan kita supaya nak bid, nak bid. Padahal.

Dan dalam islam juga, tak pastilah benda ni halal ke tidak. sebab kena keluarkan duit untuk dapat kemenangan. bila sudah keluarkan duit itu maknanya seperti berjudi juga kan. Wallahualam.

Ada komen?

Friday, July 16, 2010

Tak sampai hati

Okey, ini ayat yang ke tiga belas dah saya taip. Lepas taip, delete, lepas delete, taip lagi. tapi rasa macam tak kena je nak cerita. Sometimes rasa macam membuka pekung di dada. Eh pekung tu apa ye?
Rasa nak syerrrr. Tapi tak pasti kalau diceritakan orang boleh terima ke tidak. saya dalam dilema.

Hari ni ada kuliah pagi, sebelum ke kelas saya terserempak dengan papa clara di depan rumah. thought that he is gonna say hye and asking about clara.. and that time I was ready with answers. In fact saya sangat nak ceritakan pasal clara pada dia. But nothing came out from his mouth. Not even he smiled at me or cakap selamat pagi dan tanya macam mana keadaan anak saya yang berada di rumah kamu itu?
Does he care? Or not. So, saya buat bodoh dan masuk kereta, tutup pintu kereta kuat-kuat. Tanda frustration !

Every night saya call clara and talk to her. Walaupun kadang2 tak faham apa yang dia cakap, at least saya terhibur dgn ayat-ayat yang dia keluarkan tu. Mama cakap clara baik-baik saja. sometimes mama keluar pergi spa, dia ok je tinggal dengan bibik. Kalau noni ada, dia yang main-main dengan clara. And clara is sharing room with noni now. Last night ada satu pertanyaan mama yang buat saya fikir panjang hari ni. Mungkin mama semakin menyayangi budak kecik tu. Mama tanya

“How if we adopt her?”

Ampun, rasa macam nak luruh hati dengar mama cakap macam tu. So kind of her. Tapi saya rasa berat hati nak tanya Jen sama ada saya boleh adopt clara terus. Sebab rasa tak sampai hati juga nak pisahkan clara dengan Jen. Kasih ibu bawa ke syurga.

=,(

Thursday, July 15, 2010

Siapa tahu mana ada jual Felicity Season 1-4 DVD ?



I have been looking for this dvd since last few years. Tapi kat kedai tak da jual. Anyone tahu mana boleh saya dapatkan DVD ni? Selain daripada online lah..

Please..Rindu sangat nak tengok Felicity yang selalu kelam kabut tapi adorable ni.





Wednesday, July 14, 2010

Never give up woman

Carl ada mentioned about B dalam komen dia, baru ingat nak cerita sikit pasal B. Mesti ramai orang rindukan B kan? kan? Mengaku je le...hehe

Remember yang dia teringin sesangat sangat lah sampai berangan-angan nak pergi Aussie dengan kevin. Dengarnya application dia tak diterima. Nampaknya dia tak dapatlah nak mengembara bersama dengan kevin ke negara orang. Tak tercapailah hajat dia nak bermesra-mesraan di sana dan nak buatkan saya jealous. HA HA HA. Kesian dia. Masa kevin cakap B dan beberapa orang kawan dia tak dapat, saya bersyukur sangat. Sampai tanya kevin 2 kali nak pastikan. Tapi tak ada lah tunjukkan muka excitednya, control je walaupun dalam hati rasa nak buat kenduri.

Tapi, dia tak akan habis walaupun kevin tak ada di sini. even dia pun sepatutnya dah tak wujud di sekitar kampus ni, masih lagi nampak muka dia sesekali di library.. dah nak jadikan library office tempat dia kerja pulak kot. Jumpa kawan-kawan, jumpa lecturer lah. nak jadi R.A lah. Ada ke lecturer nak ambik dia jadi R.A (Research Assistant) ???? Annoying betul.

Semalam masa saya masuk library kejap pinjam buku, B ada kat kaunter tu sedang bergelak ketawa dengan staff library kat kaunter tu. Dia tengok saya tengah tunggu nak scan buku kat kaunter tu dia panggil saya.

B : Arianna, seronok kan kevin kat sana tu.
Saya : Seronok? Ye la kot..
B : Dengarnya macam seronok je dia hari tu
Saya : Oh ye ke..baguslah.
B : Hari tu you tak hantar dia kat airport ke? Tak nampak pun kat airport.
Saya : Ada, hantar dia kat KLIA
B : Ohh..i hantar dia kat KK.
Saya : Ohh… **Sambil senyum. Dalam hati rasa nak tarik rambut dia. Kevin tak bagitahu pun B ada hantar dia. Kenapa ye..


