2 tahun?
Rasa macam baru, tapi dah lama
Rasa macam dah lama, tapi sebenarnya masih baru lagi.
2 tahun lepas mengenali seorang lelaki bernama KEVIN CORNELIUS.
How it started ?Pertama kali melihat lelaki itu, merasakan dia adalah biasa saja.
seperti mengenali lelaki lain. tapi, ada sesuatu yang istimewa yang tidak dapat diceritakan dengan kata-kata.
Perasaan untuk mengenalinya. perasaan bila pertama kali melihat senyumannya.
Dan ekor matanya mengiringi langkah saya di kala itu. Dalam hati rasa sesuatu.
Bila kemudian, dari kawan kepada suka.
Dari suka kepada sayang.
Kalau pun mulut menyatakan susah untuk menerima dia dalam hidup kerana berlainan agama.
Tapi dalam hati seperti tidak mahu melepaskan dia.
Seperti telah dinyatakan, dia tercipta untukku.
Dan aku tercipta untuknya.
Bukan takbur. Tapi yakin. Kita kan kena yakin pada diri sendiri.
Sejak 2 tahun lepas.
Bila tidak lagi melihat lelaki lain, hanya dia dalam fikiran.
Bila takut, menjadi berani.
Bila hati sudah sayang.
Bila kasih sudah bertaut.
Mula pandai berkata, apa nak jadi-jadilah.
Bila sudah 2 tahun...perasaan makin kuat. walau jauh di mata.
walau selalu berprasangka. walau hati meronta-ronta.
Masih rasa dekat dalam jiwa. Atas dasar yakin dan percaya.
Semoga ada cahaya. Walau belum mendapat restu sesiapa.
Tapi kami masih mahu bersama.
Kevin, terima kasih di atas kiriman beg dan senaskah al quran di dalamnya untuk ulangtahun perkenalan kita yang kedua.
Bila balik ke KK dan jumpa parcel itu, hati berbunga riang.
Sangkanya kamu sudah lupa. Rupanya tidak.
Maaf tiada hadiah dari ku untukmu kali ini, terlalu bz dengan hari raya, dan terlupakan tarikh itu. Memang salahku.
Walau apa sahaja maksudmu dengan hadiah ini, akan ku terima dengan hati terbuka. Terima kasih ye.
Kevin, saya masih sayang kamu. Sayang sekali.
