Wednesday, November 30, 2011

Doomagic Pillowcase Notice


Sorry sebab lambat buat notification ni. Kepada yang purchase pillowcase the last batch, minta maaf sebab stock kali ni ada delay.
Estimate arrival in Nov kan tapi most probably delayed to Dec/Jan due to
production matter. Minta maaf di atas segala kesulitan. Hopefully before that
boleh dapat. New estimate date yang diberi tu adalah anggaran juga. Thanks for
your understanding my friends.

Tuesday, November 29, 2011

Looks ugly but yummy

My sandwich looks ugly kan? Boiled egg + butter + soy sauce + black pepper.
But its nice. And healthy too.
:)

This is my pre-dinner before I'm going home coz I'm too hungry. Kesian clara and bibik tunggu saya balik nak dinner. Tapi bz sangat di office hari ni.

I had headache since morning. I don't want to be a workaholic oh please. But my work is getting much. Overloaded. I enjoy working here but I pity the little kid now. Mesti bagi dia lebih perhatian.

:(

Bye bye. Go back now lah

Adopt kitten anyone?

Tak boleh tengok la kitten comel macam ni terus rasa geram nak lambung-lambung hehe

Siapa yang nak adopt the above adorable kitten can click here : http://sebuahceriterahati.blogspot.com/2011/11/maya.html

Contact Sha ye.

Sha,  have done my small part, hope it finds home.



Monday, November 28, 2011

At eddie's

Its already 2pm, I'm at Eddie's house and we still preparing the lunch haha. We are late sebab pergi pasar dan jalan-jalan dulu sebelum balik masak.

Eddie nak masak nasi ayam. Dan seafood spaghetti. I just tolong potong2 dan goreng keropok lekor. Bibik tolong siapkan meja saja. Bagi dia cuti hari ni. For desert saya dah bawakkan muffin yang buat malam tadi. Dan ada cendol pulut tapai from eddie nanti.

Its gonna be fun and full with food. :)
And clara tengah main-main dengan atuk. I mean eddie's abah. He likes clara and so do her. Eddie kept asking me to see his father smiling and laughing.

Mission complete!

Saturday, November 26, 2011

Wonderful December to be

Early morning i received text from Kevin

*What day is today dear? Kenapa lambat sgt masa berjalan?*

Haha. It is still November darling.

You are right. Kevin is coming back in December.
He said he is back to celebrate his birthday with me. But i know he is back for Christmas with his family too. Well, whether i mind or not. i have to accept it.

It has been months since we met. So it's kind of nervous to me to see him again. Really. I almost forgot when was the last time i blog about him. That is because i just don't want to keep missing him. If i keep mentioning him, the hardest it would be.

The plan was he wanted me to go there to visit him. But plan changed because i have Clara here so i cant leave Clara. He didn't mind who visit who as long as we can meet. It is long enough of being apart so something has to be done to meet.

I can't wait. And can't avoid smiling for no reason this 2 days.

:)))

He will be back for 2 weeks. and i cant expect to have him for 2 weeks here. He has to be with his family as well. Too hurting. But don't want to be selfish.

Okey i smile again..

Friday, November 25, 2011

Regret or No Regret

It's gonna rain any minute now. the sky is so dark. or has it rained already?
i just looking at the sky from my work station. i'm waiting for eddie. we have a dinner with
clients at a hotel in KL. dinner at 8pm and now is 7.16pm and he is still busy.
can we make it or not eddie? geram tengok dia. saya tak suka sampai lewat nanti segan dengan client. si eddie ni nak jugak siapkan kerja dia sebab Tuesday dia cuti.
While waiting saya baca balik entry saya dalam blog yang lepas-lepas. 2 years ago i started blogging. in January 2009. ada yang saya regret buat entry macam tu dan ada yang saya malu sendiri. sebab kebanyakannya luahan perasaan dan spontaneous. And i was 2 years younger so saya rasa sekarang lebih matang sebab kalau saya sedar macam ni dulu saya tak tulis entry tu.
Haha.
well, itulah dia dinamakan blogging. another kind of diary. your lifetime diary.
Eh eddie cepat lahhh
Oh ye..the thing that make me happy.
Someone is coming back to celebrate birthday with me.
Who's birthday is in Dec?
Remember tak?
:)

Happy Friday

I feel very happy today. Hope you are too okey.