Lepas tu, my time nak revenge

Saya : U tak dapat pergi uni tu ke?
B : Bukan tak dapat. I tak jadi pergi. **Tipu. Padahal kau tak dapat kan?
Saya : Oh..So nak further study lagi ke nak terus kerja?
B : Rileks dululah. Sementara ni nak jadi R.A dulu.
Saya : R.A ? Prof mana?
B : Belum confirm lagi **Padahal tak ada prof nak ambil dia jadi R.A hahaha

Eh ! Nightmare nya kalau dia terus ada kat sini. I thought that I don’t have senior this year dan worst kalau dia yang masih ada. And I’ve asked kevin if she did send him the other day at the airport in KK. Yes, she did, with his other coursemates ramai-ramai hantar dia hari tu. Whatever lah B. Penatlah nak fikir pasal dia. Sekarang ni banyak benda nak buat. Kuliah, tutorial, projek. I have enough acitivities to do. you should get a life too, B. =)


To carl, your marissa adani is sooo beautiful



Monday, July 12, 2010

Merapu je

This house looks like kandang #*#* at the moment. Since we came back from holiday the other day kan, I & yaya tak ada masa nak mengemas. Serius. Bukan serius, sebab kita orang selalu ada aktiviti lain bila tak ada kuliah. Seperti, makan, tidur, tengok tv, tengok dvd, online, tidur balik, makan lagi. Haha. Banyak lagi makanan dalam kotak yang dibawa balik dari rumah masih berada dalam kotak. Nasib baik kakmin bukan emak. Kalau emak. Tentu sudah kena leter 4 bakul. Seems like a lot more back-breaking work to do.

Weekend was awesome. I managed to get myself busy untuk tidak meluangkan sedikit masa pun merindui kehadirannya. Sebab biasa nya kalau hari minggu ada-ada saja yang kami nak buat bersama. Even pergi breakfast sekejap sama-sama di pagi hari pun dah okey. Ehmmm. Boleh tak kita jangan cakap pasal Kevin lagi dalam blog ni?

But this blog was created to keep our story together.. So sad. I guess I need an aromatherapy oil to get rid of this crazy feelings.

Nampak saya online saja kan hari ni? Sebab hari ni tiada kuliah dan kelas. Langsung. Wohoo. I wanted to go out to KK to buy a thumb drive but Sidd sms me earlier today dia nak ajak saya pergi ke opening of his friend’s IT shop tomorrow afternoon. Dia kata nanti ada grand grand sales of small item so they must have cheap2 thumb drive nanti. So tak jadi keluar lah hari ni. Better save some money if I can get a cheaper one tomorrow. Since I need more than 1 thumb drive pulak tu. Saya suka simpan file dalam thumb drive mengikut kursus yg saya ambil. Kalau campur aduk semua dengan nota, assignment, rujukan, semua kursus dalam 1 thumb drive, saya akan jadi gilak. I’m not a good organizer in this case.

What else, emmm..i actually had nothing interesting to tell, but still want to write. Obviously kan? Hehe. Will you miss me if I don’t write? Cis. Mengada.

Okeylah, I had a nice nasi goreng ayam hari ni. Saya rasa nasi goreng tu kan, dia pakai nasi ayam punya nasi lah. sebab rasanya lemak semacam. Lemak yang sedap. Lepas tu ada ayam yang macam nasi ayam punya ayam tu. Get me? Too many ayam, sebab tu lah jadi macam ni. But nice. Glad sebab saya beli nasi ayam tu instead of mihun sup I’ve been thinking earlier. That’s all lah kot…talk to you later. Have a nice day everyone !


Rindu budak kecik ini







Saturday, July 10, 2010

I'm sorry..

I've just read your e-mail anon and i now fully understood. I want to apologize from the bottom of my heart. I realized that my friendship with your bf is not gonna be taken as a friend-ship. I know, its sometimes hard to accept another girl as your bf's friend. I have the same feelings sometimes.. But just want to let u know, that i have no intention at all to take him from you. and i am not the reason of whatever he is doing now, IF he does anything wrong.

I knew him and i knew you at the same time because he always tell me about you. how he loves you. trust me, he has not at anytime try to take my attention towards anything wrong or to betray your relationship. He really loves you. You never want to believe me but now please trust me.

