Thursday, January 12, 2012

Lumba lari 100m

Kejap lagi nak balik ambil Clara dan bibik, keluar balik gi
rumah Mak Long. Malam ni maklong ajak
makan rumah dia sebab Mak TOk ada datang tengahari tadi. Mak Tok tak berapa
sihat. Pak Long balik Parit ambil Mak Tok datang ke KL. Tinggal rumah Mak Long.
Dia dah uzur sangat. Tak elok juga tinggal sorang-sorang. Nanti mesti semua
sepupu akan datang berkumpul. Dah lama dah sejak raya lepas kita orang jumpa.
Bila jumpa sesekali meriah. Harap kemeriahan macam tu boleh senangkan hati Mak
Tok sikit.

Sebelum balik nak beli Big Apple lah. Satu dozen tak cukup.
Selalunya kena beli 2 dozen. Barulah cukup anak beranak. Rindunya rasa hati
dengan my family. Papa, mama dan adik-adik. Bukan tak rindu. Tapi saya tak
selalu sebutkan kerana rindu itu menyiksakan. Lagi disebut, lagi rindu. Lagi
sakit.

Tadi Yaya ada call, dia cakap minggu depan dia nak datang
interview kat KL. Yey! Yaya cari kerja kat KL. Seronoknyaa..seronok sangat.
Saya dah lama ajak dia kerja kat KL. Kalau dia nak tinggal
dengan saya pun boleh sebab rumah saya tak ada orang sekarang. Boleh
teman-teman saya, clara dan bibik. Yaya mesti lah nak datang kerja KL sebab
Norman pun kerja kat KL. Nanti nak tunang, nak kahwin pun senang kerja
dekat-dekat. Kawan baik saya dah nak tunang ke?
Rasa diri ketinggalan, macam lumba lari 100m tapi saya baru
nak ‘on the mark ! ..’ gitulah
perlibahasanya.
Hehe.

Kevin.

Rindu kamu juga. Rindu sangat. =,(


5 speak up:

akuorangsakit said...

Hehe..seronoknya ada teman kalau Yaya kerja KL.Tak lah awak sunyi..jangan lari.Awak muda lagi..nanti-nanti kawin juga tu :-)

marinahunny said...

kalu ada jodoh tak ke mana arianna. mmg akan terasa kalu kwn baik akan moving on to the next step sdgkan kita xtau hala tuju lg but dont worry, insyaallah doakan yg terbaik..

lynnaiza said...

no worries kak yana,sama2 lari dengan Kevin.ktorg ramai2 sokong both of you.hikhik..XD

Cik Cip Puding said...

Semoga perancangan Yaya will go smoothly..

Lifesaver Hamzah said...

jgn risau...masih sempat kejar...tak sampai penghabisannya lagi..tak semestinya kita ketinggalan..

Related Posts with Thumbnails