I actually had a good news last night I even couldn't sleep well thinking over it.
Like want to jump to the sky.
I'll share with you later. Of course I will coz everything that happen to me i always want to share here.
Kannnn

Let me have my breakfast first

Thursday, November 24, 2011

Maaf readers

Nak minta maaf..
kepada yang bertanyakan di mana saya kerja. Yang minta hphone no & pin bbm. Juga kepada yang ajak berjumpa. Yang nak bagi barang dan hadiah untuk Clara pun ada. Yang jemput gathering dan iklan. Saya tahu niat anda semua baik.
Cuma maafkan saya sebab tak dapat penuhi permintaan anda.

Izinkan saya tidak menonjolkan diri dan latarbelakang saya. Biarlah anda kenali saya sebagai Arianna @ Bvlgarigirl sahaja dalam alam maya. Dunia realiti saya masih ingin kan privasi demi menjaga nama dan hati mereka-mereka yang terlibat dalam blog saya. Terlalu personal untuk diperkenalkan semuanya.

Kepada yang kenal saya di luar dan terjumpa blog ni. Anda boleh lah tahu lebih mengenai saya sebab saya tidak suka bercerita di luar kecuali di sini sahaja. Tapi kalau boleh jangan lah bagitau saya anda baca sebab nanti saya segan.

Jadi jangan ingat saya sombong. Kalau boleh saya ingin kenal dan jumpa semua kat sini. Tapi kena biasakan diri dengan cara ini. Harap semua faham dan terima saya dan blog ini seadanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 23, 2011

My lunch

My lunch today consists of 3 pcs of sushi and a can of 100 plus. A lot of gases in my tummy now.

I'm going to cook chicken brest tonight. So check my cooking blog if you have time :)
I think I am more excited to cook now coz I want to try out new recipes. Some I got from Chef eddie. He is a good cook.

When he asked today
'Jadi tak kita masak-masak weekend ni?'

I immediately answered
'Jadi loh !'

Okey, we'll find something nice to cook.

Eh I'm going home now. Its gonna rain so better rush now. Till later

Tuesday, November 22, 2011

#HarimauMalaya

Seronok tengok bola malam tadi sambil ikut timeline kat twitter. Haha macam-macam ada komen, kata-kata semangat, kutukan, pujian. :) kita tau nak komen-komen aje kan tak tahu macamana keadaan player-player kat padang tu. Mungkin bila berdiri kat tengah padang tu baru kita sendiri tahu macamna langit tinggi ke rendah. Anyway tahniah kepada team #harimauMalaya.

Ramai mintak cuti dengan @najibRazak tapi katanya kos tinggi untuk declare cuti. So dia bagi nasihat supaya lebih kuat kerja. :) diam terus rakyat jelata

Pagi ni dapat makan nasi lemak bik hera masak kan sempena kekalahan dia. Kesiannn. Sebab semalam dah bet siapa kalah kena masak nasi lemak hari ni. :p
Bila dah habis penalti tu terus dia masuk dapur siang ikan bilis dan goreng kacang.

Bik hera masak banyak so saya tapaukan sikit untuk eddie. Berselera dia makan. Dia kata sedap. Nasi lemak ada tempe. Maklum lah. Tukang masak import. Eddie cakap dah lama dapur kat rumah dia tak berasap. Dia tak ada masa. Asyik tapau aje untuk dia dan abah dia.

Eddie ajak kita orang gi masak-masak kat rumah dia weekend ni. Sambil temankan abah dia yang kesunyian. Kalau ramai-ramai dengan bibik dan clara sekali mesti meriah rumah dia yang macam hospital dah dia cakap. Ermmm macamana ni nak pergi ke tidak.
Fikir dulu lah. What do u think eh?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 19, 2011

My saturday

Started off the morning with a 1 hour on treadmill. Almost lost my breath hehe. And then indulged in some delicious nasi goreng sardin pedas by bik hera (no one can challenge her nasi goreng sardin). I gain back my 300 calories i burned. Fair enough.

Kejutkan Clara dengan menggeletek kaki dia. One thing Clara ni kalau dia bangun pagi dia terus senyum bila saya cakap "Good morning sayang.." Love her smile in the morning. Made up my day.

We will be grocery shopping today for the necessities. Here is a little of what our grocery list looks like:

1. Oatmeal
2. Butter
3. Strawberry
4. Eggs
5. Brown sugar
6. Raisins
7. Chicken
8. Vege
9. Fish
10. Brown Rice
11. Water chestnut
12. Breadcrumb
13. Basil


Sounds like i am cooking something doesn't it?! I may be a little crazy, but I'm pretty excited! I think by doing something that i like, i will be more happier and merrier.