I miss the time when we 3 were friends. You are a nice girl and will be a memory to me. I love both of you guys and please please ... give it another chance. You have been together for a long time. If you want me to back off, i will. For the sake of your relationship, i'll do anything u want me to as i never have a feeling for him more than a friend.

To him, thanks for being a good friend. I wish you the best in your life. Take care of your girl, she is very special that you won't get from anyone else.

Take care both of you.



Friday, July 09, 2010

Hye anon

I pun tak pasti anon ni salah komen blog ke, salah orang ke, atau dia ni gf kepada mana-mana lelaki yang saya kawan. If you are, I’m sorry sebab dengan lelaki mana pun yang saya kawan, saya kawan sahaja tak ada niat nak kacau hubungan dia dengan mana-mana perempuan.. I’m a one man woman. Saya bukan playgirl ;). Saya kawan dengan semua orang ikhlas. Even saya tahu dia ada gf pun, tak salah kalau saya kawan kan. Kalau nampak macam rapat dan u rasa tak selesa, maaflah. Tak ada niat apa-apa.

Okey, just tapaued (dah englishkan satu bahasa melayu hihi) nasi bungkus for my lunch. Ada kelas pagi tadi sampai pukul 11 pagi dan kelas petang pukul 2ptg, so saya balik rumah dulu. Nak pergi library malas pulak. Tak ada mood . saya singgah satu kedai kat inanam. Tapau nasi dengan ayam masak merah dan ikan tongkol masak asam. Nampak sedap betul. Dan tambah ulam kacang botol dan jering muda dengan sambal belacan. Nyum nyum. Lapar ni, tapi nak bercerita kat sini kejap.

Semalam sangat buzy sepanjang hari uruskan pendaftaran dan sempat masuk 2 kuliah. Ada satu lagi nak kena settlekan hari ni. Nak buat rayuan dengan lecturer untuk ambil subject tu nak cukupkan kredit. Hopefully dia masih nak terima saya sabab dah ketinggalan 2 kuliah terawal dia. Pray hard. Phewww…

Pagi-pagi tadi dalam pukul 7 pagi orang sewa kereta datang hantarkan kereta, this time around saya dapat kenari. I prefer kelisa sebab senang nak bawak, nak parking, and looks cute je. Tapi tak kisahlah. Malas nak argue. Okeylah tu asalkan ada kenderaan. Yaya akan kerap pergi kampus dengan saya sekarang sebab Norman pun dah tak ada lagi. kalau dulu dia selalu pergi kampus dengan norman. sama macam kevin, norman dah habis study. Pity yaya tu, sama nasib macam saya je, kena tinggal. But norman is in KL. Better than myself, yang pasti tak ada chance langsung nak jumpa bila cuti or whenever.

I’ll be busy this sem and this year with final project. Mencabar sungguh. Harap boleh fokus dan selesaikan perjuangan ni. Not sure sama ada nak further study lagi lepas grad atau terus kerja. Still havent make any decision about that walaupun sesekali papa ada tanya. Looser tul, macam tak ada plan untuk masa depan saja. haha.

Papa dah ke Bali, rindu papa juga. He is gonna be there for couple of weeks rasanya. Sometimes dia ada text me ask about myself here. I’m glad he did not ask me more about kevin after our conversation before masa I tengah stress sangat hari tu. but mama ada tanya juga siapa yang saya pergi jumpa kat airport hari tu. Remember kan kejadian kejadian hari tu yang kelam kabut tu… I told mama, kawan je. But she must have understood herself la kot. Kalau kawan tak kan saya kelam kabut macam tu sekali. Hehe.

Ok, happy lunching…nak makan ni. Talk to you later.

Loves,


Wednesday, July 07, 2010

Welcome to the lame old life

Sampai rumah sewa dah. Penat. No one at home. Sampai-sampai rumah terus pergi rumah Jen nak jumpa dia tapi Jen tak ada. Bila saya call dia kata dia ada di rumah kawan dia. Yaya ada kelas. Kakmin kerja. Tahu tak macamana rasanya bila saya datang dari rumah yang ramai family member di kl, dan balik ke rumah kosong begini. Sunyi. Sepi sangat. Rasa macam nak mati. kosong je jiwa. Mesti malam ni tak boleh tidur rindukan semua orang. Dan rindukan clara.

Call mama bila sampai kk airport tadi, mama cakap clara kept asking for me. Nana? Nana? Dengan matanya yang bulat dan naikkan keningnya tu. I can imagine. So cute. Poor little clara. Nana rindu clara sooooooo much. Take care of yourself there darling.

Bila sampai airport tadi, macam bodoh sebab terus imagine yang kevin dah ada tunggu kat arrival hall tersenyum seperti selalu bila saya sampai. Dan dia akan bisik, ‘miss you so much’ macam selalu. Tapi, sebenarnya tiada siapa yang menunggu saya. Simpan dan melayan memori begitu sampailah saya tinggalkan airport dengan teksi tadi baru sedar, independent lah! I am alone now. Tiada lagi orang yang saya boleh dial bila saya ada masalah walaupun masalah kecil. No one will entertain me lagi this year here. Sufferlah nanti. I think. Hihi

Saya tak makan pun makanan dalam flight tadi. Tak ada selera langsung. Ada budak lelaki duduk sebelah saya dengan headphone yang sangat bising. He was listening to the music which I can clearly listen to them too. Are you damaging your hearing? Tak fahamlah. Hasilnya saya pun tak boleh tidur. Now I feel a bit hungry. yaya cakap dia dah top up kan makanan dalam peti ais. I hope there is anything yang saya boleh masak atau makan terus tanpa perlu masak, sebab saya malas. =S

Esok pagi nak pergi register kelas2 untuk sem ni. Masih blur apa yang perlu diambil. So, kena pergi cari coursemate malam nanti nak discuss apa yang perlu dilakukan esok. Tak nak ketinggalan banyak sangat, then I’ll be lost forever. I’m tired. So, I don’t reply all of your comments. Thanks for it. I read and appreciate. But I don’t steal anyone’s husband. I don’t know what do you mean by that, but I have published your comments sebab mungkin u nak I publish kan.

Pergi makan dulu. Till then.


Tuesday, July 06, 2010

Life goes on..

Hey thanks for your comments2 semua ye. ramai pula commenter first time nak tinggalkan jejak kat entry lepas. and sorry to make some of you cry. menangis sampai bengkak mata sebab tulisan saya tu? Minta maaf ye, saya cuma luahkan perasaan dan tinggalkan kenangan dalam blog ni sebagai kenangan perjalanan kisah cinta saya...sorry guys. tapi saya pun taipakn entry tu dengan air mata yang menitik-nitik. so hard to me bila ditinggalkan kevin. dia dah jadi sebahagian hidup saya, its really difficult to walk alone now.

Appreciate semua kata-kata nasihat dan semangat anda semua. ye, hidup mesti diteruskan. gembira atau sedih, kena kuatkan hati. saya rasa saya dah okey sekarang. okey walaupun kadang-kadang ada lah masa bila nak telan makanan pun tak boleh. nak minum air pun rasa pahit. isk.

kevin dah settle down kat sana. pengubat rindu, skype, e-mail, since dia bukan fanatik fb or twitter, tak dapat nak tengok status update selalu. cuma dapat bercerita bila dia free saja. sementara tunggu dia online, tenangkan hati sajalah.

And...
I’ve been thinking over the weekend. whether to continue my study for this sem or to drop first then continue later when time permits. Suddenly this thing came in my mind bila fikir yang saya perlu ada untuk jaga clara. Its not fair to my mum or the other family member untuk terus susahkan mereka sebab saya yang bawa clara masuk dalam keluarga ni. Lepas operation clara its getting better tapi perlukan follow up appointment2 dengan doktor untuk beberapa minggu lagi. dan, ini bukan satu-satunya operation, ada another stage lagi untuk betulkan gigi dia pula. This is gonna be some time lepas dia fully recovered. Mungkin the end of this year.

Saya bagitahu mama yang saya rasa saya nak rehat dulu tahun ni, dan sambung balik my final year tahun depan. Selepas selesai semua operation. Mama cakap, its fine to her. Tapi kalau saya risaukan clara, dia cakap dia boleh take over jaga clara dan saya tak perlu risaukan sebab dia juga seorang ibu. Saya boleh settlekan study yg ada setahun saja lagi. papa pula cakap it’s up to me. Whatever suites me.
I asked kevin, dia kata apa-apa yang baik untuk saya, baik untuk dia. tapi dia harap saya teruskan sebab study juga penting untuk saya. He will give his full support. tapi sekarang dari jauh la ...

Then I have decided, I want to carry on. Saya ada mama yang sanggup tolong saya jaga clara di sini. thanks to my mum. Saya akan balik kampus, walaupun dah lewat 2 hari untuk register kelas. Harap dapat catch up balik semuanya.