Have a nice weekend u all

Friday, November 18, 2011

Friday dah

Cepatnya masa berlalu. Dah friday. Hari ni lega sikit sebab pagi tadi saya datang awal sangat masuk ofce terus send semua quotation yang pending. Nasib baik ofce dah buka awal. Akak cleaner tengah vakum.

Malam tadi pergi hospital melawat mama sidd. Pergi lepas kerja. Kebetulan eddie ada dan dia pun nak ikut sama. Oklah pergi sama-sama sebab eddie pun boleh kenal sidd. Saya selalu cerita pasal sidd as my best friend to eddie. Then eddie ckp kalau boleh dia pun nak jadi best friend to me macam sidd. Halahh berebut nak jadi bestfriend lak.

Mama sidd macam biasa selalu nangis bila tengok saya datang. Dan saya rasa keadaan dia lagi uzur dari last time saya jumpa dia. Saya duduk pegang tangan dan urut-urut tangan dia. Rambut dah gugur dia tunjuk dengan saya. Rasa nak jatuh air mata. Tapi kalau kita berdepan dengan orang sakit kita jangan lemah semangat dan sedih-sedih. Tunjuk yang kita boleh jadikan dia lebih bersemangat.

Saya bawak fruit cake untuk mama dia. Favourite dia. Mama dia suka tapi dia cakap kalau dia makan sekarang ni semua dah tak ada rasa. Dia cakap Allah dah tarik deria rasa dia. Saya peluk dia bila nak balik. Dia cakap nanti senang-senang datang lagi. Dan saya minta maaf dengan dia sebab sidd sms kat saya masa kat situ cakap kalau nak minta maaf ke apa saya boleh buat sekarang.

I won't forget the moment.

Sebelum balik eddie tinggalkan saya dengan sidd kejap. Saya tengokk sidd lagi strong dari sebelum ni. Mungkin dia dah dapat menerima keadaan. Dan mungkin sebab terlalu lama dia bersedih dia jadi lebih tabah. Sidd cakap mereka sekeluarga dan adik-adik dia semua okey. Dah pasrah dan dia sekali ckp dia lebih rela mama dia diambil pergi dari dia menderita macam tu lama-lama.
Ya Allah kuatnya dugaan untuk keluarga sidd semoga mereka lebih kuat menerimanya.

Pagi tadi saya saya dapat mesej sidd

*arianna, mama kirim salam dia cakap dia mimpikan awak malam tadi


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Pity him

I'm having my late lunch. In the office because today I have a group in town and have no time really to go out. Woke up at 5am to standby waiting for any call because the group flight touched down in the morning. This weekend will be on field or on standby call 24hours. -.-'

Just now I received sms from sidd telling that if I want to go to see her mother, I may do so. Dah lama tak melawat mama dia. I must go sebab dia cakap macam tu. There must be something happen kan. I will find time tomorrow kalau dapat lari ke hospital kejap insyaallah.

I seldom call and see sidd now sebab the last time we met dia cakap dia nak habiskan masa dengan menjaga mama dia yang sakit. So I respect dan tak cari dia sangat. Give him the precious time with his mother.
Wpun sesekali rasa rindu nak hang out together macam dulu. Dah lama tak dengar dia ketawa.

Susahnya nak habiskan fruit salad ni. I wish I have something else to eat macam bubur nasi ke sedap juga makan hujan2 ni.

Tuesday, November 15, 2011

God is great !

You all are so sweet hearted lah. Bila saya buat entry
happy-happy semua tumpang happy dengan saya. Bila
buat entry sedih-sedih semua
macam dapat rasa perasaan saya. Feel showered with loves. Thank you.
 
Currently I am in the happy mood. Besides small small things
happening around I tried to put it aside. Simple, kalau kita ada masalah,
dengan mendownkan diri dan bersedih, masalah tak akan selesai juga pun kan.

Jadi kuatkan semangat, bangun dan cuba lah senyum. Ingat semua perkara yang
menggembirakan kita walaupun perkara sekecil seperti saya dapat flying kiss
dari Clara sebelum pergi kerja setiap hari. Walaupun kadang-kadang saya sendiri
pun terikut dengan mood, tapi cuba lah. Cuba okey. Goood! .