Jen dah setuju yang clara akan tinggal di kl sampai dia sihat sepenuhnya. She has nothing more to say. Dia cakap saya dah ringankan beban dia dengan menjaga clara dan dia gembira sebab clara dapat jagaan yang lebih baik dari dia sendiri menjaganya. Makan minum clara tak tentu kalau dia tinggalkan clara dengan family in law dia. that bad? *sigh

So, back to the new chapter of my study. Saya sedang mengemas untuk balik kampus. Esok flight saya. Sambil dibantu clara melipat pakaian dan masukkan dalam beg saya. Dia tak tahu yang saya akan tinggalkan dia esok.

=,(


Life is getting harder…but it made me getting stronger



Friday, July 02, 2010

Separuh jiwaku pergi

Eh tak baik tau u all membuatkan saya tak sampai hati tak sudahkan cerita ni. Hinggakan sanggup meninggalkan kata-kata harapan di FB dan twitter dan email utk cepat-cepat sambung cerita ni. Hehe. Bukan sengaja. Tapi tiada masa. Ni baru lepas kemas semua barang kat hospital. Alhamdulillah dah dapat keluar wad hari ni. Walaupun doktor kata kalau nak stay sampai betul2 sihat pun boleh juga, tapi tengok clara macam dah okey, boleh makan minum dan dah mula menyanyi lagu please please kamu jangan nakal, saya merayu pada doktor nak balik hari ni. Saya sangat terseksa dalam wad n. Rasa macam hati dan jiwa tak tenteram sangat. Saya kalau dapat balik rumah rasa lega sikit. dalam ni macam ada something yang buatkan saya rasa risau, kosong, lemah badan. Mungkin saya tak sesuai duduk dalam wad ni lama-lama. Anything to do with paranormal? Ada la kot sikit-sikit mungkin boleh masuk dalam cerita seram belog peej nanti. Pukul 5 nanti dapat surat discharge, mama datang ambil.

Okey, tukar mood..berbalik kepada sambungan cerita yang tak kehabisan tu

----------------------------------------

Bila saya nampak kevin keluar dari pintu arrival hall tu saya ikut dia dari belakang. Tengok dia pegang phone dan calling orang. Dia memang tak toleh belakang pun, saya ikut je. Saya pegang kuat-kuat phone takut bunyi ringing. Tak sempat nk silent. Tapi dia bukan call saya.

*Mum, I arrived already. Ok…ok…bye

Oh buat laporan kat mama dia rupanya. Saya ikut dia jalan lagi. dia tengok-tengok signboard dan ikut arah ke kaunter teksi. Harus cepat-cepat ni sebelum dia ambil teksi. Saya jalan cepat-cepat juga belakang dia tapi berhati-hati takut tiba-tiba dia pusing belakang kan.

Ikut lagi, lepas tu dia masuk kedai coklat tu dan belek-belek coklat semua. Wah menyempat lagi dia nak beli coklat semua. Tiba-tiba tengok dia keluarkan phone lagi.

>>baby, baby, baby ooohhh….<< that's my ringing tone. cepat2 jawab.

Kevin : I want to buy choclate for clara, she can eat chocolate right?
Saya : Boleh. Are you coming over?

Kevin : Yeah yeah I’ll be there. kejap lagi naik teksi
Saya : Are you sure?
Kevin : 100%. I nak jumpa u la.
Saya : Okey, tapi I rasa u tak payah datang la kev.
Kevin : Kenapa pulak. U tak nak jumpa I ke.
Saya : Kita jumpa lain kali
Kevin : Kenapa ni dear? I dah nak pergi ni

Saya terus putuskan call. Kevin dial balik. Saya reject call. Sambil saya jalan ke tempat dia dari belakang. Dan…. Saya cepat-cepat pegang lengan dia dan sandarkan kepala kat lengan dia sambil tersenyum. Saya senyum puas hati dapat buat dia gelabah. Jahat kan. Kevin sumpah terkejut. Dia pusing tengok saya macam tak percaya dan picit dua-dua pipi saya macam geram sangat. Sakit tau. Tapi mestilah dia geram campur happy. Dia tak percaya yang saya pergi sana cari dia. Of course la saya boleh buat apa saja. saya sayang dia.

Kemudian saya pujuk kevin check in saja untuk flight dia hari tu juga. Lagi cepat dia pergi, lagi lega hati saya. Sebab saya dah tak sanggup nak fikir yang dia akan pergi lebih lama lagi. biarlah dia pergi, yang penting dia selamat sampai sana dan buat apa yang dia cita-citakan atau yang mama dia cita-citakan, whatever.

We spent like only ½ hour di departure hall, sambil duduk memandang departure board. Memberi nasihat dan mententeramkan hati masing-masing. Mengira jam yang rasa macam jam tu terlebih power, laju je bertukar saat. Rasanya perasaan saya pada masa tu, gembira sebab dia dapat pergi juga walaupun saya tidak berapa merelakan dia pergi. Rasa juga yang hidup ni macam tak adil. Kenapa bila saya mula sayangkan seseorang, dia akan pergi dari hidup saya. Kalau ditinggalkan oleh kekasih tu saya sudah biasa. tapi bila ditinggalkan kevin kali ini, rasanya sangat perit. Kevin kata dia ada 2 perkara yang dia tak dapat tunaikan sebelum dia pergi

1.Berjumpa maktok saya seperti permintaan maktok
2.Belum menjadi seorang muslim seperti yang dia pernah rancang untuk convert sebelum dia pergi.

Saya cakap semua itu kena buat dengan rela hati. Bukan terburu-buru dan dalam keadaan teropaksa. Dan saya tidak memaksa. Saya tahu dia akan buat juga nanti. Kalau bukan sekarang, bila-bila yang Allah izinkan.

Di depan departure hall, saya salam kevin dan saya minta maaf atas segala kesalahan selama saya bersama dia. Kevin berjalan pergi tinggalkan saya, rasa macam nak jerit panggil dia supaya jangan pergi. tapi separuh jalan dia pusing balik dan keluar ke tempat saya berdiri. Dia bagi saya jam yang dia pakai. Dia cakap pakai jam tu bila ingatkan dia. Tsk.

With a kiss on my forehead, kevin tinggalkan saya.

Tapi katanya bukan untuk selama-lamanya…











Thursday, July 01, 2010

Di airport

Masyaallah..boleh tak turun ke tempat parking cari kereta mama tak jumpa. Dah tahu nak cepat itu terlupa ini terlupa. Call mama tanya kereta kat mana. Saya jarang bawa kereta mama sebab takut. Saya ni bolehlah dikategorikan careless juga. Kalau kereta sendiri boleh lasak. Kalau kereta orang, kena berhati-hati, maknanya tak boleh nak laju-laju. Tapi masa tu saya nak kena bawak laju-laju. Pukul 3.45hrs. Ada l/kurang satu jam je masa utk saya sampai ke airport. Nak masukkan kunci pun kunci jatuh 2 kali. Bayangkan betapa saya tak boleh fokus.

Bila keluar dari kawasan hospital tu buat decision sama ada nak drive terus ke airport, atau nak ke kl sentral naik erl. Erl ½ jam je boleh sampai airport. Lagi saya boleh tenangkan diri sikit tak ada tergopoh gapah nanti. Ok, drive gi kl sentral. Nasib baik ahad, jalan tak jem sangat. Dalam 15 minit dah sampai kl sentral. Parking. Turun ke tingkat bawah ke erl station. Ngam-ngam ada train nak bertolak. Tu pun sebab saya lari turun eskalator. Dah masuk dalam train, duduk. Masih berdebar, tapi rasa lega sikit. Nak sms kevin, tapi sempat lagi fikir. Mari kita buat surprise kat kevin. Emmm..

Sampai KLIA pukul 4.50pm. pergi ke arrival hall tengok flight kevin dah landing. Ada sms masuk.

*I dah landed. Baru keluar flight. I pergi hospital ye.
*Mana sempat kev. Your flight at 7 kan?
*I naik flight lain lah
*?? Bila next flight?
*Esok

Kevin sanggup tunda flight. Kena bayar penalti. Kena delay segala jadual dia kat sana. Masa tu rasa macam betul ni kevin sayang saya. Senyum-senyum bahagia. Bolehlah senyum-senyum sebab saya dah ada kat airport. Kalau masa tu kat hospital lagi, tentu dah guling-guling nangis.

Dari jauh saya nampak kevin tolak troli keluar. Ada banyak luggage. Sebab dia dah decide nak tunda flight kot, dia tak check in terus luggage dia dan angkut semua keluar. Banyak, ada 2 beg besar. saya menyorok sikit belakang orang ramai kat arrival hall tu. Nampak muka kev macam buntu. Kesian tengok dia.


Sambung lagi la…sorry too tight timing saya kat sini. still dalam hospital. clara is getting better. Dia mungkin dapat balik esok tengok condition dia macam mana. Saya pula kena prepare utk balik ke kampus lepas keluar hospital. Mmg bz. Till then.


Related Posts with Thumbnails