Macam semalam, semasa saya berjalan ke parking lot, kat depan saya ada satu couple. Yang lelaki bukan main segak tinggi dari belakang nampak macam susuk Fahrin Ahmad. Awe. Tapi pasangan dia seorang yang kurang upaya. Rasanya ada sedikit kecacatan pada kakinya yang membuatkan dia bila berjalan nampak macam tak balance. No offence. Tapi masih tangannya dipimpin lelaki itu. Dan mereka nampak sangat loving. Kami masuk lif yang sama. Ralit sangat tengok mereka sampai saya terlepas tingkat. Subhanallah. Rasa nak pergi peluk the girl bagitahu dia she is so lucky despite of kekurangan dia. And I pray that they will be together forever. God is great!

Okey, what else I nak mumbling kat sini. I am pretty boring
sebab no one in the office. No boss, no colleague in my dept and no eddie. He is
still in PD. Overnight there till tomorrow. Last night he called just to ask which
one yang lebih sedap, black pepper crab or chilli crab. Padahal nak suruh saya
terliur. YOU CRAB !

Oh ye, talking about food kan, saya sebenarnya ada satu lagi blog. Blog about what I tried to cook. Try to cook means trying and creating new recipes. And I challenge myself to complete 100 recipes. I must be crazy. -.-' It's not even 10 till now. In progress, promise. Bahaha.
No its not private, its public. Kalau terjumpa tu kira jumpa lah ye.

Ok back to work. Till later.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 14, 2011

Back to square one

Rasa macam nak berhibernasi kat rumah saja, atas katil, dalam selimut. Makan banyak-banyak buat bekal dan tak perlu bangun seminggu. Macam beruang. Nak continue another amazing week kalau boleh. But today is another working day I have to enjoy. Ye senyum sekarang secara paksa.

Took all my courage to write again. Sorry I didn't want to steal the precious time I spent with my family the whole week. Last night sent my family to the airport. We had a great time lepaskan rindu. My mum macam dah pujuk saya 41 kali untuk resign kerja dan ikut mereka ke Bali. Adik-adik macam dah dapat biasakan diri dengan life kat sana. As I said children easy to adapt.

Our raya... Rasanya lagi meriah dari raya puasa hari tu. I got to eat mama rendang ayam, daging dendeng dan nasi himpit dengan ayam masak merah. Superb. Sampai raya ke 3 saya masih minta makanan raya. So mama masak pulut kuning dengan udang kalio. Rasa nak nangis makan.

They were super happy juga sebab ada Clara. Rasa macam meriah pula bila ada budak kecik dalam rumah. And Clara pun enjoy main dengan adik-adik semua. Tidur pun dengan Noni. Rapat betul. Mama nak pinjam Clara bawak ke sana tapi saya tak bagi. No way. Saya mesti kusut kalau dia tak ada.

Papa, ada tanya pasal kevin. Saya cakap kevin masih di aus dan kami masih kawan. Then it stopped there. Saya berdebar juga kalau dia nak tanya apa-apa lagi coz afraid of mati kutu tak tahu nak jawab apa. Mama tak ada tanya apa-apa, that is good. Sebab kalau mama yang tanya dia lebih detail.

Kevin ada contact almost everyday sekarang. Mungkin dia tak berapa bz sekarang. He text and call. Dan selalu juga call cari Clara. Kadang-kadang tengok Clara on the phone, rupanya tengah cakap dengan kevin. Dia masih ingat uncle Kev.

We had argument before when I told him I brought clara back here. Dia kata dia takut saya kecewa nanti kalau Clara suatu hari nanti diambil balik ke sana. Itu yang dia tak mahu berlaku pada saya. Tapi saya ckp I will accept whatever happen.

Nuff now, I have to continue with my work. eddie is outstation to PD so I have to cover him today. Later peeps.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 04, 2011

Selamat Hari Raya

Pagi tadi 7.30am. Eddie call.

Eddie : Assalamualaikum
Saya : Waalaikumsalam. Ni mesti ada problem dengan arrival group tu kan?
Eddie : Tak de lah semua okey. Semua on time tak ada delay.
Saya : Great. Habis tu ada apa call saya pagi-pagi?
Eddie : Awak pernah tak rasa macam tak senang duduk kalau tak dapat jumpa seseorang. Kalau tak dapat tengok muka dia, tengok bumbung rumah dia pun tak apa. Pernah tak?
Saya : Apa dia? Emm pernah la kot. Dulu masa mula-mula jatuh cinta.
Eddie : Ye? Sekarang tak lagi ke?
Saya : Sekarang tak de la sangat sebab memang tak ada pun kat sini yang nak ditengok bumbung atau bayang dia.
Eddie : Ye lah betul jugak. Awak kata kat area sini ada nasi kerabu sedap. Kat mana ye?
Saya : Kat area sini? Awak kat mana ni?
Eddie : Kat depan rumah awak.
Saya : Buat apa kat sini?
Eddie : Kan dah cakap tadi nak makan nasi kerabu…
Saya : Jauhnya datang nak makan nasi kerabu. 40km kot..haha. Oklah kalau nak makan nasi kerabu tunggu la kejap. Saya siapkan Clara kita gi makan sama-sama lah.
Eddie : Okey.

Dalam kedinginan dan kelembapan hujan rahmat pagi tadi. Kami pergi la sama-sama makan nasi kerabu kat satu kedai dekat rumah saya. Memang sedap nasi kerabu dia. Orang kelantan yang masak memang sedap. Clara makan nasi dengan ayam goreng je dia tak makan nasi kerabu. Mungkin sebab warna biru dia takut nak makan. J

Dalam pukul 9 lebih baru Eddie gerak pergi ofis. Saya terus ke pasar beli lauk sikit. Petang ni nak masak-masak dengan bibik, masak special sikit, ingat nak masak nasi arab. Percubaan pertama lah. then malam nak pergi airport jemput my family. Maklong pun ikut sama bwk vellfire dia besar sikit so muatlah semua orang tak perlu ambil teksi lagi. Itu pun kalau mama tak bawak 2,3 kotak barang dia borong dari sana. Rasanya kain pun dah 2 kotak dia cakap. Belum lagi makanan.

For those yang tanya mana family saya, tak ada adik beradik ke saya ni.. Ada, saya ada 3 adik, 2 lelaki, 1 perempuan. Papa saya kena transfer ke Bali last few months dan bawa semua ahli keluarga kecuali saya dan bibik yang dibuang di sini. :) Bukan buang, saya yang degil tak nak ikut. Nak kerja kat sini. so dia tinggalkan bibik jaga saya. Padahal saya yang jaga bibik tau. Ada cicak dalam bilik air, dia yang jerit-jerit dan saya tukang halau. Malam tadi dia nangis rindu anak dia kat Indon, saya pujuk dia dan buatkan ice blended. See?

Okey, I pun rasa kalau I rajin bercerita di blog dan luahkan perasaan di sini, hati saya akan lebih tenang. Especially bila ada yang sudi bagi nasihat dan syer pendapat. Love u all as much as I have. Thank you.

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.
Hati-hati drive kalau balik kampung.

With love XoXo




Thursday, November 03, 2011

Curahan

Last day at work. Esok cuti. Sukanya. Sebab esok family nak balik. Dah lama tak jumpa mereka. Tapi sebab selalu berjauhan macam dah terbiasa walaupun selalu merindu. Dulu saya yang belajar jauh. Sekarang mereka yang pergi tinggal jauh. Bila tanya papa berapa lama papa kena kerja kat sana, dia sendiri pun tak dapat nak cakap.

Kehidupan tanpa family di sini baik-baik saja. Kadang-kadang bila frust dan tension atau sakit ada juga la menangis sendiri. Tapi sebolehnya tahan menangis kalau call parents sebab takut nak kena suruh pindah ke sana juga. Sekarang ada budak kecik pula yang akan nangis selalu pada saya, jadi saya sendiri perlu kurangkan manja saya. Act like a mother pula.

Saya gembira sebab ada Clara dan bibik bersama saya di sini. Well, life is so challenging and I have taken it as a challenge to me. Saya juga sedih sebab orang yang saya sangat sayangi tiada bersama saya sekarang. Saya rasa hilang sebahagian dari semangat saya bila satu hari dia kata dia nak sambung belajar di aus. Di malaysia tak ada tempat nak belajar lagi kah? Tapi dia cakap untuk masa depan. Dan itu cita-cita dia. Saya tak patut jadi penghalang sebab saya sebenarnya perlu jadi pendorong. Tepuk dahi dan geleng kepala sendiri lepaskan dia. Sebab dalam hati dah cakap 50-50 lah nanti. Kekal atau tidak.

Dan sampai hari ini dah lebih setahun dia pergi, hari-hari saya yang berlalu pun tak sama lagi. Dan kami kadang-kadang ada pasang surutnya. Sekejap okey dan sekejap dingin. Tapi itulah hakikatnya. Bila berjauhan. Bila hati kata sayang dan rindu tapi tiada di depan mata. Bila hari-hari tanggungjawab lain lagi besar dari beban rindu. Rindu bisa diatasi. Bila benda sekecil kuman boleh jadi sebesar batu caves, parah dah. Lepas bergaduh masing-masing tersenyum sendiri. Senyum sebab berfikir bolehkah kita bertahan ni?

Datang kerja hati gundah terubat juga. Bila ada yang senyum selalu. Bila ada yang care. Bila ada yang cover time buat salah depan bos. Bila ada yang buat saya ketawa sampai keluar air mata. Bila ada yang letak sandwich atas meja bila saya tak keluar makan. Bila ada yang kirimkan candy untuk clara. Bila ada yang bertanya Arianna adakah awak bahagia hari ni?

Kadang-kadang jiwa terusik.
Fikiran berbelah dua tiga empat.

Bila dia cakap, boleh tak bagi saya peluang berkawan dengan awak sementara dia tak ada. Biar saya tumpang rasa bahagia walaupun sementara. Saya janji tak akan ganggu hubungan awak, beri saya sedikit saja tempat dalam hati.
Saya lepaskan awak bila dia kembali.

Saya okey saja.
Mungkin sebab cinta di sana sangat kuat.
Cincin di jari saya genggam erat-erat.

Insyaallah kan Arianna

Sayang biar berpada. Tak baik kecewakan hati orang. Tak baik mungkir janji.

Kevin. If only you can read this.
I still love you.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 01, 2011

What's cooking?



















Clara wants to eat chicken so i made roasted rosemary + blackpepper chicken. Senang aje, perapkan ayam dengan sikit black pepper, sos tiram, garam, serbuk perisa dan rosemary. Dan panggang lah pada suhu 200c selama 45 minit.

1 piece only for her.
I and bibik had ikan merah masak lemak cili api.
Maklong sent for lunch today sebab dia tahu saya ada kat rumah dan Clara tak sihat.
She made potato soup with meat ball for clara tapi clara tak nak makan.
So saya juga yang habiskan.
Dan sekarang rasa macam nak buat puding karamel lah pulak.
Whats wrong ni rasa nak makan macam-macam aje hari ni.
Jom jom kita ke dapur !


Misteri tangan kecil

Hari ni EL sebab jaga Clara yang tak sihat.
Call my boss pagi-pagi bagitahu dia. My boss very understanding, siap suruh pergi jumpa paed yang niece dia selalu pergi. Recommend vitamin itu dan ini lagi. She knows that i brought Clara to stay with me now and she also excited about it. Since she is single, dia kata dia pun nak adopt seorang baby untuk temankan dia masa tua sebab dia kata she doesnt want to get married. Huh?

Then eddie call tanya pasal Clara. Dia cakap dia boleh tolong bawak ke klinik kalau i need his help. Tak perlu lah sebab ada bik tolong handle clara kalau saya drive. We will go this afternoon kalau dia masih demam tapi sejak makan ubat pagi tadi badan dia dah tak panas lagi. Baring depan TV tengok ceria. lepas satu satu kartun. lepas tu nyanyi-nyanyi lagu cina jepun semua dia nyanyi. Bagi makan tak mahu, minum susu saja.

Ni nak cerita pasal malam tadi. Kan sebelum saya ada bagitahu saya rasa macam ada something pelik je dalam rumah ni. 2 minggu ni tak ada apa-apa tapi malam tadi masa saya baru nak tidur dalam pukul 2 lebih dan Clara ada kat sebelah, baru-baru nak lena saya rasa macam mimpi ke tak mimpi ke tapi ada budak kecil datang sebelah katil. Dia pegang tangan saya. Saya rasa macam badan saya dah tak boleh gerak dah. Tangan kecil tu rasa sejukk sangat. Tangan tu lebih kecil dari tangan Clara. Dia pegang lama. Saya tak nampak figure atau apa-apa tapi dapat rasa tangan tu pegang. Lepas dalam 2 minit kot dia lepaskan, rasa 2 minit tu pun macam lama sangat sebab saya takut.

Bila dapat gerakkan badan tu saya bangun dan buka lampu. Memangla tak ada apa-apa, kalau ada harus pitam kat situ jugak. Tengok clara tidur selimut sampai leher. Mustahil juga tangan Clara sebab bila saya pegang tangan dia tak ada sesejuk itu.
Lepas tu saya tak tutup lampu dan tak boleh tidur. Cuba baca buku tapi fikiran entah ke mana-mana. Saya tak sedar bila saya tertidur sampai tersedar alarm bunyi pukul 5.30am.

That was creepy. Sampai sekarang boleh rasa tangan kecil yg sejuk itu dalam genggaman saya.



Related Posts with Thumbnails